Saturday, December 25, 2010

Lawak Tengah Malam : KOPI LALAT

KOPI LALAT

Satu hari Mamat minum di satu warung orang asli di negeri Perak..

Mamat: Abang bagi kopi satu

Orang asli: Siapp..

Tiba-tiba Mamat ternampak seekor lalat kat dalam cawan kopi tu..apalagi Mamat pun komplen laaa

Mamat: Bang.. mari sini tengok dlm kopi ni ada lalat...macam mana ni...??

Orang asli tu selamber jer menjawab "ALLO BANG BAYAR SATU RINGGIT TAKKAN MAU TARUK UDANG kut..."

KAH..KAH..

Wednesday, December 22, 2010

Kelantan anjur Nikah Perdana bantu golongan belia

Satu lagi langkah murni kerajaan negeri membantu belia yang ingin berumah tangga.. sekurang-kurangnya yang tidak mampu boleh berkahwin dan mengelakkan dari maksiat.. lepas tu nak kena pikir pulak macamana nak 'pegho' anak orang.. nak bagi makan.. pas setahun dpt anak nak bagi makan anak pulak..?? Jika kita benar-benar ikhlas dan yakin dengan rezeki Allah, insyaAllah kita mampu melayari hidup dengan baik.. Selamat Pengantin Baru kepada semua peserta.. ingat nak register jugak tapi borang dah habiss...


Kerajaan negeri akan menganjurkan program perkahwinan perdana yang julung kali diadakan di Kelantan pada 25 Disember ini dengan memperuntukkan sebanyak RM300,000 bagi tujuan itu.

Peruntukan itu termasuk membiayai mas kahwin, jamuan dan peralatan perkahwinan. Seramai 100 pasangan akan mengambil bahagian pada program itu yang akan dirasmikan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Buku Jingga diharap mampu yakinkan rakyat..

Gagasan Konvensyen ke-2 Pakatan Rakyat mampu memberi keyakinan kepada rakyat dengan terbitnya buku yang memperincikan wawasan dan matlamat jelas PR apabila memegang tampuk di Putrajaya.. Tahniah..!!



Pakatan Rakyat (PR) mengeluarkan Buku Jingga yang mengariskan rancangan berbentuk jangka pendek dan jangka panjang dalam mentadbir negara sekiranya mengambil alih pemerintahan dalam pilihan raya akan datang.

Buku Jingga yang merupakan dasar bersama dipersetujui parti-parti dalam PR itu dikeluarkan melalui Konvensyen Ke-2 PR di Pulau Pinang pada 19 Disember dan disebut sebagai rencana dasar serta kebijakan untuk membela rakyat berlandaskan empat kerangka.

1 - digariskan dalam buku itu ialah demokrasi yang telus dan tulen untuk memperkasakan ketuanan rakyat.

2 - memacu ekonomi berprestasi tinggi yang mampan untuk mem jana kemakmuran dan kebajikan kepada semua secara adil.

3 - keadilan sosial bagi menjamin pembangunan insan secara menyeluruh.

4 - Hubungan persekutuan-negeri dan dasar luar negara yang adil/setara.


"Dasar Bersama ini menggariskan iltizam kami untuk mengalih hala tuju negara dan bangsa ke landasan yang betul setelah berdekad diruntun salah guna kuasa, rasuah dan politik perkauman," kata buku tersebut yang ditandatangani oleh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Preiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Monday, December 20, 2010

Menawan Puncak Broga Bersama KDN


19/12/2010 (Ahad) - Kira-kira 16 peserta terdiri dari ahli2 Kelate.Net berjaya mendaki dan sebahagiannya menawan puncak Bukit Broga pada program pendakian yang dianjurkan oleh Kelab Penyokong Cyber Bolasepak Kelantan (Kelate.Net) yang turut disertai oleh Presidennya Sdr Marhashim Mat (berkopiah putih).

Program ini dianjurkan dengan matlamat untuk menghargai alam semula jadi di samping menyemai aktiviti riadah untuk kesihatan yang baik serta mengeratkan hubungan sesama ahli.

Saya turut bersama menyokong program ini dengan turut serta mendaki ke puncak, sememangnya aktiviti ini merupakan minat saya sekian lama cuma sejak kebelakangan ini masa tidak begitu mengizinkan.. tambahan pula stamina yang semakin kurang memberangsangkan..

Pemimpin perlu cerdas dan cergas..

Dengan kata lain, rakyat Kelantan kena pilih Datuk Awang yang cergas dan pintar untuk mentadbir Kelantan.. apapun terpulanglah pada rakyat Kelantan.. bagi saya kecerdasan dan kekuatan fizikal bukan jaminan keselesaan rakyat.. tapi yang penting kemampuan rohani dan kecerdasan minda dalam berfikir dan bertindak memacu kemajuan dan keharmonian hidup rakyat.. dunia dan akhirat..

BACHOK 19 Dis. - Kelantan memerlukan pemimpin yang sihat fizikal dan cerdas mental bagi memacu pembangunan dan kemajuan negeri untuk mencapai sasaran menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, sekiranya pemimpin yang mentadbir kerajaan lesu, negeri akan turut lesu sekali gus mengakibatkan Kelantan ketinggalan dalam arus kemajuan negara.

Beliau berkata, pemimpin yang dipilih perlu mengutamakan amanah rakyat dengan membangunkan negeri ini dalam pelbagai aspek termasuk menyediakan peluang-peluang pekerjaan dan meningkatkan perolehan negeri.

"Sekadar aktif untuk mengukuhkan kedudukan politik, ia tidak memberi sebarang makna bagi membawa Kelantan menjadi negeri maju pada masa akan datang.

"Sebaliknya, kelembapan ekonomi dan kemiskinan hidup rakyat akan berterusan," katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan mesyuarat UMNO Bahagian Bachok di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai keadaan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sering keluar masuk hospital kerana masalah kesihatan dan terbaru dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian selama empat hari, minggu lalu.

Saturday, December 18, 2010

Memiskinkan Diri dan Pengertian Zuhud Yang Sebenar..

Zuhud bukan bermaksud tidak kaya atau tidak berharta. Zuhud ertinya tidak merasakan kekayaan dan harta ini kita punya.. harta dan kekayaan itu kepunyaan Allah..


Dunia ini Allah punya segala-segala yang ada di dalam dunia ini pun Allah punya. Bahkan kita manusia ini pun Allah yanc punya. Justeru itu pada hakikatnya, kita tidak memiliki apa-apa sebaliknya kita dimiliki. Kalaupun kita ada mempunyai harta kekayaan, wang ringgit yang menimbun-nimbun, kekayaar itu bukan kita punya. Itu milik Tuhan. Kekayaan itu termasuk diri kite sendiri, ia juga adalah milik Tuhan.

