Thursday, April 28, 2011

Hebat Cina ni.. kita yang Islam pun belum tentu sanggup..


AKHIR-AKHIR ini kita melihat kecenderungan masyarakat menyumbang kepada masjid sebagai sedekah jariah untuk melahirkan rasa syukur mereka kapada Allah yang memberikan rezeki saban hari. Ini selain kutipan yang biasa dilakukan pada hari Jumaat sewaktu solat Jumaat.

Sebahagian mereka ini menyumbang sedekah dengan harapan pahalanya akan sampai kepada ibubapa di alam barzah.

Di Kelantan seorang berbangsa tionghua yang beragama Budha dengan rela hati mewasiatkan wang kifalah (skim khairat kematian warga emas yg di perkenalkan Kerajaan Kelantan) yang diterima warisnya kepada sebuah masjid di Kota Bharu.

Kita bagaimana...??? Semoga Allah lembutkan hati-hati kita untuk turut menyumbang harta benda kita pada jalan-Nya..

Amin...

Wednesday, April 27, 2011

RM2000 satu penumbuk.. mahalnyer...



Di Alor Setar Kedah seorang guru dijatuhi hukuman denda RM2,000 atau empat bulan penjara jika gagal menjelaskan denda, selepas didapati bersalah menumbuk Guru Besar sekolah tempat beliau mengajar lebih empat tahun lalu.

Majistret Nor Azah Idris menjatuhi hukuman itu ke atas Norazman Abdul Wahab, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan.

Monday, April 25, 2011

Kisah & tauladan.. Saya Sayangkan Ibu..!!


Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh sianak lalu membacanya.


Friday, April 22, 2011

Awas...hanya mulut dara sahaja dibenarkan...!!

Jawatan Kosong.. tapi awas bukan semua boleh memohon.. hanya gadis yang masih perawan dan memiliki saiz p******* yg sesuai sahaja layak memohon... Apa macam..??

Jika Anda sudah bersuami atau janda dan yang seumpamanya jangan harap nak mintak kerja ini.. cari ler kerja lain ok...!! Dunia... Oh...Dunia...!!

Hanya mulut dara dibenar petik daun teh

GUSHI - Sebuah ladang teh di China hanya akan mengupah perawan untuk mengutip daun teh di ladang mereka kerana mahu mengekalkan kualiti daun itu, lapor sebuah akhbar semalam.

Gadis-gadis itu juga tidak dibenarkan mengutip daun teh dengan tangan tetapi perlu menggunakan mulut mereka untuk melakukan tugas tersebut.

Daun teh yang sudah dipetik itu perlu dimasukkan ke dalam sebuah bekas yang diikat di leher mereka.

Wednesday, April 20, 2011

Apa Itu Dinar & Dirham Kelantan ??


Apakah itu Dinar Kelantan?

Dinar Kelantan adalah koin emas syariah yang dilancarkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Dinar Kelantan mula diperkenalkan pada September 2006 dengan dominasi ¼, ½ dan 1 dinar.Nilai semasa untuk dominasi-dominasi tersebut ialah RM99.38, RM176.76 dan RM332.25. Sempena menyambut ulang tahun hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan yang ke-57; dinar Kelantan berdenominasi 2 dinar telah diperkenalkan pada Julai 2007.

Pada 12Ogos 2010, Kerajaan Negeri Kelantan melancarkan koin-koin Dinar Kelantan dengan corak yang baru dalam dominasi ½ , 1, 2, 5 dan 8 dinar dengan harga semasa RM290.50, RM581, RM1162, RM2905 dan RM4648 masing-masing.

Tuesday, April 19, 2011

Persada bermesyuarat agong kali pertama ahad ini.. mari belako sep2 kitaa...

Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Persatuan Anak Kelantan Darul Naim Di Selangor dan Kuala Lumpur (PERSADA) Kali Pertama akan diadakan pada hari Ahad, 24 April 2011, jam 1.30 petang bertempat di Warung Dusun Gear Box (Abe Mie), Bandar Baru Bangi Selangor.

Sebarang pertanyaan boleh merujuk kepada En Ali Hanafiah (0123268027) selaku Presiden atau En Razali (0176242252)/ Setiausaha Agong.

Semua Anak kelantan dijemput hadir..!!

matlumat lanjut layari : www.persada.net

Monday, April 18, 2011

Ingatlah para suami bahawa…


Isteri dan anak-anak itu adalah amanah ALLAH kepada kamu… jadi sayangi mereka sentiasa kerana kasih sayang yang abadi menjamin kebahagiaan...




1. Selalulah menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih daripada emak anda.

Friday, April 15, 2011

Marilah mari.. pergi mengundi...

Tips mengundi dalam pilihan raya oleh Dr Mohd Asri Zainul Abidin


Ramai yang bertanya tentang siapakah yang patut mereka undi dalam piliharaya akan datang, atau yang sedang berlangsung di Sarawak sekarang.

Soalan-soalan ini muncul kerana kebanyakan generasi muda hari ini belum membuat keputusan parti pilihan. Ia patut dilihat sebagai satu perkembangan yang baik, kerana rakyat sudah mula bebas dari cengkaman fanatik atau sokong secara membuta tuli.

Jika sikap ini dipimpin ia akan melahirkan rakyat yang tidak boleh diperbodohkan dan sentiasa sedia untuk membuat perubahan berdasarkan potensi yang dipamer oleh setiap parti yang bertanding.

