Wednesday, October 24, 2012

Selamat Menyambut Hari Raya 'idul Adha


Kepada muslimin & muslimat,  

Selamat Menyambut Hari Raya 'idul Adha 1433H... Semoga semua pengorbanan kita diberkati Allah dan mendapat keredhaan-NYA..

Ambillah Islam dalam kehidupan... insyallah Agama dan bangsa terpelihara......

ALLAH HUAKBAR, ALLAH HUAKBAR, ALLAH HUAKBAR.....
LA ILLA HAILLALLAH HUWALLAH HUAKBAR....
ALLAH HUAKBAR WALILLAH ILLHAM.....
 

Tuesday, October 23, 2012

Petua mencari isteri yang cantik jelita



Mengapakah perlu memilih gadis jelita?  Kata orang, gadis seperti ini menyejukkan serta menggembirakan hati... Betulkah begitu?  Nak mencari isteri yang ...

Monday, October 22, 2012

Kelantan terhebat.. Juarai semua piala musim ini..


Saya ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan “The Red Warriors” kerana berjaya menjuarai Piala Malaysia edisi 2012 untuk kali kedua, sekali gus mencatatkan rekod treble, di Stadium Shah Alam pada 20 Oktober 2012. Kejayaan ini adalah hasil usaha keras kita selama ini..

Saya amat bangga sekali menjadi sebahagian dari kita.. Kemenangan bergaya keatas ATM dengan jaringan 3 gol adalah bukti jelas bahawa kita bukanlah pasukan yang boleh dipermainkan pihak lawan..

Kemenangan ini menjadi kebanggaan seluruh rakyat Kelantan.. Allahuakbar..!!

Gomo Kelate Gomo...!!

Friday, October 19, 2012

Air Mata Kerana Takutkan Allah Akan Dapat Memadamkan Api Neraka.

Bismillahirrahmanirrahim.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,

Nabi S.A.W. bersabda yang maksudnya :

"Tiap mata pasti akan menangis pada hari kiamat, kecuali mata yang
dipejamkan dari segala yang haram dan mata yang berjaga malam dalam jihad fisabilillah dan mata yang mentitiskan air mata walaupun sebesar kepala lalat kerana takutkan Allah." (Hadis Riwayat Abu Naim)

Berdasarkan hadis di atas 3 mata yang akan mendapat rahmat Allah S.W.T dihari akhirat yang mana ketika itu ramai mata-mata yang menangis penyesalan :

Monday, October 8, 2012

SIAPA YANG LEBIH MANJA, LELAKI ATAU WANITA..?

Di suatu ketika, pada suatu masa terdapat dua kumpulan iaitu satu kumpulan lelaki dan satu kumpulan wanita, sedang berdebat atas isu

"SIAPA YANG LEBIH MANJA, LELAKI ATAU WANITA".

Kumpulan wanita menyokong, lelaki lebih manja daripada wanita, sementara kumpulan lelaki pula menyokong wanita lebih manja daripada lelaki.

Perdebatan berkenaan kelihatan seperti tiada penghujungnya dan jauh sekali akan tamat. Tiba2 bangun seorang dari kumpulan wanita.

Wanita cantik dan manis, belesung pipit di pipinya serta bertahi lalat di atas bibir dengan senyum menawan pun berkata, "Saya tetap mengatakan kaum lelaki adalah...adalah lebih manja daripada kaum wanita.....

Alasannya...

Wednesday, September 12, 2012

Kahwin penawar kanser

Pesakit dapat sokongan pasangan mampu hidup lebih lama..

Walaupun ubat dan terapi adalah perkara asas dalam rawatan barah paru-paru, perkahwinan juga menjadi ‘ubat’ mujarab bagi mereka yang menghidap penyakit ini, lapor satu kajian.

Penyelidikan yang dibuat mendapati penghidap penyakit ini boleh hidup lebih lama lagi berbanding mereka bertekad terus membujang. Malah, pengkaji mendpati perkahwinan boleh menjadi ubat mujarab kepada penyakit lain termasuk barah prostat, sakit kepala dan sakit tengkuk.

Laman web mid-day.com melaporkan, satu kajian yang dijalankan di Universiti Maryland menunjukkan, perkahwinan boleh meningkatkan semangat penghidap barah untuk berjuang melawan penyakit itu.

Friday, September 7, 2012

"Life begin at 40' juga relevan untuk wanita...

Kita biasa dengar orang kata life begin at forty. Namun frasa mengenai bermulanya hidup dalam usia 40 biasanya dikaitkan dengan lelaki sahaja. Ia seperti tidak ada kena mengena langsung dengan wanita.

Wanita apabila menghampiri usia 40 lazimnya akan menjadi terlalu sensitif apabila disentuh mengenai usia.  Malah ada yang marah-marah apabila dipanggil ‘makcik’ oleh budak belasan tahun yang sememangnya sebaya dengan anak mereka.


Kerana itu, ada yang sanggup berhabisan ribuan ringgit setiap bulan semata-mata supaya dapat dihilangkan imej ‘makcik’ mereka.

Kalaulah Jabatan Pendaftaran membenarkan ditukar tarikh lahir dalam kad pengenalan dengan bayaran tertentu sebagaimana Jabatan Pengangkutan Jalan membuka bidaan nombor plet kenderaan, beratus-ratus ribu pun sanggup dibayar agaknya oleh wanita untuk mereka terus muda sampai bila-bila.