Kita sebagai manusia dalam keadaan apa sekalipun adalah miskin. Kita bila-bila pun miskin. Kite tetap miskin. Kalau kita kaya dan mempunyai harta, kits hanya tukang jaga kekayaan Tuhan. Kite hanya tukang tadbir kekayaan Tuhan. Kite boleh ambil sekadar yang kita perlu dari kekayaan kita tetapi yang selebihnya mesti digunakan untuk manusia lain yang memerlukan dan untuk masyarakat.

Friday, December 17, 2010

Anda Blogger..??

Tok Guru MB Kelantan ingin jumpa blogger jelaskan isu semasa...


Adakah anda seorang penulis blog. Peluang terbaik untuk mereka yang bergelar blogger menghadiri majlis makan malam dan dialog bersama Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Program anjuran Kerajaan Negeri Kelantan itu turut melibatkan kesemua anggota Exco kerajaan negeri dijangka diadakan pada awal tahun depan. Program berkenaan dijangka diadakan di Kuala Lumpur.

Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri, Abdul Rahman Yunus berkata, pertemuan tersebut terbuka kepada semua blogger tanpa mengira ideologi politik mereka.

Thursday, December 16, 2010

Mimpi Seorang Isteri...


Pada suatu pagi ketika bangun dari tidur, seorang isteri berkata pada suaminya, “Tadi malam Ayang bermimpi Abang menghadiahkan Ayang set barang kemas berlian di hari jadi Ayang esok. Apa pendapat Abang mengenai mimpi Ayang?”.

Wednesday, December 15, 2010

Berkat Rezeki Bila Bersyukur..


Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:”Makanan untuk seorang mencukupi untuk dua orang dan makanan untuk dua orang mencukupi untuk empat orang dan makanan untuk empat orang mencukupi untuk lapan orang.”

Riwayat Bukhari dan Muslim

Friday, December 10, 2010

Salam Maal Hijrah 1432


Salam,
Selamat Menyambut Maal Hijrah 1432 kepada seluruh muslimin muslimat khususnya dan rakan2 semua khasnya... Semoga dengan kedatangan tahun baru hijrah ini memberikan semangat dan keazaman baru kepada kita untuk terus memperbaiki diri dan melakukan penghijrahan dari segi minda dan pemikiran dari baik kepada lebih baik lagi...
Marilah kita sama2 tanamkan sikap dan jati diri sebagai seorang hamba allah yang sebenar2nya.. mangubah pemikiran dan oandangan daripada kejahatan kepada kebaikan, daripada keburukan kepada kemuliaan daripada kehinaan kepada kemualiaan..
Hijrah biarlah sebenar2 hijrah.. sebagaimana hijrah yang dituntut oleh Agama kita..
InsyaAllah..

Thursday, November 4, 2010

Jiran Miskin

Dengan tergopoh-gopoh anak yang masih kecil itu masuk ke rumah.

"Ayah….Ibu …!!" teriaknya. "Jiran kita itu pasti orang miskin ….."

Si Ayah dan si Ibu sangat terkejut mendengar katanya itu kerana sesungguhnya daerah tempat tinggal mereka adalah daerah orang yang berada.

"Mengapa kamu mengatakan begitu, sayang?"

"Sebab, mereka sudah kecoh hanya kerana anaknya menelan duit syiling lima puluh sen."

Friday, October 8, 2010

Dengan izin suami..

Tazkirah Jumaat : Renung2kanlah wahai para Isteri... tak perlu tunggu suamimu sehebat Ali.. berusahalah menjadi isteri semulia Fatimah.. Mulianya suami bila isterinya memuliakannya..

Isteri yang solehah iaitu, apabila ia hendak keluar rumah, ia memohon izin kepada suaminya terlebih dahulu, serta menjelaskan ke mana ia hendak pergi dan apa tujuannya.Tidak terlalu lama, kerana kepergian isteri yang tanpa disertai oleh suami adalah kurang baik, kerana boleh menimbulkan perkara-perkara yang tidak diingini. Kadang-kadang malah akan membuat hubungan suami isteri akan rosak.

Disamping menunaikan kewajipan kepada Allah, menunaikan hak dan kewajipan kepada suami juga merupakan hal yang tidak boleh diabaikan oleh seorang wanita.Tertunainya hak dan tanggungjawab suami barulah akan turun keredhaan dan rahmat Allah kepadanya.

Wanita semestinyalah mengamalkan sikap taat dan bertakwa kepada Allah, bertanggungjawab kepada suami dan menjaga kehormatan dirinya. Semoga dengan itu, akan mudahlah mereka mendapat rahmat dan keredhaan Allah. Rahmat dan redha Allah itulah yang akan menjamin kebahagian hidupnya di dunia dan di akhirat. Isteri adalah pusat dan sumber kebahagiaan dan ketenteraman di dalam sebuah rumahtangga. Ia perlu mempunyai sifat-sifat sabar dan perhatian yang sepenuhnya kepada suami dan anak-anak.Yang bergelar isteri dan akan melahirkan zuriat seterusnya akan menjadirole model pada anak-anak.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:" Tiap isteri yang keluar rumah tanpa izin suami, tetapi berada dalam murka Allah, sehingga ia kembali ke rumahnya atau dimaafkan oleh suaminya (sedangkan diriwayat dilain riwayat diterangkan): Dikutuk oleh malaikat di langit serta apa saja yang berada di bumi sehingga ia kembali." ( HR Khatib)

"Kamu sampaikan kepada perempuan yang kamu jumpa, bahawa taat kepada suami, dan mengakui hak-hak suami, sama pahalanya dengan berperang dan bertempur dengan musuh-musuh Islam di medan pertempuran, tetapi sedikit sangat daripada isteri-isteri yang menyempurnakan hak-hak suami mereka." (HR:Al Imam Bazzar)


//renung2kanlah wahai para Isteri... tak perlu tunggu suamimu sehebat Ali.. berusahalah menjadi isteri semulia Fatimah..

Thursday, October 7, 2010

Sah.. Ada pilihan raya kecil di Galas, Gua Musang..

Sah... PRK Dun Galas pada 4 November ini manakala hari penamaan calonnay ditetapkan pada 26 Oktober 2010.. kedua-duanya berlaku pada hari bekerja di Kelantan dan di negeri-negeri lain.. bukan sepertimana kebiasaannya dibuat hujung minggu.. Mengapa.. ntah.. tanyalah SPR..

