Sunday, June 22, 2008
Alhamdulillah, RM30 juta untuk program kebajikan di Kelantan
Kerajaan Pusat meluluskan peruntukan berjumlah RM30 juta untuk membantu lebih 13,000 rakyat Kelantan yang memerlukan pelbagai bentuk bantuan di bawah program kebajikan sepanjang tahun ini.
Timbalan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Kelantan, Che Ngah Ismail berkata peruntukan itu lebih besar berbanding RM7 juta yang diluluskan oleh kerajaan negeri yang sebahagian besarnya untuk perbelanjaan mengurus.
“Program itu membabitkan pelbagai program termasuk orang kurang upaya (OKU) dan pesakit kronik,” katanya kepada pemberita selepas menutup hari keluarga Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Kampung Jeram-Gaal di Tok Bali di Pasir Putih semalam.
Sebagai anak Kelantan, saya bersyukur dan berterima kasih atas keperihatinan pihak kerajaan Pusat kerana tidak menganaktirikan negeri saya yang sudah 18 tahun lebih diterajui oleh parti yang tidak sealiran dengan persekutuan. Saya juga berharap peruntukan lain yang sepatutnya disalurkan kepada kerajaan negeri Kelantan (dan juga negeri-negeri lain dibawah Pakatan Rakyat) seperti termaktub didalam perlembagaan dilakukan dengan telus tanpa diskriminasi sepertimana yang diamalkan sebelum ini.
Selain itu diharapkan juga peruntukan yang dinyatakan itu sampai kepada golongan sasar demi manafaat mereka yang memerlukan. Geran perkapita yang sepatutnya diterima kerajaan negeri seharusnya disalurkan dengan mengikut jadual tanpa ada agenda tersembunyi.
Difahamkan kerajaan Kedah mula terasa kesan mainan politik Kerajaan Pusat dalam menyalurkan peruntukan yang sepatutnya diterima mereka. Ini pada hemat saya tidak patut berlaku sekiranya Pusat menyedari bahawa Kedah juga sebahagian dari persekutuan Malaysia dimana negeri tersebut juga merupakan penyumbang kepada keharmonian dan kestabilan politik dan ekonomi negara kita.
Tempoh 100 hari selepas pilihanraya 8 Mac 2008 lalu seharusnya dijadikan kayu pengukur bagi K'jaan Pusat muhasabah dan menilai kerjasama antara pusat dan negeri. Jangan sekali-kali menafikan hak kerajaan negeri biarpun berlainan ideologi politik.
Rakyat ingin melihat sejauhmana komitmen kerajaan dalam menanggani isu ini selain dari isu-isu lain yang lebih mengcengkam mereka secara langsung seperti bebanan kenaikkan harga minyak dan lain-klain keperluan harian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment