Wednesday, August 24, 2011

Mencari Laila...

BULAN Ramadan adalah tempoh waktu selama 30 hari yang penuh keberkatan di mana ALLAH SWT meluaskan rahmat-Nya supaya menaungi seluruh hamba-Nya yang taat beribadat dengan pemberian ganjaran pahala berlipat kali ganda.

Lebih menggembirakan, di antara malam-malam Ramadan terdapat satu malam yang disebut Lailatulqadar, malam yang penuh keberkatan dan kebaikan malam dinyatakan dalam al-Quran bahawa ia adalah malam lebih baik daripada 1,000 bulan sama dengan 83 tahun empat bulan.

Lailatulqadar adalah malam yang amat agung kerana dipilih ALLAH sebagai malam permulaan permulaan limpahan cahaya agama ke seluruh alam selain limpahan kesejahteraan dan kedamaian yang memancar dari hidayat ALLAH ke atas hati dan kehidupan manusia.


Hidayah di Bulan Mulia

Ramai peluk Islam ketika Ramadan.




Laman web dakwah beri penerangan mengenai agama berjaya tarik 90,000 pelawat

Ramai warga asing memutuskan untuk memeluk Islam pada dua minggu awal Ramadan kali ini, lebih separuh daripadanya rakyat Filipina.

Seramai 113 ekspatriat di negara pengeluar minyak terbesar itu memeluk Islam di Ihsa yang terletak di timur Arab Saudi termasuk 68 rakyat Filipina, 13 Sri Lanka, 10 India dan bakinya dari Kenya, Nepal dan beberapa negara lain. Rakyat Filipina paling ramai memeluk Islam di Arab Saudi.

Mereka memeluk Islam secara sukarela tanpa campur tangan mana-mana pihak, lapor akhbar berkenaan memetik pengarah Pusat Panduan Islam di Ihsa, Sheikh Abdul Rahman Al Gagmayan. Turut memeluk Islam ialah gadis Arab Saudi berusia 18 tahun yang menetap bersama ibunya yang beragama Kristian di Amerika Syarikat, ketika bercuti di sini, kata pengarah laman web dakwah, www.edialogue.org Majed Al-Osaimi.

Monday, August 22, 2011

Persada rai anak yatim dan ibu tunggal


Seramai 20 orang anak yatim dan 9 orang ibu tunggal diraikan didalam program Iftar Amal PERSADA 2011 meraikan anak-anak yatim dan ibu tunggal (armalah) dari PPR Muhibbah, Puchong Selangor di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 20 Ogos lepas.

Program yang dianjurkan oleh Persatuan Anak Kelantan Darul Naim Selangor dan Kuala Lumpur (PERSADA) ini merupakan program tahunan yang diadakan setiap kali bulan Ramadhan. Tahun ini merupakan tahun ke 3 diadakan dengan mendapat kerjasama penuh tokoh-tokoh koperat dan para penderma yang budiman.

Perjumpaan Anak Perantau 2 Syawal ini..

Syawal ini Kerajaan Kelantan akan mengadakan hari terbuka untuk bersama anak Kelantan di Perantauan sebagaimana tahun-tahun lepas. Anak-anak Kelantan yang berada diluar Kelantan yang pulang berhari raya di kampung halaman dipelawa menghadiri program ini.

Program tersebut yang akan diadakan pada 2 Syawal bertempat di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) Pengkalan Chepa akan bermula jam 7.00 petang.

Dijangka YAB Menteri Besar, Timbalan Menteri Besar, exco-exco dan pemimpin-pemimpin negeri akan hadir meraikan anak-anak Perantau.

Pelbagai aktiviti menarik dan aturcara disusun seperti persembahan seni kebudayaan Kelantan, dikir barat dan sebagainya. Pelbagai juadah juga disediakan khas kepada tetamu yang hadir.

