Friday, June 27, 2008

Tip penguat cinta

Dalam melayari alam rumah tangga, pujian, bahasa tubuh dan belaian mesra merupakan antara keinginan yang didambakan isteri daripada pasangannya.

BERCINTA secara fitrahnya adalah pengalaman manis dan saat yang sentiasa dinanti-nantikan wanita daripada seorang lelaki.

Namun, sebelum tiba ke puncak kemanisan bercinta, terdapat beberapa perkara kecil yang diharapkan seorang wanita dan perlu diberi perhatian setiap pasangannya.

Walaupun belum lengkap mengenali erti percintaan dalam sebuah perkahwinan, tetapi wanita sememangnya menginginkan suatu tata cara kehidupan yang lebih romantik dengan dipenuhi belaian mesra seorang suami.

Terdapat beberapa keinginan yang didambakan wanita daripada suaminya, dalam melayari makna di sebalik sebuah ikatan percintaan. Untuk lelaki, semak beberapa perkara di bawah ini:

Pujian tulus tidak terduga Wanita mana yang tidak inginkan dirinya dipuji? Bukannya pujian seribu satu kata-kata tetapi, pujian kecil yang tidak terduga olehnya.

Jika itulah yang diucapkan si suami di saat isteri menantikannya , ia pasti membuatkan isteri tersenyum lebar. Sampaikan pujian dengan penuh kesungguhan, tatap matanya dan jika perlu, lemparkan bisikan halus di telinganya.

Hindarkan pemberian pujian tanpa memfokus kepada maksud yang ingin disampaikan. Contohnya, kamu memujinya sambil tangan sibuk melakukan sesuatu kerja. Ini membuatkan pasangan berasa kesal dengan sikap yang ditunjukkan.

Bangkitkan aroma tubuh Sentiasa memanjakan diri sebelum berdampingan dengan pasangan, mengambil berat tentang penjagaan diri seperti kuku, janggut, serta membangkitkan aroma segar dari tubuh kamu. Kesemua ini dijamin akan membuatkan pasangan berasa nyaman sewaktu bersama.

Ketika berada di rumah, kamu berasa tidak selesa untuk mengenakan pakaian menutup dada. Percayalah, 'pakaian menutup aurat' tidak sesekali disukai pasangan ketika berada di rumah.

Sebaliknya, kenakan celana pendek potongan seksi. Ini akan membangkitkan keintiman pasangan tatkala isteri memperlihatkan keseksian tubuh ketika bersama.

Sentuhan mesra Walaupun kamu berdua begitu penat setelah pulang dari kerja, tidak salah sekiranya kamu menyelitkan bukti cinta kamu selama ini.

Kamu boleh mencipta sesuatu yang menyenangkan untuknya. Setelah selesai mandi dan bersiap untuk tidur, ambil minyak zaitun atau losen badan dan sapu di lehernya serta urut perlahan-lahan.

Biarkan pasangan kamu menikmati setiap sensasi yang tercipta daripada sentuhan jemarimu ini. Sentuhan erotik di tempat tidur ini sememangnya diinginkan setiap wanita. Tetapi, tidak hanya pada itu, wanita juga mendambakan belaian kasih sayang. Belailah rambutnya di saat dia berada di sisi kamu, atau pegang tangannya ketika dia menuruni anak tangga. Hal-hal seperti ini begitu dinanti-nantikan wanita.

Panggilan 'sayang' Masih ingatkah lagi panggilan 'sayang' di saat kamu bercinta dengannya dahulu? Sekiranya ingat, cubalah mengulangi panggilan cinta itu semula.

Jika ternyata kamu tidak pernah memulakan panggilan 'sayang' untuknya, tiada masalah untuk kamu menciptanya sekarang. Wanita akan merasa dirinya lebih istimewa di saat dia menyedari bahawa kamu adalah insan pertama di dunia ini memanggilnya dengan sebutan sayang. Ia sekali gus mengingatkannya semula keistimewaan diri kamu berbanding orang lain.

Sikap romantis Apa yang diinginkan seorang isteri adalah sikap romantik dan telus daripada suami. Ia tidak perlu dipamerkan setiap masa malah boleh dilakukan setiap kali anda menginginkan belaian mesra daripadanya.

Selain di rumah, kamu boleh mencipta suasana romantik sewaktu menjemputnya di tempat kerja dengan memberinya setangkai mawar kecil.

Wanita akan merasakan dirinya disanjungi dan dihormati. Malah, siapkan sarapan untuknya dan bawa ke kamar tidur. Bangunkan dia dengan sebuah kucupan lembut di dahi, kemudian hulurkan segelas jus segar. Apa yang kamu lakukan ini akan membuatkan dia berasa kamu begitu romantik.

Tidak terburu-buru Straight to the point. Ini adalah sebahagian sikap lelaki yang digelar wanita sebagai sikap terburu-buru. Cubalah sesekali kamu mengikut rentak iramanya.

Biarpun ia hanya dicipta sewaktu zaman bercinta dahulu, hakikatnya wanita menginginkan pasangannya mengerti keinginan dirinya itu.

Cium dengan perlahan tanpa ada satu bahagian pun yang terlewat. Tanya kepada dirinya apakah yang dia mahu kamu lakukan untuknya lagi.

Jangan sesekali membawa sikap terburu-buru ke kamar tidur. Peluk, belai rambutnya, bisik bagaimana kamu terlalu mencintainya sebelum kamu berdua menikmati waktu malam yang indah.

Pastinya, pasangan kamu sentiasa menginginkan kamu mengulangi langkah sebegini setiap kali kamu bersama.

- NOOR HASLIZA NUSI (kosmo.com.my)

Thursday, June 26, 2008

Dulu Nasi Kerabu, Kini Ar-Rahn


KUALA LUMPUR, 24 Jun: Selepas nasi dagang, nasi kerabu dan pelbagai jenis kueh mueh dari Kelantan dinikmati dengan baik oleh orang luar negeri itu, sistem pajak gadai pula mula mendapat tempat.

Sistem pajak gadai Islam Ar Rahn yang berasal dari Kelantan kini berkembang ke luar negeri dengan masyarakat ibu kota Kuala Lumpur menjadi pihak yang pertama menikmatinya selepas penduduk Kelantan.

Cawangan pertama Ar Rahn luar Kelantan dibuka dengan rasminya oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abd Aziz Nik Mat di Jalan Raja Laut (depan Pejabat Agung PAS), Kuala Lumpur semalam.

Ar-Rahn adalah merupakan anak syarikat Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan cawangan Jalan Raja Laut adalah cawangan Ar-Rahn yang ke 12.

Ia merupakan sistem gadaian Islam yang telah ditubuhkan sejak tahun 1992 lagi di negeri Kelantan. Kini Ar-Rahn telah mengorak langkah untuk membuka lebih banyak cawangan lagi terutamanya di utara tanah air.

Antara faktor yang menyebabkan pembukaan kepada cawangan baru ini ialah permintaan yang tinggi kepada perniagaan ini selain daripada lokasi yang sesuai.

Ar-Rahn juga adalah merupakan satu unit bisnes Permodalan Kelantan Bhd, sebanyak RM160juta telah direkodkan sebagai urusniaga di Ar-Rahn ini.

Di majlis pembukaan tersebut, Tuan Guru Nik Aziz telah disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif PKINK, Wan Yahya Wan Salleh di majlis yang sederhana yang dihadiri oleh 100 orang hadiri.

Nik Aziz juga telah menyarankan bahawa, sistem gadaian Islam Ar-Rahn ini tidak mengamalkan riba, seperti mana ianya adalah haram dan beliau juga mengatakan bahawa kelebihan Ar-Rahn adalah berasakan syariah Islam yang berteraskan telus dan adil.

Ar Rahn bakal menjadi pusat perkhidmatan kewangan warga kota tambahan lagi dengan ekonomi yang serba mencengkam mereka sekarang ini.

//siasahdaily.net

Wednesday, June 25, 2008

Bantulah Saya - Lima tahun hidup derita


KUALA LUMPUR: "Bantulah saya...saya sudah tidak tahan selama lima tahun hidup menderita di sini (Pajarakan, Jawa Timur) bersama suami 'kaki judi' hanya tahu mengamuk meminta wang hampir setiap hari," itulah rintihan Julia Rashid, 27, merana diperdaya suami sendiri, warganegara Indonesia yang pernah bekerja di negara ini.

Menurut Julia, kehidupannya di Pajarakan bersama lima anak cukup menderita apatah lagi saban hari dia terpaksa mencari nafkah dengan meminta sedekah di masjid dan jiran yang simpati dengan nasib mereka untuk menampung hidup serba daif.

Lebih perit, wang hasil derma itu turut digunakan suami yang tidak bekerja untuk dihabiskan di meja judi bersama rakannya dan dia akan dipukul jika enggan menuruti keinginan suaminya, Maksum Wiranto, 36.

Penderitaan wanita malang itu bermula apabila dia terpaksa berkahwin pada usia 14 tahun ketika masih belajar di Sekolah Menengah Jalan Peel di sini, selepas dihamilkan lelaki terbabit yang bekerja sebagai buruh binaan di negara ini.

