Thursday, February 12, 2015

Dato Haji Hasbullah Awang kembali ke rahmatullah akibat serangan jantung

Salam takziah kepada keluarga Allahyarham, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang2 yang beramal soleh.. Negara kehilangan sebutir bintang, pengulas sukan dan pengacara yang hebat..

Al fatihah..



Monday, February 9, 2015

Hati-hati bila berposing secara 'manja'

KOTA BHARU - 'Pose' manja seorang gadis 23 tahun di laman sosial Facebook menjadi rebutan hingga menyebabkan berlaku insiden tembakan di hadapan sebuah restoran di Jalan Kebun Sultan, di sini, awal pagi tadi.
Gadis berasal dari Kota Bharu itu pada mulanya muat naik gambar-gambar manja di laman sosial berkenaan hingga menjadi kegilaan dua kumpulan terdiri daripada lima dan tujuh orang yang mahu memilikinya.