Seluruh anak Kelantan yang pulang bercuti dijemput menghadiri majlis ini bersama keluarga masing-masing bagi mengeratkan lagi hubungan antara kerajaan dan rakyat dirantauan disamping dapat beramah mesra dengan pimpinan negeri..

InsyaAllah..

Tuesday, August 9, 2011

Kelebihan Membaca Al Quran Dalam Bulan Ramadhan.



zwani.com myspace graphic comments


Dari Aisyah r.a telah bersabda Rasulullah s.a.w:



"Sesungguhnya tiap-tiap sesuatu itu mempunyai kemegahan yang mana manusia berbangga dengannya dan yang menjadi kemegahan umatku ialah al-Quran yang mulia."

Kita dikehendaki membaca ,mendalami dan menghayati isi kandungan al-Quran kerana ia diturunkan bukan untuk dijadikan perhiasan sahaja. Membaca al-Quran dikira sebagai berzikir dan zikir al-Quran lebih afdal dan utama daripada zikir-zikir yan lain. Oleh itu membaca al-Quran adalah sebagai ibadat tetapi tidaklah melebihi daripada ibadat-ibadat yang wajib.

Iftar PERSADA bersama Anak Yatim pada 20 Ogos 2011/ 20 Ramadhan 1432

Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Berbuka Puasa Persatuan Anak Kelantan Darulnaim di Selangor dan Kuala Lumpur (PERSADA) 2011 bersama anak-anak yatim akan diadakan sebagaimana berikut;

Tarikh : 20 Ogos 2011 [Sabtu] / 20 Ramadhan 1432H
Tempat : Hotel Vistana, Off Jalan Ipoh, Kuala Lumpur
Masa : 5.30 petang – 9.30 mlm

Sumbangan adalah RM50/orang @ RM500/meja. Pihak Persada juga mengalu-alukan sumbangan/derma/zakat untuk anak-anak yatim yang akan disampaikan terus kepada mereka semasa program tersebut. Sumbangan boleh disalurkan atas nama “Persatuan Anak Kelantan Di Sel dan KL menerusi BIMB (Cawangan Putrajaya) No. Akaun 16018010017216.

Keterangan lanjut @ kepada yang berminat @ tempahan meja, sila hubungi En Zainuha, Bendahari PERSADA 0123619259 atau En Razali, Setiausaha Agung PERSADA 0176242252

“Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa, maka diampuni dosanya dan dibebaskan dari api neraka dan mendapat pahala seperti orang-orang yang berpuasa tersebut tanpa dikurangi pahalanya sedikit pun” – HR Ahmad, At-Tirmidzi, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban.

“Bersama Beramal”
“Kukuhkan Perpaduan Eratkat Ikatan”

Monday, August 8, 2011

TAZKIRAH : DOA YANG PALING UTAMA DI BULAN RAMADAN

APAKAH DOA YANG PALING UTAMA DI BULAN RAMADAN DAN SIAPAKAH DIA UWAIS AL-QARNI?


Oleh Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din


Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Kedatangan bulan Ramadhan walaupun menjadi suatu kebiasaan kepada kebanyakan orang, tetapi sebenarnya ianya menjadi suatu mercu tanda kepada orang-orang yang ingin mencapai kepada matlamat penghidupan yang sebenarnya iaitu seperti yang disebutkan oleh Allah swt;


Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa (Al-Baqarah:183)


Khususnya dalam kontek kita berpuasa disebutkan sebagai “La‘al lakum tattaqun” maksudnya dengan berpuasa kamu akan memperolehi darjat ketaqwaan kepada Allah swt. Menjadi suatu yang agak lumrah kepada insan, biasa disebut, di hafal dan diingati kalimah ini “La‘al lakum tattaqun”, tetapi pernahkah, sampaikah kita ke tahap “tattaqun” itu bila sampai Ramadan dan berakhir Ramadan?