Bagaimanapun, bagi menutup malu, arwah bapanya, Rashid Embong mengahwinkan Julia dengan Maksum yang berjiran ketika tinggal di penempatan setinggan Kampung Pasir, Hulu Klang.

Arwah bapa Julia enggan membuat laporan polis kerana tidak mahu memanjangkan kes berkenaan.

Selepas memperoleh lima anak, Julia diperdaya apabila diajak suaminya ke Indonesia pada 2003, kononnya untuk bertemu ibu mentua yang ingin melihat menantu serta cucunya dan ketika itu, lelaki terbabit berjanji mereka hanya akan tinggal di sana selama dua bulan.

Namun, janji hanya tinggal janji apabila Julia bersama lima anaknya terus menetap di sana hingga sekarang dan hidup menderita apabila sering dipukul dan tidak mempunyai pekerjaan sehingga terpaksa meminta sedekah bagi mencari sesuap nasi untuk menggalas perutnya dan anak-anak.

Kehidupannya sepanjang perkahwinan bukannya membawa kebahagiaan, malah hampir setiap hari disulami dengan pukulan demi pukulan termasuk dihentak dengan lesung batu oleh suami sendiri.

"Kejadian saya dipukul berlaku hampir setiap hari bukan saja di sini (Pajarakan), malah ketika di Malaysia pun saya diperlakukan seperti objek tidak bernyawa," katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Menurutnya, dia bersama lima anak mengikut suami pulang ke Indonesia menaiki kapal melalui Johor dan terpaksa menempuh perjalanan selama seminggu sebelum dijemput keluarga sebelah suami di Surabaya.

"Sejak menjejakkan kaki ke sini (Pajarakan), hidup saya dan anak-anak hanya mendapat bantuan daripada orang kampung selain hasil meminta derma di masjid," katanya.

Menurut Julia, dia sudah lama menderita dan seboleh-bolehnya mahu pulang ke tanah air.

"Hanya Tuhan yang tahu betapa saya rindukan emak, manakala anak-anak pula rindukan nenek mereka yang kini berada di Hulu Klang," katanya sebak.

Sementara itu, wakil Perhimpunan Indonesia untuk Buruh Migran Berdaulat (Migrant Care), Alex Ong, yang mendedahkan kisah Julia kepada wartawan Harian Metro, berkata pihaknya akan berusaha menjalinkan kerjasama dengan kerajaan Indonesia dan Wisma Putra untuk membawa enam beranak itu pulang ke negara ini.


Dipanjangkan oleh sahabatku:

Alex Ong
Migrant CARE
Perhimpunan Indonesia untuk Buruh Migran Berdaulat
(Member of Migrant Forum in Asia and International NGO
Platform on Migrant Workers' Convention)

Jl. Pulo Asem I C No 15 RT 015 RW 001 Jati,
Jakarta Timur 13220 Indonesia
Telp/Fax: +62 21 4752803
E-mail: alexmigrantcare@gmail.com
migrantcare@nusa.or.id
Website: www.buruhmigranberdaulat.blogspot.com

25.06.2008

Tuesday, June 24, 2008

Etika Pakaian MPKB BRI - PEMBETULAN

Majlis Perbandaran Kota Bharu - Bandaraya Islam(MPKB-BRI) tidak pernah mengeluarkan surat pekeliling melarang pemakaian gincu & kasut tumit tinggi yang mengeluarkan bunyi.

Pengarah Perhubungan Awamnya,Azman Mohd Daham berkata,terdapat kekeliruan terhadap pekeliling yang dicetak & diedarkan kepada orang ramai.

"Sebenarnya kenyataan tersebut diedarkan kepada orang ramai sebagai kempen dakwah & ia bukanlah satu arahan yang dibuat oleh MPKB-BRI.

"Ia merupakan satu etika pemakaian mengikut cara-cara Islam.Tidak bersabit langsung dengan undang-undang kecil yang pernah dikeluarkan sebelum ini."katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

"Kenyataan yang mengatakan bahawa Yang Dipertua MPKB-BRI melarang wanita muslimah memakai solekan yang jelas dilihat seperti gincu & tidak dibenarkan memakai kasut tumit itnggi adalah tidak benar.

"Kenyataan itu hanya kempen untuk berdakwah & kami tidak akan mengenakan sebarang denda ke atas kegagalan mematuhi peraturan tersebut." katanya.

Itu sedikit sebanyak ringkasan berita dari akhbar Sinar Harian berkenaan isu tersebut.diharap selepas ini tidak ada mana-mana pihak yang cuba memainkan isu tersebut & jelas tindakan MPKB-BRI itu adalah satu langkah yang bijak dalam mengembangkan ajaran Islam sebagai Ad-din.

Bak kata orang-orang lama - bagai menarik rambut didalam tepung...& juga sepertimana yang termaktub didalam ajaran Islam - tiada paksaan.

Semoga langkah MPKB-BRI ini tidak disalah ertikan oleh mana-mana pihak & menjadi contoh kepada PBT dilain-lain negeri.mulakan dengan dakwah & pemahaman itu amat penting didalam menyampaikan dakwah.

http://perisikrakyat.blogspot.com/

Muslimah dilarang bergincu di MPKB BRI


KOTA BAHARU: Larangan pemakaian gincu dan kasut tumit tinggi yang tidak mengeluarkan bunyi antara arahan yang ditetapkan kepada pemegang lesen dan pekerja di dalam kawasan Majlis Perbandaran Kota Baharu-Bandar Raya Islam (MPKBBRI) di sini.

Yang Dipertua MPKBBRI, Shafie Ismail berkata, arahan itu bagi mengelak berlakunya anasir jahat seperti rogol dan zina selain menjaga maruah serta peribadi muslimah di negeri ini.

Kata beliau, wanita muslimah dilarang memakai solekan yang jelas dilihat seperti gincu dan tidak dibenarkan memakai kasut bertumit tinggi yang mengeluarkan bunyi.

Sekiranya hendak memakai kasut bertumit tinggi, tumitnya haruslah diperbuat daripada getah, kata beliau menerusi pekeliling yang dikeluarkan kepada wanita beragama Islam yang bekerja mengendalikan premis makanan dan bukan makanan di dalam kawasan MPKBBRI.

Bagaimanapun Shafie tidak dapat dihubungi Bernama untuk mendapatkan penjelasan terperinci berkenaan larangan pemakaian gincu itu.

Selain itu, beliau berkata, antara etika lain yang perlu dipatuhi ialah memakai tudung yang labuh, tidak jarang dan menutup dada, memakai baju berlengan panjang sehingga ke pergelangan tangan, memakai baju labuh dan longgar serta memakai sarung kaki.

Shafie berkata, kegagalan mematuhi peraturan dan etika yang ditetapkan itu akan dikenakan kompaun sebagaimana yang diperuntukkan mengikut Undang-Undang Kecil Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKBBRI) 1986 dan jika sabit kesalahan boleh dikompaun tidak lebih RM500.

//BERNAMA

Monday, June 23, 2008

FITNAH...

Fitnah merupakan suatu sifat yang amat keji dan boleh mendatangkan kesan yang amat buruk kepada diri sendiri dan terhadap orang lain. Fitnah boleh di ertibahasa seseorang yang menyampaikan keburukan orang lain di kalangan orang ramai dengan tujuan supaya mereka membenci atau memusuhinya.

Fitnah boleh berlaku di mana- mana terhadap orang lain kerana didorong oleh perasaan irihati, kurangnya iman dan lemah iman dan jiwanya kotor.Justeru itu perbuatan fitnah tergolong sifat munafik dan dosa besar dalam Islam kerana boleh menjatuhkan keaiban seseorang dan menghalangnya dari berbuat kebajikan.

Firman Allah: "Dan janganlah kamu ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina yang banyak mencela yang kian kemari menyebar fitnah, yang banyak menghalang berbuat baik yang melampaui batas lagi banyak dosa." (Al- Qalam: 10 - 12)
Firman Allah: "Dalam hati mereka ada penyakit, lalu Allah tambahkan penyakitnya dan bagi mereka seksa yang pedih di sebabkan mereka berdusta." (Al- Baqarah: 10)


Perbuatan fitnah lebih berbahaya daripada pembunuhan kerana boleh menyebabkan masyarakat hilang rasa kasih sayang dan mencetuskan permusuhan.
Firman Allah: "Dan fitnah itu lebih besar bahayanya dari pembunuhan." (AL- Baqarah: 191) & Firman Allah: "Dan fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada membunuh." (Al- Baqarah: 217)

Dalam Islam melindungi kehormatan atau menjaga nama baik seseorang adalah dituntut agar dapat menjaga hak dan kebajikan orang lain selamat dari murka Allah. Justeru itu perbuatan fitnah antara sesama Muslim akan mendapat balasan yang buruk dari Allah di dunia dan akhirat.