Saya pernah menjelaskan bahawa undian seseorang mempunyai nilai dosa dan pahala di sisi Allah berdasarkan kesan yang mungkin berlaku disebabkan undi yang diberikan.

Thursday, April 14, 2011

Pasir Mas ‘kilang’ gadis cantik

SEBUT saja nama daerah Pasir Mas, Kelantan, pasti ramai mengaitkannya sebagai ‘kilang’ gadis cantik hingga sering diburu oleh pemuda tempatan mahupun luar Kelantan untuk dijadikan calon isteri.

Malah, tidak keterlaluan jika gadis Pasir Mas yang terkenal dengan jolokan comel ‘lote’ serta memiliki wajah keayuan yang asli itu dianggap sama seperti Cinderella yang sentiasa menjadi igauan setiap ‘putera’.

Ini kerana, bila disebut saja gadis Pasir Mas, ramai pemuda terbayangkan seorang gadis Melayu yang memiliki raut wajah ayu dan jelita, sama seperti gadis zaman bangsawan.

Paling ketara, gadis Pasir Mas memiliki wajah Melayu yang mampu menggoda lelaki tanpa perlu disolek. Selain itu kulit mereka, terutama di tangan, kelihatan lembut dan gebu seperti bayi.

Monday, April 11, 2011

Kalau di Indonesia biasa saja begini pak..

Pelanggan tergamam hidangan patin 13,000

Sekumpulan 50 pelanggan yang makan hidangan masakan kampung termasuk ikan patin di sebuah restoran di Temerloh, terkejut apabila mereka dikenakan bayaran RM13,000.

NONEMenurut seorang daripada kumpulan itu yang enggan namanya disiarkan, beliau membawa rakan-rakannya menikmati makan tengah hari di restoran berkenaan baru-baru ini yang menyediakan ikan-ikan sungai, ulaman dan sayur-sayuran kampung.

"Selesai makan, pemilik restoran berkenan mengenakan bil berjumlah RM13,000 dan saya terpaksa membayar," katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata, jika dikira, setiap seorang daripada 50 orang itu, dikenakan bayaran RM260.

"Ini melebihi makan di restoran enam bintang di Kuala Lumpur," katanya.

Kejadian itu kini menjadi bualan peniaga serta penduduk di daerah Temerloh.

Tuesday, April 5, 2011

Warkah Untuk PM.. harap PM baca..!!

30 RabiulAkhir 1432 bersamaan
4 April 2011

السلأم عليكم ؤرحمة اللة ؤبركاتة

Ke Majlis ;
Yang Amat Berhormat
Dato’ Sri Hj Mohd Najib bin Tun Hj Abdul Razak
Perdana Menteri Malaysia
Blok Utama, Bangunan Perdana Putra,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 PUTRAJAYA

YAB Dato’ Sri,

PETROLEUM NEGARA

Atas kemurahan Allah S.W.T mengurniakan rezeki ke atas bumi Malaysia untuk dinikmati oleh seluruh makhluk-Nya, dengan harapan semoga YAB Dato’ Sri diberikan petunjuk untuk memimpin tanah air ini menuju keredhaan Allah S.W.T.

Berdasarkan kesedaran prinsip Rule of Law sebagai garis sempadan kepemimpinan, serta kesedaran yang menguruskan rezeki yang Allah anugerahkan berdasarkan yang hak , di sini saya ingin memanjangkan dua (2) cadangan kepada YAB Dato’ Sri mengenai PETROLEUM NEGARA.

Pertama : Menghidupkan semula Majlis Penasihat Petroleum Negara

1. Majlis Penasihat Petroleum Negara adalah dikehendaki oleh Akta Kemajuan Petroleum 1974 tetapi buat masa ini ianya tidak wujud dan kerana itu ia di ketengahkan semula untuk perhatian YAB Dato’ Sri.

Akta ini diasaskan oleh Almarhum Ayahanda YAB Dato ‘ Sri sendiri pada tahun 1974.

Seksyen 5 Akta ini dengan jelasnya menghendaki Perdana Menteri membentuk sebuah MAJLIS PENASIHAT PETROLEUM. Saya perturunkan kandungan akta berkenaan untuk rujukan YAB Dato’ Sri , seperti berikut;

Monday, April 4, 2011

Tok Guru Jumpa Mahasiswa Kelantan sabtu ini di Shah Alam.. Pakat mari blakooo...



Program Solat Hajat dan Jamuan bersama YAB Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz bin Nik Mat (Menteri Besar Kelantan Darul Naim)

Tarikh: 9 April 2011 (Sabtu)
Tempat: Stadium Melawati, Shah Alam
Masa: Bermula 5.00 petang hingga 11.30 malam
Anjuran: Markaz Siswazah Kelantan

Semua Mahasiswa Anak Kelantan dijemput hadir..!!

Friday, April 1, 2011

Industri pelancongan Kampung Melawi dirancakkan

(Papan tanda projek pembinaan jalan pesisir pantai Bachok - Pasir Puteh)

BACHOK 31 Mac - Industri pelancongan di perkampungan nelayan pesisir pantai iaitu Kampung Melawi akan dirancakkan selepas Kerajaan Pusat meluluskan peruntukan RM13 juta bagi melebarkan jalan sepanjang 15 kilometer dari kampung itu sehingga ke sempadan Pasir Puteh di sini.