Wednesday, June 11, 2008

Cut Cost - Kelantan Lead Others



Bukan hanya 10% tapi 25%, bukan sekarang tapi 18 tahun dulu dah start.. bukan tu sahaja .. elaun lain juga turut dipotong dan tidak diambil oleh MB, exco dan YB di Kelantan .. fikir²kanlah .. mana intan mana kaca.. mana kerajaan yang betul² komited membantu rakyat .. mana kerajaan yang hanya bermain wayang !!

Mungkin bagi pemimpin Umno-BN pengumuman pemotongan elaun jemaah menteri sebanyak 10 peratus merupakan sesuatu yang luar biasa ketika krisis harga minyak sekarang.

Sedangkan di Kelantan elaun wakil rakyat dipotong sebanyak 25 peratus sejak 18 tahun lalu termasuk potongan sebanyak lima peratus bagi Tabung Serambi Mekah yang dibuat setiap bulan.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub berkata, bagi kakitangan lantikan politik seperti penghulu, ahli majlis pihak berkuasa tempatan dan Unit Dakwah Halaqat juga dipotong sebanyak lima peratus setiap bulan.

Pemotongan itu dibuat sejak lebih 18 tahun lalu, bukan sekadar ketika krisis kenaikan harga minyak sekarang.

Ahmad berkata, pemotongan yang serupa juga melibatkan semua anggota-anggota Parlimen PAS sebagai usaha menjaga kebajikan rakyat dan parti bukan setakan MB dan exco sahaja sepertimana dilakukan kerajaan negeri lain. Beliau sendiri dipotong RM2,800 setiap bulan.

Menurutnya polisi itu ditetapkan PAS sebagai langkah awal untuk menjaga kebajikan rakyat dan melaksanakan aktiviti parti.

Kata beliau juga Menteri Besar dan anggota Exco di Kelantan tidak mempunyai banyak elaun keraian seperti dinikmati jemaah menteri.Menteri Besar Kelantan tidak mengambil elaun jamuan Hari raya dan tinggal dirumah sendiri(elaun rumah juga tidak diambil)

Malah katanya, elaun mesyuarat anggota Exco sebanyak RM100 bagi setiap kali mesyuarat tidak pernah diambil anggota Exco di Kelantan sejak dahulu lagi.

Beliau juga memberitahu elaun bulanan wakil rakyat di Kelantan tidak dinaikkan sejak beberapa tahun lalu, biar pun Parlimen dan negeri lain sudah dua kali menaikkan kadar elaun bulanan.

Aku bertambah bangga menjadi Rakyat Kelantan, memiliki kepimpinan yang amanah dan ikhlas dalam setiap tindak tanduk .. mendahulukan rakyat dari perut mereka ..
Ya Allah, aku bersyukur kepadaMU.

1 comment:

M Rajoli Al-Qlantani said...

beringat sebelum kena
berjimat sebelum habis..
dah terantuk baru nak mengadah..
itulah sikap kerajaan hari ni..
kita rakyat marhaen menjadi mangsa..
ayuh sahabat..
kita turun memPROTES..!!