Firman Allah: "Sesungguhnya orang- orang yang menuduh (memfitnah) wanita- wanita yang baik lagi beriman berzina, mereka kena laknat di dunia dan akhirat dan bagi azab yang besar." (An- Nur: 23)

Sabda Rasulullah S.A.W: "Seburuk- buruk hamba Allah iaitu orang yang berjalan ke sana ke mari dengan fitnah yang memecahbelahkan antara kekasih yang suka mencari kecacatan orang- orang yang baik." (HR: Ahmad)
Rasulullah S.A.W bersabda: "Tidak akan masuk syurga yang membawa fitnah." (HR: Bukhari dan Muslim dari Huzaifah)


Oleh kerana bahaya fitnah boleh mengancam kesejahteraan, maka umat Islam hendaklah sentiasa berhati- hati dan jangan mudah terpedaya dengan fitnah yang dibawa atau diterima.
Firman Allah: "Wahai orang- orang yang beriman apabila datang kepadamu orang fasik yang membawa berita (fitnah) maka perhatikanlah dengan teliti (kebenarannya)." (Al- Hujurat: 6)

PETIKAN DARI : http://www.mymasjid.net.my

Sunday, June 22, 2008

Alhamdulillah, RM30 juta untuk program kebajikan di Kelantan


Kerajaan Pusat meluluskan peruntukan berjumlah RM30 juta untuk membantu lebih 13,000 rakyat Kelantan yang memerlukan pelbagai bentuk bantuan di bawah program kebajikan sepanjang tahun ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Kelantan, Che Ngah Ismail berkata peruntukan itu lebih besar berbanding RM7 juta yang diluluskan oleh kerajaan negeri yang sebahagian besarnya untuk perbelanjaan mengurus.

“Program itu membabitkan pelbagai program termasuk orang kurang upaya (OKU) dan pesakit kronik,” katanya kepada pemberita selepas menutup hari keluarga Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Kampung Jeram-Gaal di Tok Bali di Pasir Putih semalam.

Sebagai anak Kelantan, saya bersyukur dan berterima kasih atas keperihatinan pihak kerajaan Pusat kerana tidak menganaktirikan negeri saya yang sudah 18 tahun lebih diterajui oleh parti yang tidak sealiran dengan persekutuan. Saya juga berharap peruntukan lain yang sepatutnya disalurkan kepada kerajaan negeri Kelantan (dan juga negeri-negeri lain dibawah Pakatan Rakyat) seperti termaktub didalam perlembagaan dilakukan dengan telus tanpa diskriminasi sepertimana yang diamalkan sebelum ini.

Selain itu diharapkan juga peruntukan yang dinyatakan itu sampai kepada golongan sasar demi manafaat mereka yang memerlukan. Geran perkapita yang sepatutnya diterima kerajaan negeri seharusnya disalurkan dengan mengikut jadual tanpa ada agenda tersembunyi.

Difahamkan kerajaan Kedah mula terasa kesan mainan politik Kerajaan Pusat dalam menyalurkan peruntukan yang sepatutnya diterima mereka. Ini pada hemat saya tidak patut berlaku sekiranya Pusat menyedari bahawa Kedah juga sebahagian dari persekutuan Malaysia dimana negeri tersebut juga merupakan penyumbang kepada keharmonian dan kestabilan politik dan ekonomi negara kita.

Tempoh 100 hari selepas pilihanraya 8 Mac 2008 lalu seharusnya dijadikan kayu pengukur bagi K'jaan Pusat muhasabah dan menilai kerjasama antara pusat dan negeri. Jangan sekali-kali menafikan hak kerajaan negeri biarpun berlainan ideologi politik.

Rakyat ingin melihat sejauhmana komitmen kerajaan dalam menanggani isu ini selain dari isu-isu lain yang lebih mengcengkam mereka secara langsung seperti bebanan kenaikkan harga minyak dan lain-klain keperluan harian.

Friday, June 20, 2008

TAUBAT

SETIAP manusia, melainkan nabi dan rasul mempunyai kesilapan dan tidak terhindar daripada melakukan dosa. Justeru, bagi menebus kesilapan itu, sekali gus meletakkan diri pada jalan yang diredai, Islam mengajar umatnya supaya segera memohon keampunan dan bertaubat.

Allah mengajarkan kita cara bertaubat, sebagaimana terangkum dalam al-Quran, bermaksud: “Wahai Tuhan kami, kami menganiayai diri kami sendiri dan sekiranya Engkau tidak mengampuni kami, pasti kami akan termasuk orang-orang yang rugi.” (al-A'raf:23)

Satu syarat bertaubat ialah menyesal atas perbuatannya yang salah. Tetapi orang tidak akan menyesal sekiranya dia sendiri tidak menyedari apa yang dilakukannya itu salah. Oleh itu, orang yang berasa dirinya banyak dosa jauh lebih baik jika dibandingkan dengan orang yang merasai dirinya sudah banyak pahala.

Ini kerana apabila merasakan diri banyak dosa, dia akan segera bertaubat, tidak henti-henti memohon keampunan, malah tekun mentaati Allah, manakala yang sudah merasakan banyak pahala selalunya berasa diri berada dalam keselamatan, lalu tidak mahu memohon keampunan.

Seseorang yang berdukacita dan menangis kerana menginsafi banyak keburukan pada diri sendiri lebih utama dibandingkan dengan orang yang bangga dengan amal ibadat dan kebaikan yang sudah dikerjakan.

Aa Gym, iaitu seorang pendakwah terkenal di Indonesia, dalam bukunya “Ingat Tuhan Sampai Mati” ada menyatakan: “Rezeki terbesar daripada Allah adalah pada masa kita mulai berani jujur melihat kekurangan diri sendiri. Oleh itu, cemburulah apabila melihat orang yang berdosa kemudiannya insaf dan bertaubat, kerana itu lebih baik daripada ahli masjid, tetapi mulai megah dengan amalannya.”

Menurutnya, sering kali individu yang bertaubat tidak membawa sebarang perubahan, malah pada zahirnya bertaubat, namun maksiat tetap dilakukan.

“Kita mengerjakan solat, namun kita tidak dapat menahan diri daripada perbuatan keji dan mungkar. Masakan tidak, taubat yang kita lakukan tidak berada pada landasan yang benar dan kuat,” katanya.

Justeru, beliau menekankan, bagi melakukan taubat yang berkesan, sepatutnya diawalkan dengan dua landasan utama, iaitu menyedari Allah maha melihat baik yang zahir mahupun yang tersembunyi dan menyedari dosa membawa bencana.

Orang yang bertaubat mempunyai beberapa tingkatan, iaitu taubat orang awam, taubat orang khusus dan taubat orang khusus bil khusus.

1. Taubat orang awam - Hanya untuk dosa besar, tetapi individu terbabit masih tidak terlepas daripada dosa kecil. Dalam erti kata lain, dia hanya menyedari terhadap dosa besar, manakala dosa kecil dipandang ringan dan tidak berusaha meninggalkannya.

2. Taubat orang khusus - Orang ini turut bertaubat daripada dosa kecil.

3. Taubat orang khusus bil khusus - Individu ini bukan bertaubat kerana maksiat, tetapi kerana kelalaiannya daripada mengingati Allah. Misalnya dia bertaubat kerana gagal melaksanakan solat pada awal waktu. Dia juga bersedih kerana tidak melakukan yang terbaik kepada Allah.

“Hai orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka; mereka berkata: Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah cahaya bagi kami dan ampunlah kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” (at-Tahrrim:8)

Taubat diambil daripada perkataan Arab, yang bererti kembali ke jalan asal selepas jauh menyimpang. Bertaubat juga membawa maksud memperbaiki dan memperelokkan diri. Wajar sekali bagi orang Islam memperbaiki diri sendiri terlebih dulu, daripada memperbaiki diri orang lain.

Ciri taubat nasuha ialah menyesal dengan penuh kesungguhan atas kesilapan lalu, kemudian meminta keampunan daripada Allah dengan hati yang ikhlas dan berazam tidak akan mengulangi lagi kesilapan lalu, malah tidak juga berfikir ke arah maksiat.

Menurut Imam Ghazali dalam kitabnya 'Mukasyafatul Qulub', dinyatakan beberapa ciri yang menunjukkan taubat seseorang itu diterima, antaranya:

1. Orang itu kelihatan lebih bersih dan suci daripada perbuatan maksiat dan lebih berupaya menahan diri, seolah-olah dia mempunyai tenaga bagi menghalangi dirinya daripada perbuatan dosa.

2. Hatinya selalu lapang dan tenang, sama ada ketika bersendirian atau bersama yang lain.

3. Dia selalu bergaul dengan orang yang baik. Dia mencari rakan juga di kalangan yang baik-baik. Berada dalam lingkungan manusia yang baik ibarat kita berada dalam benteng yang terpelihara.

4. Kualiti amal ibadatnya meningkat. Selain dapat menahan diri daripada perbuatan dosa, kualiti ibadatnya semakin gemilang. Solatnya semakin baik, puasanya cemerlang, malamnya dihidupkan dengan solat tahajud, sedekahnya diperbanyakkan.

5. Dia sentiasa menjaga lidahnya. Dia begitu teliti mengikuti perkembangan amalannya. Dia semakin teliti mengendalikan lidahnya, fikiran dan ingatannya supaya dijuruskan kepada Allah semaksimum yang mungkin.