(photo: malaysiakini.com)

Menurut Wan Ahmad, seramai 11,553 pengundi yang melibat 11,426 pengundi biasa dan 127 pengundi pos, layak memilih ADUN Galas.

"Pengundi di Galas ini, yang berumur 21 tahun pun ada, yang lebih 100 tahun pun ada, yang paling tua berumur 111 tahun," katanya. SPR juga, katanya, telah menamakan Ketua Jajahan Gua Musang, Wan Mustaffa Wan Abdul Halim sebagai pegawai pengurus pilihan raya yang akan dibantu oleh tiga penolong pengurus.

Penamaan calon yang dijadualkan pada 26 Oktober ini, akan diadakan di Bilik Gerakan dan pejabat Tanah Jajahan Gua Musang manakala Pusat Sivik Gua Musang akan dijadikan pusat penjumlahan undi pada malam 4 November.

Kerusi DUN Galas kosong selepas kematian penyandangnya, Chek Hashim Sulaima, 48, akibat barah usus pada 27 September lalu.Dalam Pilihan raya umum 2008, Chek Hashim mendapat 4,399 undi, menewaskan penyandang dari BN, Mohd Saufi Deraman (3,753 undi) dengan majoriti 646 undi.

Mudah SPR buat keputusan jika belaku ADUN meninggal dunia tak perlu ke mahkamah untuk pengesahan kekosongan kerusi.. walaupun speaker memeklumkan pada mereka..

Kota seputeh masih KOSONG ..??? Apa tindakan SPR...

Wednesday, October 6, 2010

Susahnya bila kepercayaan sudah hilang..

Pelakon Gerak Khas, Farid Amirul Hisham Abdullah,44, atau lebih dikenali sebagai Detektif Lim dalam drama bersiri itu terpaksa bekerja sebagai pam atendan selepas dituduh mencuri dua buah pada Mac tahun lalu.

Farid berkata bukan sahaja trauma dengan kejadian berkenaan sebaliknya dia juga dibuang keluarga sementara kekasihnya turut meminta untuk memutuskan hubungan.

“Hidup saya selepas dituduh mencuri buku menyebabkan saya hilang pekerjaan. Watak saya dalam drama bersiri Gerak Khas terpaksa direhatkan. Saya hanya bekerja di sebuah stesen minyak di Alor Gajah, Melaka.

“Lebih sedih lagi ibu dan bapa juga menyisihkan saya manakala kekasih saya turut memutuskan hubungan,” katanya seperti dipetik akhbar Mingguan mStar keluaran Ahad.

Pada 24 September lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengetepikan hukuman dua bulan penjara dan denda RM2,000 yang dijatuhkan terhadap Farid bagi kesalahan mencuri dua buah buku di pusat beli-belah Mid Valley, Megamall, Kuala Lumpur. Dia dibebaskan selepas mahkamah mendapati tiada bukti yang menunjukkan kedua-dua buah buku itu dicuri oleh tertuduh.

Jelas Farid, ketika menghadapi tekanan itu, dia juga sering disindir oleh orang ramai yang menuduhnya sebagai pencuri manakala syarikat-syarikat produksi pula takut untuk menawarnya berlakon sedangkan dia tidak digam oleh mana-mama stesen penyiaran termasuklah RTM.

“Begitu juga dengan drama Gerak Khas, Datuk Yusof Haslam terpaksa merehatkan saya atas arahan pihak polis di Bukit Aman. “Pernah sekali saya terfikir, mungkin karier seni saya akan berakhir disebabkan kejadian yang berlaku ini sehingga membuatkan saya hilang pekerjaan dalam bidang seni. “Saya ralat kerana kejadian ini juga memberi kesan kepada keluarga, majikan dan rakan-rakan saya,” katanya.

Ujian yang berlaku itu ujar Farid, menyebabkan dia hidup dalam kesusahan dan menghadapi kesempitan wang sehinggalah Datuk Yusof Haslam memintanya bekerja di belakang tabir sebagai penolong pengarah drama.Katanya, selepas dua bulan bekerja di stesen minyak, akhirnya dia meletakan jawatan untuk meneruskan kerjayanya di belakang tabir bagi projek drama Roda-Roda Kuala Lumpur dan Aku Bukan Tomboy.

Bercerita bagaimana ibu dan bapa menyisihkannya, ujar Farid mereka amat kecewa dan malu dengan kejadian itu dan tidak menerimanya sebagai anak mereka. “Emak dan ayah juga enggan bercakap dengan saya selama setengah tahun. Setiap kali saya telefon, mereka tak mahu jawab. Kadang-kala bila mereka terjawab panggilan, telefon akan diserahkan kepada adik beradik saya yang lain. “Tapi itulah, air yang dicincang tidak akan putus. Lama kelamaan, mereka sudah boleh menerima hakikat dan tahu hal yang sebenar,” katanya.

Ujarnya dia mendapat pengajaran daripada kes yang berlaku dan nasihat Farid kepada para selebriti agar sentiasa peka dan sensitif apabila berada di mana-mana. “Saya akui selalu mengambil buku yang banyak di kedai-kedai buku dan mencari sudut sesuai untuk membacanya. Tapi apabila kita berbuat seperti itu di sesetengah kedai buku pihak berkenaan akan pandang serong dan mula mengesyaki kita hendak mencuri.

“Keadaan ini mengajar saya menjadi lebih peka dengan keadaan sekeliling apatah lagi saya seorang artis.. Cukuplah sekali ini sahaja. Saya tak sanggup mengharunginya lagi,” katanya mengakhiri perbualan.

* Artikel ini dipetik dari Mingguan mStar yang diterbitkan setiap Ahad bersama Sunday Star, sekitar Lembah Kelang.


Wednesday, September 29, 2010

Hakikat perkahwinan..??



Ini hakikat perkahwinan..?? jawapannya tentu sekali tidak.. ia hanya lawak semata2.. sebuah perkahwinan itu harus terus dibajai dan disirami dgn keindahan agar ia sentiasa kembang dan mekar dari tahun ketahun bukan semakin kusam dan pudar....
Ikatan perkahwinan itu juga bukan sekadar kehendak nafsu malah merupakan tuntutan agama dan fikrah kehidupan makhluk yang tentu sekali dambakan kehidupan yang berpasang-pasangan...
Perkahwinan juga merupakan sifat atau tabiat manusia yang cenderung untuk mengadakan hubungan sesama manusia. Allah telah menjadikan hubungan perkahwinan sebagai Sunnah para Rasul di mana ianya akan melahirkan rasa saling cinta, sikap saling bekerjasama dengan kebaikan dan bantu membantu untuk mendidik keturunan.
Firman Allah SWT yang bermaksud:

" Kaum lelaki(suami) adalah pemimpin bagi kaum wanita (isteri) oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka atau atas sebahagian yang lain dan disebabkan kerana para suami telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka. Sebab itu isteri yang soleh ialah yang taat kepada Allah, lagi memelihara diri ketika suaminya tidak di tempat (sebagai rasa syukur) kerana Allah telah memelihara mereka..." (An-Nisa':34)
Wallahuaklam..

Friday, September 24, 2010

Selamat Berhujung Minggu.. Selamat Menziarah Rakan Taulan.. TiP's Berguna Untuk Semua..

Selamat Berhujung Minggu... biasanya hujung minggu di bulan syawal ni memang banyak kita terima jemputan rumah terbuka dari sahabat, kenalan dan kawan-kawan sepejabat.. Ada yang sempat dan pasti ada yang tidak berkempatan kerana masa yang terbatas.. Apapun marilah kita sama-sama renungkan dan sebolehnya kita amalkan adap menziarah agar ziarah kita akan beroleh pahala dan keberkatan dari Allah SWT bukannya dapat dosa semata-mata.. Ziarah dan berkunjung mengunjung sememangnya sangat digalakkan dalam Islam. Amalan yang mendatangkan kebaikan dan penyambung silaturrahim sangat dituntut..



AMALAN ziarah-menziarahi sememangnya dituntut oleh agama. Bukan sekadar menziarah kaum keluarga atau sanak saudara bahkan jiran-jiran terdekat hatta individu yang tidak pernah dikenali sebelum ini.

Tujuan kunjung mengunjung adalah untuk merapatkan silaturahim dan saling bermaafan. Bukan bertujuan untuk mendapatkan duit raya, memperaga baju raya paling cantik, mahal ataupun melihat setiap hiasan atau susun atur rumah yang kita kunjungi.

Islam memperincikan beberapa syarat atau adab yang perlu diamalkan ketika seseorang Muslim berhasrat untuk menziarah jiran atau sanak saudara, bukan sahaja pada hari raya malah ketika hari-hari biasa.

Adab-adab tersebut diperincikan bermula daripada sebelum berziarah, semasa menziarah, selepas menziarah dan perkara-perkara yang perlu dihindarkan ketika berziarah.

Adab-adab sebelum berziarah

*Memilih masa yang sesuai
*Memakai pakaian yang sopan dan menutup aurat
*Berniat pertemuan dan perpisahan adalah kerana Allah

Masa yang sesuai dikira berdasarkan keselesaan pihak yang anda kunjungi, bukan keselesaan pihak anda.

Sebagai contoh, kunjungan ke rumah seseorang tanpa perkhabaran terlebih dahulu, melebihi pukul 10 malam kerana masa tersebut dikira sebagai masa rehat, bukanlah masa yang sesuai. Jalan terbaik, khabarkan terlebih dahulu kepada tuan rumah mengenai kunjungan anda.

Adab semasa menziarah

*Memberi salam dan bersalaman
*Meminta izin untuk masuk
*Memendekkan tempoh ziarah
*Mengawal pandangan
*Merendahkan suara

Memendekkan tempoh ziarah bermaksud tidak bersenang-senang di rumah tersebut untuk jangka masa yang lama.

Seseorang dikira sebagai tetamu hanya di dalam tempoh tiga hari ziarah. Walaupun begitu, anda perlu peka dengan keadaan dan situasi tuan rumah, agar kunjungan anda tidak menimbulkan ketidakselesaan kepada mereka.

Mengawal pandangan pula termasuklah mata anda tidak meliar atau merayau-rayau ke segenap ceruk rumah meneliti setiap hiasan atau susun atur kelengkapan rumah yang anda kunjungi.

Adab selepas menziarah

*Meminta izin apabila hendak beredar
*Memberi salam dan bersalaman sebelum beredar

Perkara yang perlu dihindarkan semasa menziarah

*Enggan memberi salam
*Masa yang tidak bersesuaian
*Mengaibkan tuan rumah
*Mengumpat


Satu perkara yang perlu diingat adalah memberi salam kepada tuan rumah turut mempunyai syarat yang tertentu.

Jika pintu rumah terbuka, jangan berdiri di depan muka pintu dan memberi salam. Anda perlu berdiri agak jauh dari muka pintu, anggaran tidak dapat melihat isi rumah termasuk tuan rumah, bimbang terdedah aurat tuan rumah atau apa-apa sahaja yang mungkin tidak mahu diperlihatkan oleh tuan rumah.

Mungkin nampak mudah dan agak remeh namun jika tidak diberi perhatian, kunjungan anda mungkin boleh menimbulkan kebencian dan permusuhan. Salam Aidilfitiri dan ziarahlah dengan hati yang suci.

//Kosmo Online

Thursday, September 23, 2010

Salah takpe.. yang penting orang faham..


Gambar photo ini dirakam di persinggahan perjalanan Kota Bharu - Kuala Lumpur di Markas Pas Merapuh. Setiap orang Kelantan yang bermusafir ke ibu kota selalunya akan singgah disini untuk beristirehat, menunaikan solat, mandi berhenti makan, buat susu anak dan sebagainya..
Ada yang mungkin perasan dengan tanda penunjuk ini.. tandas perempuan yang tersalah ejaan... takpe yang penting kita faham dan tahu maksudnya.. jangan tersalah masuk sudah laa..
Markas tempat persinggahan ini merakam seribu satu kenangan, saya setiap kali pulang dan balik ke ibu kota pasti akan singgah disini..
- rakaman semasa pulang ke ibu kota selepas bercuti raya-

Tuesday, September 21, 2010

Aduh... Kelate.. Kelate..


Kelantan sekali lagi menerima tamparan, apabila terlepas peluang terbaik meraih tiga mata penuh, selepas terikat 3-3 dengan KL Plus di Stadium Sultan Muhamed IV malam tadi.. Kelantan hanya menang sekali dan seri dua kali setakat ini mengumpul 5 mata..

Walaupun mendahului 3-1 menerusi jaringan Indra Putra Mahayuddin pada minit ke-35 dan ke-60 serta Akmal Rizal Rakhli minit ke-64, dua jaringan pantas oleh Rusydee Samsuden dan Mohd. Zaidi Ahmad pada minit ke-90 dan ke-91, meranapkan impian Kelantan melakar kemenangan kedua.

