Friday, January 20, 2012

Woww..!! memang boleh mati terkejut..

Di KOLKATA, India, seorang guru sebuah sekolah tinggi di sini yang mempunyai gaji bulanan sebanyak AS$700 (RM2,170) terkejut apabila dalam pemeriksaan rutin dalam online yang dibuatnya mendapati akaun banknya mempunyai baki hampir AS$10 bilion (RM31 bilion).

Memang terkezut giler, bukan terkejut beruk lagi dah, terkejut gorila kalau terjadi pada aku.. masa tu jugak aku cari ATM keluarkan seberapa byk yang boleh.. takut bila bank dah tau silap terus ditarik balik duit tu.. kempunan tak sudah.. terus tranfer ke akaun lain sebanyak mungkin.. settlekan semua bil-bil tertungak.. buat ful settlement semua loan rumah, kereta dll.. buat pembelian secara online apa2 saja barangan keperluan dan macam-macam lagi.. Apa macam..??

Guru itu, Parijat Saha 42, dari bandar Balurghat, negeri Bengal Barat berkata, dia memeriksa akaun Bank Negara India menerusi online pada Ahad lalu untuk mengesahkan penerimaan bayaran faedah sebanyak AS$200 (RM620).


Thursday, January 19, 2012

Apa itu Kahwin Misyar..

Kahwin Misyar adalah "perkahwinan di antara perempuan yang kaya, berada, berkerjaya tinggi dan belum berkahwin dengan lelaki yang berperibadi dan berakhlak mulia, baik tetapi tidak kaya dan berharta".

Syarat-syarat perkahwinan tetap sama iaitu ada wali, saksi, mas kahwin dan akad yang sama sepertimana perkahwinan lain.

Mereka berkahwin suka sama suka tetapi lelaki itu tidak menjanjikan sara hidup yang banyak untuk wanita tersebut.

Namun begitu, suami itu boleh memberi nafkah mengikut kemampuannya, terpulang kepada wanita itu untuk menggunakannya atau cukup sekadar dengan wang perbelanjaannya sendiri. Jika wanita itu berniaga, maka lelaki itu sama-sama mengusahakan perniagaan bersama isterinya.

Thursday, December 1, 2011

Karektor wanita tarik hati lelaki




Solehah Perhiasan Indah di Dunia. Inilah salah satu persediaan kita untuk menjadi wanita yang disukai oleh suami. Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yang keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing. Jom baca ni..

1. Keanak-anakkan

Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yangmembangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.


Monday, November 28, 2011

Kalau dah tak tahan sangat.. kahwin ajer..!!

Memalukan..!!



Macam nilah gelagat anak bangsa kita... !! Kejahatan dan kemaksiatan kalau boleh nak tunjuk bagi semua orang tau, bagi semua orang tengok yang kita ni memang suka buat maksiat.. suka buat benda tak elok.. macam bangga pulak.. !! Inikah semangat dan roh hijrah yang baru ??

Kalau dah rasa tak tahan sangat.. kahwin ajer lah.. boleh main sepuas-puasnya kat rumah.. dalam bilik tak de sapa nak marah.. memang dah sah jadi suami isteri.. tak payah nak tanggung dosa maksiat.. orang lain pun selamat dari terkena bala atas perbuatan maksiat kamu..




Saturday, November 26, 2011

Selamat Tahun Baru 1433H - Hijrah itu Pengorbanan..



Salam,


Selamat Menyambut Maal Hijrah 1433H kepada seluruh muslimin muslimat khususnya dan rakan2 semua khasnya... Semoga dengan kedatangan tahun baru hijrah ini memberikan semangat dan keazaman baru kepada kita untuk terus memperbaiki diri dan melakukan penghijrahan dari segi minda dan pemikiran dari baik kepada lebih baik lagi...


Marilah kita sama2 tanamkan sikap dan jati diri sebagai seorang hamba allah yang sebenar2nya.. mengubah pemikiran dan pandangan daripada kejahatan kepada kebaikan, daripada keburukan kepada kemuliaan daripada kehinaan kepada kemuliaan..


Paling utama bebaskan daripada kejahilan kepada ketakwaan kepada Tuhan Yang Esa..

Wednesday, November 23, 2011

Sabar..



Hadith:

DARIPADA Abu Malik al-Harith bin A`sim al-Asya`ri r.a ,

katanya, telah bersabda Rasul s.a.w , kesucian zahir dan batin sebahagian daripada iman, ucapan alhamdulillah memenuhi neraca, subhanallah serta alhamdulillah memenuhi neraca, subhanallah serta alhamdulillah keduanya memenuhi apa yang ada di antara langit dan bumi, sembahyang sebagai cahaya, sedekah pula bukti iman, sabar itu sebagai sinaran, al-Quran itu sebagai bukti untukmu atau atasmu dan setiap manusia dipagi lagi ada yang menjual dirinya (memelihara diri daripada siksaan Allah) dan ada juga yang membinasakan dirinya sendiri (tidak ingin keredaan Allah).

Riwayat Muslim