Artikel dipetik dari Harian Metro

Thursday, June 19, 2008

Bandaraya Satelit Islam Kota Bharu, Kelantan



Hari ini, Negeri Kelantan Darul Naim akan melakar sejarah dengan bakal terbinanya sebuah bandaraya satelit baru. Bandar satelit baru berkonsepkan ‘Islamic City’ yang menjadikan masjid sebagai ‘focal point’ juga berperanan menyokong fungsi bandar Kota Bahru.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz dijangka bakal merasmikan majlis pecah tanah bagi projek tersebut. Majlis tersebut juga akan dihadiri oleh YB Datuk Takiyuddin dan YDP MBKB-BRI serta beberapa dif-dif jemputan yang lain.

Bandar satelit bermaksud bandar yang bergantung pada industri tempatan, tetapi ada perkaitan ekonomi dan struktur jaringan perhubungan dan pentadbiran dengan sesebuah bandaraya yang berhampiran. Bandar satelit biasanya dianggap menyokong bandar raya yang berhampiran itu secara timbal balik atau saling menyokong sesama sendiri.

Projek tersebut dibangunkan di Pasir Tumbuh tidak jauh dari Kota Bharu. Ia meliputi pembinaan 218 unit rumah kedai dan pasar awam melibatkan kos sebanyak RM2.7 juta, 18 unit perumahan kakitangan kerajaan (RM4.5 juta). Selain turut dibina masjid dan hotel. Projek itu akan dibangunkan di kawasan seluas 20.73 ekar. Turut akan dibangunkan pondok moden yang bernilai RM1.2 juta, kompleks dataran (RM3.8 juta) dan 60 gerai (RM600,000).

Projek ini akan menjadikan masjid sebagai tumpuan utama. Masjid setinggi dua tingkat yang dibina akan dilengkapi ruang niaga, pameran dan bilik kuliah. Lokasinya di tengah-tengah pembangunan satelit berkenaan. Lebih menarik lagi, setiap mereka yang berurusan di Bandar Islam Pasir Tumbuh perlu menutup aurat bagi orang Islam dan bukan Islam berpakaian bersopan. Selain itu sesuatu yang menarik perhatian saya ialah, kolam renang "roof top" yang mengasingkan wanita dan lelaki.

Walaupun dianggap dan dicanang sebagai negeri termiskin di Malaysia, namun pembangunan di Kelantan lebih baik dan terancang berbanding negeri yang diperintah oleh kerajaan BN sedangkan bantuan dari Pusat disekat. Pembangunan di Kelantan lebih menyerlah dengan kehadiran pelabur asing ke sini atas dasar kepercayaan kepada dasar dan sikap pemerintah di sini. Banyak projek pembangunan yang sedang atau telah dilaksanakan seperti Kelantan Trade Centre, Pusat Komersil Rantau Panjang, KB Mall, Pelangi Mall, dan lain-lain lagi.

Artikel dipetik dari tulisan: rusyd @ tranungkite.net

Wednesday, June 18, 2008

Can a family man with Salary RM3,000 survive in Malaysia

Let's do some simple calculations here.

In Malaysia , the average family income is RM3,000/month
(where father works, mother doesn't).

I understand there are many families whose
monthly income does not reach RM3,000,
but, to make things simple,
let's take RM3,000 as the figure. Ok lah, right?

Okay, let's start rolling with a family which has
Papa, Mama, 1 daughter and 1 son. Ngam-ngam ....

Calculation starts...

Electricity and water bill: RM100
(No air-con, No home theatre, No water heater ... ok?)

Phone bill ( Telekom): RM100

Meals for a happy family: RM775
(3 meals on RM25/day, RM25 for 4 persons...?)

Papa makan / teh-tarik during working hrs: RM155
(RM5/day, RM5 ... can eat what?)

Car repayment: RM400
(A proton saga aeroback, 7 yrs repayment)

Petrol (living in city, traffic-jam) : RM300
(go to work, bring son to school, now fuel hike .. more extra..
only can afford one car running)

Insurance: RM650
(kids, wife and myself)

House repayment: RM750
(low cost housing repayment for 30 yrs,
retired still have to work to pay!)

Tuition: RM80
(got that cheap meh? i don't think so)

Older children pocket money @ school: RM20
(RM1/day, eat bread?)

School fees: RM30
(enough ah?)

School books and etc: RM100
(always got extra to pay in school)

Younger children milk powder: RM50
(cannot have the DHA, BHA, PHA one, expensive)

Miscellaneous: RM100
(shampoo, rice, sauce, toilet paper, pampers etc enough rm100 ??)

Oh wait!!! I have to stop here, so...
No Astro, no movie @ cinema, no DVD, no CD,
no online, cannot KFC, cannot McDonald, cannot eating outside,
cannot go anywhere during weekend (petrol expensive),
no chit chat on phone with grandparents, and etc...

Let's use a calculator to total up... WALAO EH! Shit! RM3,610 already...

EPF belum potong, income tax lagi........ . oledi RM3,610 ....

How to survive lah tuan-tuan dan puan-puan sekalian ???

Najib asked us to change lifestyle?

How to change? Don't eat? Don't work? Don't send children to school and study?

Besides that, I believe in Malaysia population, there are millions of rakyat Malaysia which still don't earn RM3,000/month! !!

What is this? Inilah Malaysia Boleh... Sorry ... it should be Malaysians Boleh , because we're still alive and kicking!!

Our politicians must be mad!!!!

So... fikir-fikirkan lah... apakah anda semua memiliki pendapatan
bersih melebihi RM3000 sebulan?

Tuesday, June 17, 2008

Tok Guru datang lagi ..



Dato' Seri Anwar Ibrahim, Dato'Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Lim Kit Siang dan lima menteri besar serta ketua menteri pemerintah negeri pakatan rakyat termasuk Tuan Guru MB Kelantan, TG Nik Abdul Aziz akan membuat ucapan khas dalam perhimpunan rakyat sempena sambutan 100 hari pentadbiran kerajaan pakatan rakyat negeri Selangor di Stadium Utama, Shah Alam, Jumaat ini.

program bermula selepas solat maghrib dan solat hajat. Ini diikuti dengan ucapan dari Semua Ketua parti dalam Pakatan Rakyat dan juga MB dan Ketua Menteri Kerajaan Negeri yang dikuasai parti tersebut.

Mari Pakat Mari Rhama² Set-set kita..

Seronoknya jadi lelaki ..

Monday, June 16, 2008

Alin mangsa jenayah ragut


Personaliti TV3, Norazlina Redzuan, 36, cedera akibat terjatuh dan diseret sejurus beg tangan miliknya diragut dua penjenayah bermotosikal ketika berjalan keluar dari sebuah kedai di Seksyen 5, Wangsa Maju kira-kira jam 6 petang Jumaat lalu.

Menurutnya, dia sama sekali tidak menyangka menjadi mangsa ragut ketika berjalan keluar dari kedai itu.

“Saya benar-benar tergamam dan terkejut. Tindakan peragut itu menyebabkan saya hilang pertimbangan lalu terjatuh ke atas jalan dan terseret.

“Saya akhirnya terpaksa membiarkan penjenayah merampas beg tangan sebelum mereka memecut melarikan diri. Saya membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju berhubung kejadian itu,” katanya.

“Malah, sehingga kini saya masih trauma, apatah lagi terdengar bunyi motosikal,” katanya yang akan memulakan tugas hari ini selepas mengambil cuti singkat berikutan kejadian berkenaan.

Katanya, dia kehilangan sejumlah wang, telefon bimbit, kamera, kad kredit dan kad pengenalan yang disimpan dalam beg berkenaan.

Bagaimanapun, apa yang paling menyukarkannya ialah kehilangan telefon bimbit yang menyimpan banyak nombor telefon kenalan dan rakan setugas.

“Bagaimanapun saya bersyukur kerana ibu tidak menjadi mangsa dalam kejadian itu,” katanya.


Pasti ramai tertanya-tanya kenapa aku memilih berita kejadian ragut yang menimpa personaliti TV3 ini. Sedangkan ramai lagi mangsa ragut yang lain.

Sebenarnya bukanlah semata-mata kerana dia cantik, masih single atau sebab-sebab lain tetapi memandangkan beliau adalah kawan aku. Dia merupakan bekas 'classmate' aku zaman sekolah menengah dulu. Itulah sebabnya..!
Bangga jugak ler aku sebab dia sekarang ni 'public figure' ..

Apapun aku doakan Alin sentiasa tabah dan sabar dalam megharungi dugaan dan cabaran dalam kehidupan.

Friday, June 13, 2008

Bertuahnya Abang Bakar


KUALA TERENGGANU: “Saya bersyukur selepas selamat diijabkabul malam ini walaupun pada peringkat awal bercadang melangsungkan majlis pada 22 Jun,” kata Suhaili Alias, 24, yang selamat dinikahkan sebagai isteri keempat broker tanah, Abu Bakar Embong, 49, malam tadi.

“Saya menganggap perkenalan dengan abang kira-kira tiga bulan lalu seterusnya melangsungkan pernikahan malam ini sebagai jodoh dan ketentuan Allah. Perkenalan kami umpama cinta pandang pertama dan saya tertarik dengan abang kerana wajahnya yang manis,” katanya ketika ditemui di rumah Abu Bakar di Kampung Teluk Menara, Manir, lewat malam tadi.

Sementara itu, Abu Bakar ketika ditemui berkata, dia selamat melangsungkan pernikahan dengan isteri keempatnya itu selepas solat Isyak kira-kira jam 9 malam sebaik menerima surat kebenaran bernikah daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) kira-kira jam 3 petang.

Pasangan itu yang mengenakan baju kuning sedondon selamat dinikahkan di rumah seorang kenalan pengantin lelaki di Bukit Payung, Marang dengan disaksikan ketiga-tiga isteri Abu Bakar serta ahli keluarga pengantin perempuan.

Dengan sekali lafaz, pasangan itu sah bergelar suami isteri dengan Abu Bakar menyerahkan wang hantaran RM7,000 selain sebentuk cincin dan satu persalinan pakaian kepada pengantin perempuan.

Abu Bakar mempunyai tiga lagi isteri iaitu Asnah Jusoh, 43 (isteri pertama), Mazumi Ismail, 45, (isteri kedua) dan isteri ketiga, Norazlina Ariffin, 25.

Dia kini mempunyai 25 anak dan tiga cucu yang tinggal berhampiran di Kampung Teluk Menara, Manir di sini.

Bantahan Minyak Naik - Polis sepatutnya "tumpang sekaki.."


Khabarnya selepas solat Jumaat hari ini.. satu himpunan aman akan berlangsung di ibukota Kuala Lumpur. Perhimpunan yang dijangka disertai 20,000 orang itu akan bermula di Masjid Kampung Baru sebelum berarak ke KLCC.

Polis awal-awal lagi beri amaran jangan menyertai himpunan tersebut .. HARAM katanya .. sebab takde permit polis. Penganjur tak memohon, polis tak terima surat permohonan. Polis kata mereka akan bertindak tegas menghalang orang ramai menyertai perhimpunan haram tersebut .. takut berdosa kut .. maklum ler perhimpunan haram .
Betul ke tak wallahuaklam.. tapi kalau betul kita boleh agak sebabnya. Buat apa mintak kalau tak dapat. Buang masa.. baik buat kerja lain yang lebih berfaedah.

Harap² polis fahamlah tugas mereka. Jaga keselamatan dan ketenteraman .. bukan jadi provocator !! Kami buat ini bukan nak sukaria tapi untuk kepentingan semua tanpa mengira siapa mereka ..Sepatutnya mereka join sekali .. BERDEMO..!! sebab apa ..?? Sebabnya mereka jugak menerima kesan yang sama macam kita .. Kita bayar lebih, mereka pun sama.

Ayuh.. bersiap siaga .. kita ke Medan Perjuangan !!

Thursday, June 12, 2008

Minyak tidak naik lagi - PM ( Maknanya akan NAIK lagi la tu ... )

Minyak tidak naik lagi - Bagi kurangkan beban rakyat walaupun cecah AS$200 setong – PM

Begitulah bunyi tajuk muka depan Utusan Meloya hari ini . Disebabkan berbohong sudah sinonim dgn batang tubuh PM maka saya dengan penuh yakin .. minyak pasti akan naik lagi.
Cuba kita renungkan sejenak dan mengimbau kembali tajuk2 muka depan akhbar sebelum ini, kebanyakkannya bercanggah dengan realiti yang sebenarnya . Pada hari minyak naik... akhbar tulis kenaikkan minyak akn berlaku seawal Ogos depan.. tapi tengok .. tiba2 PM buat sidang akhbar petang tu jugak .. minyak naik 70 sen seliter bagi petrol. Apa ni..??

Sebelum PRU 12 .. PM kata parlimen tidak dibubarkan .. hanya khabar angin .. akhbar siar muka depan ... tiba2 umum mengejut .. Parlimen bubar ... apa lagi kalau bukan bohong ..??

Begitu jugak yang lain2 banyak lagi kalau nak dihitung .. Kisahnya tak ubah macam pengembala kambing dengan harimau .. sekali dua mungkin kita boleh percaya tapi kalau selalu sangat .. sudah tentu ada asasnya untuk kita meragui setiap penjelasan yang diberikan.

Ayuhlah .. pertahankan hak kita sebagai rakyat Malaysia yang perihatin dan bertanggungjawab. Kita seharusnya menerima nikmat dari sumber hasil mahsul dari perut bumi Malaysia yang dikurniakan Allah dengan limpahan emas hitam yang banyak.

Siakap senohong gelama ikan duri
Bercakap Bohong baru boleh jadi menteri

Pengumuman - Forum Rakyat

Dalam Keadaan Semua NAIK .. Kerajaan Selangor Bagi Air FREE ..


ALHAMDULILLAH Akhirnya rakyat negeri Selangor akan mendapat bekalan air percuma sebanyak 20 meter padu sebulan seperti yang dijanjikan dalam Manifesto Pakatan Rakyat.

Berita gumbira ini diumumkan MB Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selepas kerajaan negeri menyelesaikan rundingan dengan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) semalam.

Dalam sidang medianya beliau berkata penyelesaian telah dicapai bahawa pemberian air percuma dengan potongan RM11.40 kepada pengguna domestik bermeter individu itu akan bermula pada 1 Jun 2008.

Abdul Khalid berkata pengguna domestik bermeter individu akan mendapat bil baru dengan rebet air percuma sebanyak 20 meter padu sebulan bermula 16 Jun 2008.

Katanya, kos pembiayaan bagi pemberian air percuma itu yang akan dinikmati kira-kira satu juta penduduk Selangor itu akan dibiayai oleh KDEB, iaitu anak syarikat milik kerajaan Selangor.

Ini merupakan kali pertama kerajaan negeri memberi air percuma kepada rakyat Selangor selepas ia diswastakan. Beliau turut menyakini pemberian tersebut akan disambut baik oleh seluruh rakyat negeri ini.

Sebagai rakyat Malaysia yang bermastautin di Selangor, saya merasa amat bertuah kerana dianugerahkan Kerajaan yang perihatin dgn masalah rakyat. Dalam keadaan serba serbi Naik .. masih ada yang percuma. Moralnya .. jika sebuah kerajaan ikhlas membantu rakyat.. tiada yang mustahil walaupun pelbagai halangan dan rintangan, sekatan dan gangguan dari pelbagai pihak yang irihati ..

TAHNIAH KERAJAAN PAKATAN RAKYAT .. TAHNIAH RAKYAT SELANGOR KERANA TELAH MEMBUAT PILIHAN YANG BIJAK ...
BIJAKKK .. BIJAK ... Kita Minum Dulu.....

P. Ramlee memori yang tetap segar dalam ingatan


Tarikh 29 Mei 1973; 35 tahun yang lalu menyaksikan Malaysia kehilangan sebutir permata yang sinarnya melimpah ke pentas-pentas Pesta Filem Asia. Generasi muda mengenali beliau lantaran filem-filemnya diulang tayang di semua stesen TV tempatan. Meski layar yang dibawa lebih bersifat hitam putih namun kisah-kisah yang dipaparkan bagai melekat teguh di sanubari tatkala menonton kisah-kisah Bujang Lapuk, Madu Tiga, Ibu Mertuaku, Antara Dua Darjat, dan Anakku Sazali; itupun hanya sekadar menyebut sebilangan kecil daripada 66 deretan filem yang darahkan mahupun dilakunkan seniman agung P. Ramlee.

Kita tidak perlu menjadikan allahyarham sebagai seorang idol sepertimana yang dilakukan pada Elvis Presley. Namun kita perlu menghargai sumbangan allahyarham pada dunia seni tanah air. Contohilah kegigihan allahyarham sebagai insan seni yang bijak, kreatif dan peka pada persekitaran dan masyarakatnya sehinggakan dapat dinaratifkan ke dalam filem-filem yang mampu meraih deretan anugerah dan penghargaan. Yang paling penting, kisah-kisah cereka nukilan allahyarham tetap diingati sehingga kini.

Bukannya menafikan mahupun menidakkan kehebatan karyawan seni masa kini. Tetapi berapa ramaikah yang boleh berada di dalam regu yang sama dengan allahyarham? Adakah kenangan filem-filem mereka akan terpahat teguh dalam kotak memori generasi yang lahir bukan dalam zaman kegemilangan karyawan-karyawan ini?

Penetapan tarikh 29 Mei setiap tahun sebagai Hari Seniman Kebangsaan yang diisytiharkan kerajaan merupakan satu lagi penghargaan kepada Allahyarham Tan Sri P. Ramlee sebagai seorang seniman rakyat Malaysia.

Wednesday, June 11, 2008

Cut Cost - Kelantan Lead Others



Bukan hanya 10% tapi 25%, bukan sekarang tapi 18 tahun dulu dah start.. bukan tu sahaja .. elaun lain juga turut dipotong dan tidak diambil oleh MB, exco dan YB di Kelantan .. fikir²kanlah .. mana intan mana kaca.. mana kerajaan yang betul² komited membantu rakyat .. mana kerajaan yang hanya bermain wayang !!