Apapun gomo Kelate gomo.. semoga kita mampu menjulang Piala Malaysia tahun ini..

Monday, September 20, 2010

Bebaskan Umi..

Marilah kita pakat bantu saudara kita yg memerlukan bantuan... Umi budak jjuruh dan kita yakin beliau tidak bersalah.. beliau teraniaya... org teraniaya wojib kita tulong..

Berita lanjut;

Seorang mekanik bercadang memohon pengampunan bagi membebaskan anak perempuannya yang sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup di China sejak tiga tahun lepas kerana menyeludup dadah ke republik itu.

Mohd Lazim Jusoh, 53, berkata sehubungan itu, beliau memerlukan kerjasama dan bantuan kewangan daripada pelbagai pihak, termasuk Wisma Putra di Kuala Lumpur bagi membebaskan Umi Azlin, 26.

“Saya tidak mampu menanggung sendirian kerana ia memerlukan perbelanjaan yang besar, sekurang-kurangnya lebih RM10,000,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pasir Puteh hari ini.

Mohd Lazim berkata beliau bercadang mengemukakan permohonan itu tidak lama lagi.

Umi Azlim sebelum ini dijatuhkan hukuman mati kerana kesalahan menyeludup dadah ke China, bagaimanapun, Mahkamah Tinggi Undang-undang Jenayah Guangzhou meringankan hukuman itu kepada penjara seumur hidup.

Bekas penuntut jurusan Sains Biologi di Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu didapati bersalah menyeludup 2,983 gram heroin di Lapangan Terbang Shantao empat bulan selepas menamatkan pengajiannya, dan telah dijatuhkan hukuman mati pada 15 Mei 2007.

Mohd Lazim turut melahirkan rasa terkilan apabila tidak dapat menghubungi anak sulungnya itu sempena Hari Raya Aidilfitri selepas setahun terputus hubungan.

Beliau berkata Umi Azlin pernah menghubunginya pada awal tahun lepas dan bertanyakan khabar mengenai perkembangan adik-adiknya di sini.

“Mungkin ketika ini talian sibuk sempena perayaan, jadi saya sukar untuk menghubunginya kerana terpaksa melalui beberapa halangan, termasuk di China,” katanya. – Bernama

Ahli-ahli Persatuan Anak Darulnaim Selangor dan Wilayah Persekutuan (PERSADA) dan orangramai yang bersimpati diminta membuat sesuatu untuk membantu Bapa Umi Azlin bagi mendapatkan sumber kewangan bagi meringankan bebannya.

Difahamkan PERSADA akan menubuhkan tabung bagi membantu Mohd Lazim, bapa kepada Umi Azlin bagi meringankan bebannya. Sumbangan boleh juga dibuat terus kepada akaun CIMB Bank atas nama Mohamad Lazim Jusoh nombor 030 6000 0297 207.

Sunday, September 19, 2010

Persada @sinarharian - Ziarah keluarga mangsa bunuh

Sinar Harian Edisi Kelantan Ahad 19hb September 2010




Ziarah ini dibuat pada 6hb September 2010 yang lalu.. Empat hari sebelum hari raya Aidilfitri dan tiga hari selepas kejadian malang itu. Setiausaha Agung PERSADA, Razali Mat Ail, Bendahari, Zainuha Azhari dan ahli Jawatankuasa, Ustaz Mawaridi Abdullah menyampaikan sumbangan kepada suami mangsa bunuh di rumah Ibubapa Mangsa, di Kg Pulau Kerbau, Kg Laut, Palekbang, Tumpat, Kelantan. Turut hadir penasihat Persada, Wan Johari Wan Omar.

Saturday, September 18, 2010

Al-fatihah.. perginya seorang anak seni berbakat besar

Al-fatihah.. perginya seorang pelakun versatile yang dikagumi ramai.. berikanlah apa watak sekalipun pasti beliau mampu membawanya dengan baik dan berkesan.. Sama-samalah kita berdoa semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang soleh.. Amin..

KUALA LUMPUR 17 Sept. – Pelakon veteran, M. Rajoli, 65, meninggal dunia kira-kira pukul 11 malam ini di Hospital Ampang di sini selepas dimasukkan ke wad kecemasan kerana mengalami tekanan darah rendah dan masalah jantung sejak semalam.

Sewaktu dimasukkan ke hospital tersebut, pelakon itu sudah didapati semakin tenat dan diberi alat bantuan pernafasan kerana masalah yang dihadapinya itu.

Menurut anak bongsu pelakon itu, Mohd. Arif Rajoli, 23, berkata, keadaan bapanya semakin kritikal awal malam ini sehingga diletakkan di bawah pemerhatian rapi doktor.

“Bagaimanapun bapa saya telah meninggal dunia pada pukul 11 malam kerana masalah kesihatan yang dihadapinya itu.

‘‘Sebelum ini bapa saya kurang sihat dan terlantar di rumah sejak menjalani pembedahan di bahagian kepala kerana menghidap penyakit tumor. Dia menghidap penyakit itu sejak empat tahun lalu dan pernah menjalani pembedahan di bahagian kepala.

“Dia pernah menjalani rawatan susulan kimoterapi kerana penyakit itu,” katanya kepada Utusan Malaysia malam ini.

- UTUSAN

// Agak terkilan juga kerana tidak berkesempatan mengunjungi Allahyarham semasa hidupnya.. Persatuan Anak Darul Naim Selangor & WP (PERSADA) ada merancang untuk menziarahi Allahyarham selepas raya.. apakan daya Allah lebih menyayanginya.. Salam takziah kepada keluarga Allahyarham..

Friday, September 17, 2010

Peminat setia tetap setia kalah atau menang....

Kita mahukan pendokong bukan sekadar penyokong..

Aksi yang dirakam ini bukan kepulan asap bom di palestin atau lain2 negara yang bergolak.. tetapi dirakam di Stadium Sultan Mohammad IV Kota Bharu, stadium kebanggaan rakyat Kelantan...



Sedih... dan menyedihkan.. seakan2 peminat dan penyokong Kelantan adalah pengganas dan tidak bertamaddun sama sekali.. Adat permainan dan perlawanan nampaknya sukar diterima mereka... apabila berlawan hendak menang saja.. susah nak terima kekalahan..

Walaupun tidak sampai 5 persen penyokong yang bertindak sebegini tapi sedarlah kesan dan natijah pastinya tercalar pada seluruh rakyat Kelantan.. akibat nila setitik rosak susu sebelanga.. akibat seekor kerbau yang membawa lumpur, semua terkena tempiasnya.. dari bawah ke atas.. kiri kanan.. depan belakang..

