Tuesday, March 6, 2012

JomHiking - Mount Kinabalu Expedition


InsyaAllah, esok saya aku berlepas ke Kota Kinabalu untuk menyertai aktiviti mendaki Gunung Kinabalu bermula pada 8hb mac dan berakhir 11hb Mac 2012.. Doakan keselamatan dan kemudahan aku dan rombongan dalam mengharungi rintangan dan halangan sepanjang ekspidisi ini..

Aktiviti lasak, camping, jungle trekking dan hiking merupakan minat aku turun temurun.. sudah banyak gunung sudah ku daki, sudah banyak juga cerun dan lurah yang telah ku redahi.. sudah banyak hutan sudah ku terokai.. namun pendakian Gunung Kinabalu adalah yang pertama kali dalam hidup aku.. biarpun di kakinya sudah 3 kali sampai..

Ok.. Kepada rakan2 peserta Selamat Berjuang hingga ke puncak jaya.. !! Moga segalanya berjalan dengan lancar, kudrat yang cukup ampuh, kesihatan yang baik, stamina yang memuaskan dan bertenaga..!!


Jumpa lagi..

Thursday, March 1, 2012

Aduhhh... bertuah punya bini..!!


Wati pergi ke sungai untuk membasuh pakaian. Sebaik tiba, terlihat olehnya seekor ikan yang menggelepar di atas batu. Wati menghampirinya.

Tiba-tiba ikan itu bersuara, “Kalau puan menolong aku, puan akan mendapat apa yang dihajati. Tetapi hanya tiga permintaan sahaja yang dapat dimakbulkan. Tiap kali permintaan dikabulkan, suami puan akan mendapat 10 kali ganda.

Wati: Baiklah, saya mahu kelihatan cantik.

Ikan: Tetapi suami puan menjadi lelaki paling tampan di dunia ini.

Wati: Tiada masalah. Lalu Wati menjadi wanita yang paling cantik di kampung itu.

Permintaan kedua ialah Wati ingin menjadi kaya.