Mungkin bagi pemimpin Umno-BN pengumuman pemotongan elaun jemaah menteri sebanyak 10 peratus merupakan sesuatu yang luar biasa ketika krisis harga minyak sekarang.

Sedangkan di Kelantan elaun wakil rakyat dipotong sebanyak 25 peratus sejak 18 tahun lalu termasuk potongan sebanyak lima peratus bagi Tabung Serambi Mekah yang dibuat setiap bulan.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub berkata, bagi kakitangan lantikan politik seperti penghulu, ahli majlis pihak berkuasa tempatan dan Unit Dakwah Halaqat juga dipotong sebanyak lima peratus setiap bulan.

Pemotongan itu dibuat sejak lebih 18 tahun lalu, bukan sekadar ketika krisis kenaikan harga minyak sekarang.

Ahmad berkata, pemotongan yang serupa juga melibatkan semua anggota-anggota Parlimen PAS sebagai usaha menjaga kebajikan rakyat dan parti bukan setakan MB dan exco sahaja sepertimana dilakukan kerajaan negeri lain. Beliau sendiri dipotong RM2,800 setiap bulan.

Menurutnya polisi itu ditetapkan PAS sebagai langkah awal untuk menjaga kebajikan rakyat dan melaksanakan aktiviti parti.

Kata beliau juga Menteri Besar dan anggota Exco di Kelantan tidak mempunyai banyak elaun keraian seperti dinikmati jemaah menteri.Menteri Besar Kelantan tidak mengambil elaun jamuan Hari raya dan tinggal dirumah sendiri(elaun rumah juga tidak diambil)

Malah katanya, elaun mesyuarat anggota Exco sebanyak RM100 bagi setiap kali mesyuarat tidak pernah diambil anggota Exco di Kelantan sejak dahulu lagi.

Beliau juga memberitahu elaun bulanan wakil rakyat di Kelantan tidak dinaikkan sejak beberapa tahun lalu, biar pun Parlimen dan negeri lain sudah dua kali menaikkan kadar elaun bulanan.

Aku bertambah bangga menjadi Rakyat Kelantan, memiliki kepimpinan yang amanah dan ikhlas dalam setiap tindak tanduk .. mendahulukan rakyat dari perut mereka ..
Ya Allah, aku bersyukur kepadaMU.

Monday, June 9, 2008

DOA MENGISI MINYAK ..


Doa setiap kali nak isi minyak....

"Ya Allah, kami bersyukur kepada-Mu kerana telah limpah kurniakan perut bumi ini dengan minyak yang banyak. Tetapi ya Allah, pemerintah yang Engkau takdirkan untuk kami terus bermaharajalela dengan rasuah dari hasil bumi yang Engkau limpahkan kepada kami. Dengan itu, ya Allah, aku memohon kepada Engkau agar Engkau hapuskan mereka dari menjadi khalifah-Mu di bumi Malaysia ini. amiin....."

Tutup PETRONAS .. Import saja Minyak ..!!

Salam,

Malam tadi lepas berjemaah isyak di surau taman aku ... sempat jap sembang² ... tanya khabar.. masing² mengeluh pasal minyak .. ada yang baru tiba dari kampung halaman .. bercuti sempena cuti panjang persekolahan ... kalau dulu isi minyak RM30 boleh pergi balik Melaka sekarang ni sampai Seremban kena isi balik ... terasa benar kesannya .. kata mereka .. nak balik kampung pun kena pikir 10 kali .. nampaknya cerita minyak naik belum selesai .. ada yang mengandaikan minyak akan naik lagi ..
barang lain tak payah cerita ler .. semua dah naik .. ikan, sayur, daging , gula , beras semua naik .. yang turun hanya hujan ...!!

Yang menghairankan aku dan mungkin ramai lagi .. macamana kita negara pengeluar minyak tapi minyak negara kita MAHAL ...??? musykil sungguh ... sepatutnya kita keluar barang sendiri mestilah lebih murah ...
kalau macam tu .. tutup ajerlah PETRONAS dan hentikan kerja² carigali minyak di Malaysia .. kita import ajer minyak .. lebih untung dan jimat ....

Inilah projek KERAJAAN BARISAN NASIONAL YANG PRIHATIN, PENYAYANG, BERBUDI PEKERTI MULIA, CEMERLANG, GEMILANG, TEMBERANG

Sebagai panduan mari kita bandingkan harga minyak antara negara² PENGELUAR minyak di dunia .... lu pikirlah sendiri ...!!

UAE– RM1.19/litre
Eygpt– RM1.03/litre
Bahrain– RM0.87/litre
Qatar– RM0.68/litre
Kuwait– RM0.67/litre
Saudi Arabia– RM0.38/litre
Iran– RM0.35/litre
Nigeria– RM0.32/litre
Turkmenistan– RM0.25/litre
Venezuela– RM0.16/litre
MALAYSIA– RM2.70/litre

Well.. hidup BN(Barang Naik)…

sumber :http://www.malaysia-today.net/


renungkanlah ....

Selamat Hari Bapa


Friday, June 6, 2008

Minyak Naik - Rakyat mula rasai kesannya ..



Pengusaha bas sekolah umum caj tambahan RM50 sebulan mulai Isnin

KUALA LUMPUR: Baru sehari harga petrol dan diesel dinaikkan, beberapa persatuan dalam pelbagai sektor termasuk pengangkutan dan makanan sudah pun mula menaikkan harga perkhidmatan dan jualan masing-masing, sesetengahnya berkuat kuasa serta- merta.

Persekutuan Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia (PPPBSM) semalam mengumumkan akan mengenakan caj tambahan antara RM10 dan RM50 sebulan mulai Isnin ini, manakala Persatuan Pengusaha-Pengusaha Lori Selangor dan Kuala Lumpur menaikkan harga perkhidmatannya sebanyak 35 peratus, berkuat kuasa serta merta.

Kenaikan kos pengangkutan itu turut memaksa pemborong serta peniaga makanan basah termasuk ikan dan sayur menaikkan jualan masing-masing.

Pengerusi PPPBSM, Chee Ah Tey, berkata 34 persatuan yang bergabung dengan persekutuan berkenaan membabitkan 8,000 pengusaha, bersetuju mengenakan caj tambahan itu sementara kerajaan meluluskan tambang baru bas sekolah.

Beliau berkata, caj tambahan RM10 akan dikenakan bagi jarak dekat seperti dalam kawasan perumahan, manakala kadar maksimum RM50 bagi perjalanan melebihi 30 kilometer, termasuk ke Singapura.

Chee berkata, pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) hari ini, untuk membincangkan kadar kenaikan tambang bas sekolah serta perkara lain yang membabitkan pengangkutan itu seperti harga tayar, bateri, alat ganti dan gaji pekerja.

"Kenaikan akan berlaku, tetapi peratusannya akan diketahui selepas satu atau dua bulan kajian dibuat oleh KPDNHEP. Tetapi sementara menunggu keputusan dibuat, caj tambahan itu terpaksa dikenakan untuk menampung kos operasi," katanya ketika dihubungi semalam.

Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, mengumumkan kenaikan harga petrol sebanyak 78 sen seliter, iaitu daripada RM1.92 kepada RM2.70, manakala harga diesel dinaikkan RM1 daripada RM1.58 kepada RM2.58.

Pengarah Urusan Persatuan Pengusaha-Pengusaha Lori Selangor dan Kuala Lumpur, Alvin H M Choong, pula berkata pihaknya terpaksa menaikkan harga perkhidmatan sebanyak 35 peratus bagi menampung kos operasi.

Katanya, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat tergempar ahli majlis persatuan berkenaan sebaik kerajaan mengumumkan kenaikan harga bahan api.

"Kenaikan harga diesel sehingga RM1 itu mengejutkan serta mencetuskan situasi cemas industri perkhidmatan pengangkutan. Sebilangan ahli bercadang menghentikan perkhidmatan sehingga kadar baru diumumkan," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Pemilik Lori Pan-Malaysia (PMLOA), Er Sui See, berkata pihaknya akan mengadakan mesyuarat minggu depan bagi memutuskan kadar kenaikan kos pengangkutan itu.

Sayur dan ikan turut naik harga

Tinjauan Berita Harian di pasar sekitar Lembah Klang mendapati hampir semua pemborong, peniaga serta peruncit bercadang menaikkan harga barangan berikutan kenaikan kos pengangkutan.

Pengerusi Persatuan Pemborong dan Pembekal Ikan Melayu Wilayah dan Selangor, Ariffin Zakaria, berkata pihaknya akan menaikkan harga ikan sehingga 10 peratus sekiranya pengusaha lori meningkatkan harga perkhidmatan mereka.

"Kita tertekan dengan kenaikan kos pengangkutan 35 peratus itu dan mungkin kita juga terpaksa menaikkan harga ikan sehingga 10 peratus esok (hari ini)," katanya.