Apapun .. harapnya inilah kali terakhir ia berlaku.. penyokong harus dalam masa yang sama menjadi pendokong kepada pasukan.. inspirasi kepada pemain bukan menyokong membawa rebah... pemain dipersalah bila kalah.. disanjung bila menang.. ini bukan kaedah peminat yang dikatakan setia.. ini sebenarnya musuh dalam selimut yang merugikan pasukan dan pemusnah utma kepada kemajuan sukan bola sepak negeri..

fikir2kan lah..

Thursday, September 16, 2010

Alahai.. Usah risau jika hamil.. sekolah sudah ada..

Salam 1Malaysia...

Berita baik untuk remaja-remaja kita yang hidup tak tentu arah.. berzina dan bersekedudukan.. anda usah risau jika berlaku kehamilan.. kini sudah ada sekolah untuk penzina dan yang bakal melahirkan anak luar nikah.. Buatlah maksiat tanpa was-was...

Aduhai negaraku... Selamat Hari Malaysia..



MELAKA - Sekolah untuk remaja hamil dikenali sebagai Sekolah Harapan akan memulakan operasi esok walaupun sehingga kini masih belum mempunyai pelajar.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, Sekolah Harapan sepatutnya mula dibuka hari ini namun ditunda esok kerana hari ini merupakan cuti umum Hari Malaysia.
"Walaupun belum ada pelajar, sekolah ini tetap akan dibuka bermula pukul 10 pagi jumaat 17hb September ini.

"Kita akan buka sekolah ini dulu, selepas ini sesiapa yang berminat boleh membuat permohonan dan segala maklumat mereka akan dirahsiakan," katanya ketika ditemui pemberita di Seri Bendahara di sini semalam.

- Bernama

/// Lepas ni Abang ali fikirkanlah pulak untuk buka pusat atau penempatan untuk anak2 yang tak sah taraf ni.. @ Rumah Anak2 Haram.. Bang Ali.. Oh...Bang Ali..

Wednesday, September 15, 2010

Awe Oh Awe..!!

Air bersih untuk Kelantan bila Awe Adek jadi MB...

Masalah air bersih yang dihadapi oleh sebahagian besar rakyat Kelantan akan dijadikan agenda utama dalam perjuangan Umno Kelantan membela nasib rakyat jika diberi peluang memerintah Kelantan pada pilihan raya umum ke-13 kelak.

Timbalan pengerusi badan perhubungan Umno Kelantan, Datuk Awang Adek Hussin berkata ini berpunca kegagalan PAS mengatasi masalah itu walaupun diberi peluang memerintah selama 20 tahun di negeri itu."Di mana-mana pun saya pergi sama ada di bandar dan di kampung ketika turun padang saya terpaksa menerima rintihan rakyat agar masalah itu (bekalan air bersih) diberi keutamaan," katanya kepada pemberita di Bachok, semalam.


Awang Adek, yang juga timbalan menteri kewangan, mendakwa walaupun kerajaan pusat sudah meluluskan pinjaman mudah sebanyak RM600 juta kepada kerajaan negeri itu bagi menyelesaikan masalah berkenaan, ia masih gagal ditangani malah semakin membebankan mereka.


Awang Adek berkata sebahagian rakyat Kelantan yang menghadapi masalah itu terpaksa mencari alternatif lain seperti menggali telaga dan membina telaga tiub malangnya air yang diperoleh daripada bawah tanah itu berbau busuk.


Beliau berkata memburukkan lagi keadaan apabila ratusan ribu rakyat Kelantan pulang menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama sanak saudara di kampung halaman masing-masing mengeluh kerana tiada air yang mencukupi.


- Bernama

// Bereh Abe Awe... PRU 13 ni Abe Awe tanding lawan Tok Guru.. Calon MB kena lawe ngan MB baru bejupo buku dgn ruas... rabu dgn khomis..

Tewas bukan penamat perjuangan..!!


Malam tadi Kelantan dikejutkan dengan kekalahan yang memalukan digelanggang sendiri, Kelantan tewas kepada musuhnya di final Piala Malaysia tahun lepas.. Negeri Sembilan dengan jaringan 0-1 ... kekalahan yang sukar diterima oleh seluruh penyokong setia namun keputusan adalah muktamat.. surat menyurat tidak dilayan.. Kita perlu menerima hakikat dan bersedia untuk terus memperkukuhkan benteng pertahanan dan mempertajamkan barisan serangan..!!


Kekalahan bukan penamat perjuangan.. perjalanan masih panjang.. ini hanya permulaan dan tidak semestinya kekalahan akan terus bertandang.. ia sekadar pengajaran dan azimat untuk terus berusaha gigih dalam perlawana berikutnya..


The Red Warriors... teruskan cabaran.. kami akan terus bersama mu..!!


Gomo.. Kelate.. Gomo..

Harap Peminat dan penyokong bertenang.. terus sokong kalah atau menang..!!

Tuesday, September 14, 2010

DYMM Tengku Faris dimasyhur Sultan Kelantan

KOTA BHARU - Tuanku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang baru berkuat kuasa semalam. Pengisytiharan pemasyhuran itu diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Balai Rong Seri Istana Balai Besar di sini pada pukul 12.30 tengah hari hari Isnin tanggal 4 syawal 1431 hijrah bersamaan 13hb September 2010 masehi.

"Maka dengan ini diisytiharkan mengikut perkara 29A Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan melantik dan mengesahkan Pemangku Raja Kelantan menaiki takhta menggantikan ayahanda baginda berkuat kuasa serta merta " katanya.


Moga-moga Negeri kelantan terus makmur dan sejahtera dibawah naungan payung Tuanku.. Daulat Tuanku.. patik merafak sembah Tahniah..!!

Friday, August 27, 2010

Kelantan Saman Petronas


Semua Anak Kelantan di sekitar Kuala Lumpur & Selangor diminta hadir ke Mahkamah Jalan Duta pada 30 Ogos 2010 Isnin jam 9.00 pagi bagi memberi sokongan padu kepada Kerajaan Kelantan memfailkan writ saman terhadap Petronas berkaitan royalti minyak..
Program akan bermula jam 9:00 pagi Solat hajat di Masjid Wilayah Jalan Duta selepas itu..