Sampaikah kita kepada apa yang nabi sebut kepada isteri-isterinya dan kepada sahabat-sahabatnya iaitu “Faya ‘ajaban liman adraka ramada na fala yughfarulah”, iaitu maksudnya “Alangkah hairannya (ajaibnya) bagi orang yang telah sampai umurnya kepada menjelang Ramadan, apabila habis Ramadan hairan kalau dia tidak mengambil kesempatan untuk Allah mengampunkan semua dosa-dosanya”.

Tidak ada insan yang tidak berdosa melainkan nabi yang maksom. Kita lihat dizaman ini banyak perkara yang terpaksa kita telan dan kita tempuh. Akibatnya kita terpaksa menerima kemurkaan-kemurkaan Allah swt. kepada hamba-hambanya. Kita lihat dari bala bencana, musibah demi musibah, kita lihat dari berbagai-bagai kejadian yang tidak menyenangkan menunjukkan bahawa adanya kemurkaan Allah. Allah tidak akan murka melainkan kerana besarnya dosa manusia. Kerana itu datang ramadan, memanglah boleh menghairankan orang yang sempat hidup sampai Ramadan, apabila habis Ramadan dosa dia tidak terampun.

Friday, August 5, 2011

Akok - pembuka selera ketika berbuka..


Kuih AKOK merujuk kepada sejenis kuih tradisional yang popular di Malaysia, terutama di Kelantan. Kuih akok biasanya dibuat berbentuk bujur, berkedut dan mempunyai rasa yang agak manis, biasalah kuih Kelantan kan manis-manis. Kuih akok agak melekit dan boleh dimakan begitu sahaja tanpa tambahan kuah atau bahan lain.

Pada kebiasaannya akok bewarna hijau pucat dan semakin banyak putih telur diguna, lebih sedap, dan menghasilkan lebih banyak kedut. Bulan puasa ni akok cukup popular dan agak senang diperolehi terutamanya di bazar-bazar Ramadhan dimerata tempat.

Tuesday, August 2, 2011

Kelainan dan Keistimewaan Ramadhan di Bumi Serambi Mekah...

Pendekatan yang digunakan amat baik dan mampu menarik golongan muda untuk sama-sama menunaikan solat sunat tarawih.



Pekarangan Stadium Sultan Muhammed IV , Kota Bharu Kelantan, sekali lagi menjadi tumpuan umat Islam untuk menunaikan solat sunat tarawih sempena Ramadan ini.

Tinjauan malam tadi mendapati, lebih 1,000 umat Islam terdiri daripada pelbagai peringkat usia termasuk kanak-kanak dan golongan tua membanjiri khemah besar yang disediakan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) bagi menunaikan solat Isyak seterusnya bertarawih.

Monday, August 1, 2011

Perutusan Ramadhan : Selamat mengerjakan ibadah puasa..

Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat mengerjakan ibadah Puasa yang bermula hari ini 1 Ogos 2011 bersamaan 1 Ramadhan 1432H. Terima kasih diucapkan kepada sahabat terutamanya pengunjung blog 'Wacana Minda'. Semoga ibadah puasa yang bakal kita semua tunaikan selama sebulan ini akan diterima dan dilipatgandakan pahalanya oleh Allah SWT... insyaAllah.

Allah berfirman bermaksud: "Hai orang beriman diwajibkan ke atas kamu berpuasa seperti diwajibkan atas orang sebelum kamu supaya kamu bertakwa."(Surah Al-Baqarah, ayat 183).

Ada beberapa peringkat harus diberi perhatian supaya termasuk dalam golongan puasa terbaik. Ini diingatkan junjungan besar Nabi Muhammad SAW dalam sabdanya bermaksud: Berapa ramai orang yang berpuasa mereka tidak mendapat apa-apa balasan melainkan lapar dan dahaga.

Peringatan ini jelas menunjukkan kita perlu berpuasa seperti dikehendaki Islam supaya mendapat balasan Allah seterusnya menjadikan kita orang bertakwa.