Pengerusi Persatuan Penjual-Penjual Sayur Malaysia, Soo Cheng Kee, berkata peningkatan kos perkhidmatan yang ditetapkan pengusaha pengangkutan itu terlalu tinggi dan membebankan peniaga.

"Sekiranya ia meningkat secara berterusan, harga sayur pasti akan naik walaupun kini peniaga masih mampu menanggung kos kenaikan itu," katanya.

Pengerusi Persatuan Peniaga dan Penjaja Melayu Pasar Selayang, Samad Saleh, berkata pihaknya akan menaikkan harga sehingga 30 peratus jualan semua barangan basah di pasar itu.

Tambang pengangkutan awam tidak terkecuali

Sementara itu, Presiden Pengusaha Teksi dan Kereta Sewa Wilayah Persekutuan, Selangor (Perpekli), Datuk Aslah Abdullah, berkata pihaknya akan menunggu perkembangan semasa berhubung isu minyak sebelum menaikkan tambang.

"Kita akan hantar memorandum kepada Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) dan berharap perkara itu akan dikaji dalam masa terdekat," katanya.

Pengurus Besar Komunikasi Rapid KL, Ebi Fazly Abdullah, berkata pihaknya juga akan mengadakan perbincangan bagi merumuskan langkah yang perlu diambil berikutan kenaikan harga minyak.

Tunggu .. pasti banyak lagi akan MENYUSUL .. Tahniah Kerajaan PAKLAH ..

Thursday, June 5, 2008

Minyak Naik Lagi - Kerajaan Balas Dendam ??


Aku melihat kenaikan harga minyak yang tinggi melambung merupakan langkah drastik Kerajaan BN sebagai balasan kepada rakyat kerana mengundi pembangkang dalam PRU 12..
Dalam keadaan rakyat dihimpit dengan pelbagai kenaikan harga barangan keperluan harian seperti beras, tepung dan gula .. kenaikan kos sara hidup dan barangan kegunaan harian .. kerajaan masih sanggup menaikkan kadar harga minyak yang cukup membebankan .. bebal sungguh ..!!
Kenaikan pula bukan sikit anak .. hampir seringgit seliter .. 40% .. bayangkanlah ..!!
Aku tak tau nak kata apa lagi .. apa yang dapat kau katakan buat masa sekarang .. REDHA AJER LAAAHHH !!. Dah itu kerajaan yang kita pilih ..
Kerajaan sudah menyatakan punca dan sebab ... bukan sesaja nak naikkan .. tapi terpaksa.. Kenaikan harga itu adalah sebahagian daripada langkah kerajaan untuk mengawal subsidi bagi menampung kenaikan petrol, diesel dan gas, yang dijangka berjumlah RM56 bilion tahun ini.

Wednesday, June 4, 2008

Tok Guru menang anugerah "Nobel" versi Asia

Oleh: Roslan SMS (n32.blogspot.com)

Mursyidul Am PAS yang juga MB Kelantan diumumkan sebagai pemenang Anugerah Keamanan Gusi yang dikeluarkan oleh Yayasan Keamanan Gusi, Filipina. Anugerah tersebut diberikan kepada Tok Guru Nik Abd Aziz atas usaha keamanannya dibidang politik, khidmat sosial dan dakwah.

Anugerah tersebut dijangka diserahkan kepada Tok Guru dalam satu majlis khas di Manila pada bulan November nanti.

Menurut Pengerusi Yayasan, Barry Gusi, Tok Guru adalah warga Malaysia yang kedua menerima anugerah ini dalam tempoh 10 tahun. Rakyat Malaysia pertama yang menerimanya adalah seorang hartawan juga dari Kelantan, Datuk Ismail Mohammad. Menurut Gusi lagi, pada tahun ini terdapat 1,490 orang calon yang telah dicalonkan dari seluruh pelusuk dunia. Maklumat berkenaan Yayasan ini boleh dilihat di:

http://gusipeaceprize.com

Saya begitu kagum dan malah menumpang berbangga di atas pengiktirafan yang diberikan kepada Tok Guru ini, beliau merupakan aset bukan hanya buat rakyat Kelantan dan Malaysia malah kini seluruh dunia. Sesungguhnya kepimpinan dan ketokohan Tok Guru diakui oleh kawan dan lawan, malah hakikatnya PAS sendiri kini terlontar jauh ke atas dipersada politik negara hasil dari kehebatan insan besar ini.

Tahniah Tok Guru dan doakanlah buat keselamatan dan kesejahteraan serta kejayaan kita semua.


FRieNDs

Setiap anggota harus bersedekah

Daripada Abu Hurairah r.a, Rasullullah saw telah bersabda :

Setiap anggota manusia harus membuat sedekah setiap hari apabila terbit matahari.
  • Engkau mendamaikan antara dua orang adalah sedekah,
  • Engkau membantu seseorang menaiki tunggangannya, ataupun mengangkat barang-barang ke atas tunggangan adalah sedekah.
  • Kata-kata manis juga sedekah,
  • Setiap langkah yang engkau melangkah menuju ke tempat sembahyang adalah sedekah,
  • Dan engkau menjauhkan bahaya dari lalu lintas orang ramai juga merupakan sedekah.

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Tuesday, June 3, 2008

PANTUN MELAYU

"Tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas" itulah kata
pepatah orang tua-tua. Kenyataannya hingga sekarang pantun antara
puisi melayu yang masih mendapat tempat dihati masyarakat Melayu.
Tapi kini.... pantun hanya jadi satu pertandingan tidak lagi sebagai satu
pemanis atau pembuka bicara. Semuga dimasa akan datang pantun tidak
terus tenggelam atau hanya menjadi sebagai satu bahan di Muzium.

Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara
**********
Tetak buluh panjang suluh
Mari jolok sarang penyengat
Angkat doa jari sepuluh
Doa minta biar selamat
**********
Tuailah padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intailah kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
**********
Hendak dulang diberi dulang
Dulang berisi sagu mentah
Hendak pulang ku beri pulang
Tinggalkan pantun barang sepatah
**********
Lancang kuning lancang pusaka
Nampak dari Tanjung Puan
Kalau kering laut Melaka
Barulah saya lupakan tuan
**********
Asam kandis mari dihiris
Manis sekali rasa isinya
Dilihat manis dipandang manis
Lebih manis hati budinya
**********
Ayam hutan terbang ke hutan
Tali tersangkut pagar berduri
Adik bukan saudara bukan
Hati tersangkut kerana budi
**********
Ayam rintik di pinggir hutan
Nampak dari tepi telaga
Nama yang baik jadi ingatan
Seribu tahun terkenang juga
**********
Bila memandang ke muka laut
Nampak sampan mudik ke hulu
Bila terkenang mulut menyebut
Budi yang baik ingat selalu
**********
Burung Serindit terbang melayang
Mari hinggap di ranting mati
Bukan ringgit dipandang orang
Budi bahasa rangkaian hati
**********
Bukan lebah sebarang lebah
Lebah bersarang di pohon kayu
Bukan sembah sebarang sembah
Sembah adat pusaka Melayu
**********
Bukan lebah sebarang lebah
Lebah bersarang di rumpun buluh
Bukan sembah sebarang sembah
Sembah menyusun jari sepuluh
**********
Laksamana berempat di atas pentas
Cukup berlima dengan gurunya
Bagaikan dakwat dengan kertas
Sudah berjumpa dengan jodohnya
**********
Membeli papan di tengah pekan
Papan kecil dibuat tangkal
Mengapa umpan ikan tak makan
Adakah kail panjang sejengkal
**********
Rumah limas anjung Selatan
Bunga kemuning tumbuh di laman
Tangkainya emas bunganya intan
Bolehkah ranting hamba patahkan
**********
Tumbuh betik di tepi laman
Pokok berangan pokok teruntum
Sungguh cantik bunga di taman
Bolehkah gerangan petik sekuntum
**********
Asam kandis asam gelugur
Ketiga asam si riang-riang
Menangis mayat di pintu kubur
Teringat badan tidak sembahyang
**********
Baik-baik menanam selasih
Jangan menimpa sipohon sena
Baik-baik memilih kekasih
Jangan sampai badan merana
**********
Baik-baik mengail tenggiri
Takut terkena siikan parang
Baik-baik merendah diri
Jangan menjadi hamba orang
**********
Bintang tujuh sinar berseri
Bulan purnama datang menerpa
Ajaran guru hendak dicari
Mana yang dapat janganlah lupa
**********
Buah mangga melendur tinggi
Buah kuini berangkai tiga
Hidup kita tidur dan mati
Sudah mati baru terjaga
**********
Buat bangsal di Pulau Daik
Menahan taut sambil mengilau
Kalau asal benih yang baik
Jatuh ke laut menjadi pulau
**********
Budak-budak bermain tombak
Tombak diikat dengan rantai
Kalau takut dilambung ombak
Jangan berumah di tepi pantai
**********
Halia ini tanam-tanaman
Ke barat juga akan condongnya
Dunia ini pinjam-pinjaman
Akhirat juga akan sungguhnya
**********
Hari panas mencucuk benang
Benang menjahit baju kebaya
Air jernih lubuknya tenang
Jangan disangka tiada buaya
**********
Kalau tahu peria tu pahit
Tidak ku gulai dengan petola
Kalau tahu bercinta tu sakit
Tidak ku mulai dari semula
**********
Kalau tuan pergi ke Kelang
Belikan saya semangkuk rojak
Jangan diturut resmi kiambang
Sungguhpun hijau akar tak jejak
**********
Pisang kelat digonggong helang
Jatuh ke lubuk di Indragiri
Jika berdagang di rantau orang
Baik-baik menjaga diri
**********
Asap api embun berderai
Patah galah haluan perahu
Niat hati tak mahu bercerai
Kehendak Allah siapa yang tahu
**********
Air dalam bertambah dalam
Hujan di hulu belumlah teduh
Hati dendam bertambah dendam
Dendam dahulu belumlah sembuh
**********
Anak punai anak merbah
Hinggap ditonggak mencari sarang
Anak sungai lagikan berubah
Inikan pula hati orang
**********
Apa guna pasang pelita
Jika tidak dengan sumbunya
Apa guna bermain kata
Kalau tidak dengan sungguhnya
**********
Buah kuini jatuh tercampak
Jatuh menimpa bunga selasih
Biar bertahun dilambung ombak
Tidak ku lupa pada yang kasih
**********
Kajang tuan kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Dagang tuan dagang bertempat
Dagang hamba terbuang lalu
**********
Buah jambu disangka kandis
Kandis ada di dalam cawan
Gula madu disangka manis
manis lagi senyuman tuan
**********
Dari Arab turun ke Aceh
Naik ke Jawa berkebun serai
Apa diharap pada yang kasih
Badan dan nyawa lagi bercerai
**********
Bunga Melati terapung-apung
Bunga rampai di dalam puan
Rindu hati tidak tertanggung
Bilakah dapat berjumpa tuan
**********
Burung Merak terbang ke laut
Sampai ke laut mengangkut sarang
Sedangkan bah kapal tak hanyut
Inikan pula kemarau panjang
**********
Bunga Melur kembang sekaki
Mari dibungkus dengan kertas
Di dalam telur lagi dinanti
Inikan pula sudah menetas
**********
Dalam perlak ada kebun
Dalam kebun ada tanaman
Dalam gelak ada pantun
Dalam pantun ada mainan
**********
Dari Jawa ke Bengkahulu
Membeli keris di Inderagiri
Kawan ketawa ramai selalu
Kawan menangis seorang diri
**********
Dari teluk pergi pangkalan
Bermain di bawah pohon kepayang
Saya umpama habuk di papan
Ditiup angin terbang melayang
**********
Daun selalsih di Teluk Dalam
Batang kapas Lubuk Tempurung
Saya umpama si burung balam
Mata terlepas badan terkurung
**********
Orang Melayu naik perahu
Sedang berdayung hujan gerimis
Hancur hatiku abang tak tahu
Mulut tertawa hati menangis
**********
Orang tani mengambil nipah
Hendak dibawa ke Indragiri
Seluruh alam ku cari sudah
Belum bersua pilihan hati
**********
Pasir putih di pinggir kali
Pekan menyabung ayam berlaga
Kasih tak boleh dijual beli
Bukannya benda buat berniaga
**********
Ribu-ribu pokok mengkudu
Cincin permata jatuh ke ruang
Kalau rindu sebut namaku
Airmata mu jangan dibuang
**********
Kalau roboh kota Melaka
Sayang selasih di dalam puan
Kalau sungguh bagai dikata
Rasa nak mati di pangkuan tuan
**********
Limau purut lebat di pangkal
Batang mengkudu condong uratnya
Hujan ribut dapat ditangkal
Hati yang rindu apa ubatnya
**********
Kalau menyanyi perlahan-lahan
Dibawa angin terdengar jauh
Rindu di hati tidak tertahan
Di dalam air badan berpeluh
**********
Ku sangka nanas atas permatang
Rupanya durian tajam berduri
Ku sangka panas hingga ke petang
Rupanya hujan di tengahari
**********
Kayuh perahu sampai seberang
Singgah bermalam di kampung hulu
Bukan tak tahu dunia sekarang
Gaharu dibakar kemenyan berbau
**********
lembing atas tangga
perisai atas busut
kening atas mata
misai atas mulut
**********
anak ikan dipanggang sahaja
hendak dipindang tidak berkunyit
anak orang dipandang sahaja
hendak dipinang tiada berduit
**********
saya tak hendak berlesung pauh
lesung pauh membuang padi
saya tak hendak bersahabat jauh
sahabat jauh merisau hati
**********
burung serindit terbang melayang
singgah dihinggap di ranting mati
duit ringgit dipandang orang
jarang dipandang bahasa budi
**********
batu sangkar batu berpahat
terpahat nama raja bestari
makanan arif, kias ibarat
pantun seloka, ulam jauhari
**********
daun durian jatuh tercampak
lopak-lopak isi selasih
tujuh tahun dilambung ombak
tiada kulupa hati yang kasih
**********
Anak Cik Siti mencari tuba
Tuba dicari di Tanjung Jati
Di dalam hati tidakkan lupa
Bagai rambut tersimpul mati
**********
Limau purut di luar pagar
Rimbun putik dengan bunganya
Hujan ribut padang terbakar
Embun setitik padam apinya
**********
Puas saya bertanam ubi
Nanas jugak dipandang orang
Puas saya menabur budi
Emas juga dipandang orang
**********
Tenang-tenang air di laut
Sampan kolek mudik ke tanjung
Hati terkenang mulut menyebut
rindu kini tiada penghujung
***********
Tinggi-tinggi pohon jati
Tempat bermain simanja sayang
Sungguh tinggi harga budi
Budi dibalas kasih dan sayang
**********
Bunga Tanjung kembang semalam
Pohon tinggi tidak berduri
Gelombang besar di laut dalam
Kerana Tuan saya kemari
**********
Burung merpati terbang seribu
Hinggap seekor di tengah laman
Hendak mati di hujung kuku
Hendak berkubur di tapak tangan
**********
Dari mana hendak ke mana
Tinggi rumput dari padi
Hari mana bulan mana
Dapat kita berjumpa lagi
**********
Padi ini semumba-mumba
Daun kurma daun cempedak
Macam mana hati tak hiba
Entah bertemu entah tidak
**********
Permata jatuh ke rumput
Jatuh ke rumput berbilang-bilang
Dari mata tidakkan luput
Dalam hati tidakkan hilang
**********
Akar keladi melilit selasih
Selasih tumbuh di hujung taman
Kalungan budi jujungan kasih
Mesra kenangan sepanjang zaman
**********
Ayam rintik di pinggir hutan
Nampak dari tepi telaga
Nama yang baik jadi ingatan
Seribu tahun terkenang juga
**********
Anak beruk di tepi pantai
Pandai melompat pandai berlari
Biar buruk kain dipakai
Asal hidup pandai berbudi
**********
Kiri jalan kanan pun jalan
Tengah-tengah pohon mengkudu
Kirim jangan pesan pun jangan
Sama-sama menanggung rindu
**********
Mendung si mega mendung
Mendung datang dari utara
Jangan selalu duduk termenung
Kalau termenung badan merana
**********
Pohon mengkudu tumbuhnya rapat
Rapat lagi pohon jati
Kawan beribu mudah didapat
Sahabat setia payah dicari
**********
Pokok terap tumbuh di bukit
Belat berbanjar panjang ke hulu
Jangan diharap guruh di langit
Kilat memancar hujan tak lalu
**********
Sampan kotak hilir mudik
Dayung patah galah sebatang
Ikhtiar tidak datang menggolek
Akal tidak datang melayang
**********
Siti Wan Kembang perintah Kelantan
Nama termasyhur zaman dahulu
Baik-baik memilih intan
Takut terkena kaca dan batu
**********
Buah langsat kuning mencelah
Senduduk tidak berbunga lagi
Sudah dapat gading bertuah
Tanduk tidak berguna lagi
**********
Dua paya satu perigi
Seekor bujuk anak haruan
Tuan di sana saya di sini
Bagai pungguk rindukan bulan
**********
Gesek rebab petik kecapi
Burung tempua membuat sarang
Apa sebab jadi begini
Karam berdua basah seorang ?
**********
Hendak gugur gugurlah nangka
Jangan menimpa putik pauh
Hendak tidur tidurlah mata
Jangan mengenang si dia yang jauh
**********
Kain batik negeri seberang
Dipakai anak Tanah Melayu
Apa ertinya kasih dan sayang
Kalaulah abang berjanji palsu
**********
Pantai Cendering pasirnya putih
Anak dagang berulang mandi
Apa disesal orang tak kasih
Sudah suratan diri sendiri
**********
Disana pauh di sini pun pauh
Daun mengkudu ditandungkan
Adinda jauh kekanda jauh
Kalau rindu sama tanggungkan
**********
Pulau Tinggi terendak Cina
Nampak dari Pulau Sibu
Abang pergi janganlah lama
Tidak kuasa menanggung rindu
**********
Putik pauh delima batu
Anak sembilang di tapak tangan
Tuan jauh di negri satu
Hilang di mata di hati jangan
**********