Wednesday, August 25, 2010

Tunaikan Kewajipan Membayar Zakat

Hadith :

Dari Ibnu Abbas r.a. katanya: “ Rasulullah SAW telah menentukan wajibnya zakat fitrah, untuk membersihkan orang yang mengerjakan puasa dari perkataan yang sia-sia dan perkataan yang buruk, dan juga untuk menjadi makanan orang-orang miskin, oleh itu sesiapa yang menunaikannya sebelum sembahyang hari raya maka menjadilah ia zakat fitrah yang makbul, dan sesiapa yang menunaikannya sesudah sembahyang hari raya maka menjadilah ia sedakah biasa seperti sedekah sunat yang lain.”

(Abu Daud)

Huraian:

1. Zakat fitrah adalah diwajibkan kepada semua orang-orang Islam.

2. Zakat fitrah ialah zakat badan yang dikeluarkan untuk diberi kepada fakir miskin bagi membersihkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia sepanjang bulan Ramadan.

3. Zakat yang diwajibkan ialah berupa makanan utama di sesebuah negeri seperti beras, gandum dan sebagainya atau di Malaysia, kadar bayarannya bersamaan dengan tiga cupak sukatan beras atau tiga kati dua belas tahil (dua Kilo 250 gram).

4. Pembayaran fitrah dengan menggunakan wang ringgit pula hendaklah dilafazkan seperti berikut: “Wang ini ialah ganti beras fitrah yang wajib atasku, bagiku dan bagi (orang-orang) tanggunganku pada tahun ini, kerana Allah.” (mengikut kadar nilai yang ditetapkan oleh pihak pemerintah).

5. Zakat fitrah boleh dibayar dari awal Ramadan sehingga akhirnya iaitu sebelum sembahyang hari raya. Maka bagi sesiapa yang membayarnya selepas sembahyang hari raya, baginya menjadi sedekah biasa sahaja.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Friday, August 20, 2010

Zahid Hamidi tidur masa khutbah jumaat

Sah.. Zahid Hamidi tertidur masa khutbah jumaat.. dahlah tertidur sampai berdengkur, mengigau pulak tu.. kalau tak masakan jemaah lain tak de yang bising2 pasal isi dan doa khutbah.. tiba2 Zahid kata doa Agong di tukar..

Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna P.Pinang, Abdul Malik Abul Kassim dalam sidang medianya pagi tadi menafikan kenyataan Zahid itu dengan menganggap ia adalah kenyataan berbau politik yang sempit. Kerajaan negeri turut menafikan perkara itu dan menggangap ia adalah mainan politik Datuk Zahid Hamidi untuk bangkitkan kemarahan masyarakat Islam. Yang Dipertua Maipp, Ustaz Elias Zakaria juga menafikan apa yang diperkatakan oleh Zahid Hamidi dan menyifatkan semua itu merupakan kenyataan palsu.

Semua ni politik murahan Zahid..

Malangnya.. mainan politik sempit zahid disambut bossnya.. Tan Sri Muhyiddin Yasin TPM 1Malaysia.. Ketika diminta memberikan reaksi kenyataan Zahid.. Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta polis dan Majlis Agama Islam Negeri menyiasat dakwaan bahawa nama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin digantikan kepada nama Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam doa khutbah solat Jumaat di negeri itu.

Timbalan Perdana Menteri berkata siasatan wajar dilakukan oleh pihak berkuasa bagi mendapatkan fakta sebenar kerana perkara itu mempunyai implikasi besar.

"Saya mahukan perkara itu dikaji, diteliti dan jika benar kejadian itu berlaku, maka tindakan tertentu oleh pihak tertentu mesti diambil," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat di Putrajaya.

Apa yang menghairankan TPM hanya dapat matlumat daripada akhbar tanpa bukti nyata dan sahih..

Saya pun (hanya) baca dalam akhbar, saya tidak mendapat laporan daripada mana-mana pihak tertentu, sama ada kenyataan itu tepat atau tidak. Adakah ia memang dibuat secara betul, dikatakan dibuat di masjid, saya pun kurang tahu.

Aduhai.. TPM ku.. Selamat Berpuasa...!!






Friday, April 23, 2010

Takdok Sebab Demo Nok Lawe Kawe...

Dua hari lagi hari pembuangan undi di Hulu selangor, rakyat Hulu selangor hanya ada 2 pilihan setelah dua lagi gugur syahid diperjalanan. Pilih stau antara dua, Kamalanathan atau Zaid ibrahim..??? MIC atau PKR... BN atau PR... India atau Melayu...?? semuanya ditangan anda..

Kempen mengempen hanya adat bertanding... rakyat harus menilai dengan fikiran yang tenang... bertindak dengan akal yang waras... dengan otak yang bijak..

Isu yang dimainkan oleh kedua-dua pihak.. biasalah tu... politik...

Isu orang luar tidak harus timbul.. konsep 1 Malaysia tidak membezakan itu semua.. apa salahnya orang Kelantan datang ke Selangor untuk berbakti... bukan zaid saja malah sebelum ni buktinya sudah ramai.. Nik Nazmi contohnya... YB Kepong, YB Wangsa Maju, YB Khalil Idham Lim di Perak dan lain2.. sekadar sebut beberapa nama...

Di Kelantan.. isu ni tak pernah timbul ... malah sejak pilihanraya pertama lagi orang luar sudah mula bertapak di Kelantan sampai kini... YB Salahuddin Ayub, Dr Hatta, YB Saiffuddin dll... mereka orang luar Kelantan yang diterima baik rakyat Kelantan.. jadi apa masalahnya jika rakyat Kelantan juga diterima di tempat lain..



Untung Jika Pilih Zaid


Thursday, 22 April 2010 06:15 eqbal rahman
HULU SELANGOR, 22 April : Rakyat di Hulu Selangor beruntung jika calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim menjadi ahli parlimen mereka, kata Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa.

Husam sewaktu berceramah di Batang Kali malam tadi berkata, dengan adanya seorang wakil rakyat dari pakatan akan mendorong tiga lagi Adun BN di Hulu Selangor bersaing menunjukkan khidmat mereka.

"Sekiranya ketiga-tiga Adun dari BN dan Ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat, kita akan melihat persaingan yang akhirnya menguntungkan rakyat.

"Kalau nakkan satu saluran supaya wakil rakyat kita boleh berhubung dengan pengundi di Hulu Selangor, kita memerlukan seorang wakil rakyat yang terbaik," katanya.

Tambahnya lagi, Zaid jauh lebih berpengalaman dari calon BN, Kamalanathan untuk membela rakyat Hulu Selangor.

Zaid, katanya mampu membawa isu-isu kritikal rakyat ke parlimen kerana pernah menjawat jawatan menteri kabinet sebelum ini.

Beliau memberi contoh isu ISA yang menyebabkan Zaid meletakkan jawatan menteri kerana mempertahan perinsipnya iaitu menentang ISA.

"Kamalanathan adalah wakil rakyat BN dan mustahil untuk seorang wakil rakyat BN untuk mempertikai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan kepincangan pengurusan ekonomi negara, angkara Umno," katanya.

Zaid menurut Husam mempunyai kebolehupayaan dan profesionalisme selain tahap pendidikan dan pengalaman sebagai pengamal undang-undang.

Berbanding dengan Kamalanathan, beliau berkata, rakyat masih tertanya-tanya tentang rekod pendidikan serta profesionalisme calon MIC tersebut

Sehubungan itu, beliau mengganggap Zaid jauh lebih berprinsip serta berkelayakan mewakili rakyat Hulu Selangor di Dewan Rakyat kelak, berbanding Kamalanathan.

Menyentuh isu royalti Kelantan pula, Husam berkata kerajaan BN lebih mengutamakan syarikat asing yang ada kepentingan Zionis Israel dari rakyat sendiri.

Ianya merujuk kepada pelantikan firma perunding APCO Worldwide yang dilantik kerajaan dalam sektor telekomunikasi negara dengan bayaran RM76 juta.

"Mereka sanggup bayar kepada APCO Zionis Israel RM76 jta tetapi untuk 1.6 juta orang rakyat Kelantan, mereka bayar hanya RM20 juta sahaja," katanya.


sekian.. selamat mengundi..

Wednesday, April 21, 2010

KEHEBATAN SURAH AL-IKHLAS

Pengajaran

Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah, bersuka-ria tanpa kesedihan, Panas tanpa hujan tetapi ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa kesedihan dan menunjukkan jalan yangsebenar-benarnya. Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara.

LUANGKAN MASA ANDA SELAMA 15 - 20 MINIT UNTUK MENGETAHUI APAKAH MESEJ YANG DISAMPAIKAN SEBELUM ANDA BUANG RISALAH INI SEBALIKNYA FOWARDKAN KEPADA SAUDARA ISLAM KITA YANG LAIN TERIMA KASIH. WASSALAM.

KEHEBATAN SURAH AL-IKHLAS'

Au zubillah himinashsyaitan nirrajim..bismilla hirrahmannirrahi m'

Tafsirannya:
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan. Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad. Allahussamad. Lamyalid walam yu-lad. Walam yakul lahu kufuwan ahad..) sebanyak 3 kali.

Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah... . Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu

.Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad sa..w:
'Barang siapa membaca Qul huwa'llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahwa sifulan itu telah menjadi pemendekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka'. Inilah yang dinamakan membaca Qulhua'llah ahad satu khatam iaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita sehari..

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya Siapakah antara Kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran... Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan.Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan...

Sabda Rasulullah SAW lagi:Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a..s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, dan an-annas setiap satu sebanyak 7 kali selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke jumaat yang berikutnya. .

Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petang nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.Nota:Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'.

Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain

Friday, April 2, 2010

Tazkirah Jumaat : Manusia Yang Dibenci Allah

Rasulullah Saw bersabda : “Sesungguhnya Allah membenci orangtua yang suka berzina, orang kaya yang berbuat zalim, orang fakir yang sombong, peminta-minta yang memaksa, dan Allah menghapus pahala orang yang memberi namun mengungkit-ungkit (pemberiannya). Allah juga membenci orang yang suka pamer dengan kekayaannya lagi pendusta!” (Mizan al-Hikmah hadits no. 1757, Bihar al-Anwar 72:145)

Rasulullah Saw bersabda : “Sesungguhnya Allah Tabaraka wa Ta’ala membenci setiap orang yang pandai akan urusan dunia tapi bodoh akan urusan akhirat.” (Kanzul ‘Ummal hadits no. 28982)

Rasulullah Saw bersabda : “Sesungguhnya Allah Swt membenci orang yang selalu bermasam muka kepada saudara-saudaranya.” (Mustadrak al-Wasail 2:61)

Imam Ali as : “Makhluk yang paling dibenci Allah Ta’ala adalah orang yang kaya tapi kikir!” (Mizan al-Hikmah hadis no. 1758)
Imam Ali as : “Sesungguhnya Allah Swt membenci orang yang panjang angan-angan, namun engan beramal.” (Ibid, hadis no. 1759)

Imam Muhammad al-Baqir as : “Sesungguhnya Allah membenci orang tua yang bodoh, orang kaya yang zalim, dan orang fakir yang congkak!” (Ibid, hadits no. 1762)
Imam Ali as : “Manusia yang sangat dibenci Allah adalah orang yang cita-citanya ingin memenuhi keinginan perut dan kemaluannya saja.” (Ibid, hadist no. 1770)

Na’udzu billahi min dzalik…

DURIAN BELANDA ADALAH PENAWAR SEBENAR KANSER


Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu? Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.

Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia, dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis, dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.
Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.

Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang membingungkankan adalah: Jauh dipedalaman hutan Amazon, tumbuh 'pohon ajaib', yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup.

Hasil penyelidikan membuktikan “pohon ajaib” dan buahnya ini :
i) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.

ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.

iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.

iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.
Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika.
Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :

1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar, Payu Dara, Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.

2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!

3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat. Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon “ajaib” ini,selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini ?
Jawabnya adalah : Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan! Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh dihutan Amazon ini.
Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik.
Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan.
Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan ! Tapi… kisah Graviola hampir berakhir disini. Kenapa? Dibawah undang-undang persekutuan, sumber bahan semulajadi untuk ubat adalah DILARANG dipatentkan.
Perusahaan menghadapi masalah besar dan mereka berusaha sedaya upaya dengan pembiayaan sangat besar untuk membuat klon tiruan dari Graviola ini agar ianya dapat dipatentkan sehingga dana yang dikeluarkan untuk penyelidikan dan ujian dapat dituntut dan bahkan mengaup keuntungan besar. Tapi usaha ini tidak berhasil kerana Graviola tidak berjaya diklon.
Perusahaan gigit jari setelah mengeluarkan dana jutaan dolar untuk usaha penyelidikan mereka. Ketika mimpi untuk mendapatkan keuntungan besar beransur-ansur pudar, kegiatan penyelidikan juga turut berhenti. Lebih parah lagi, perusahaan menutup projek ini dan memutuskan untuk TIDAK menerbitkan hasil penyelidikan ini.
Beruntunglah, ada salah seorang ilmuwan dari kumpulan penyelidik tidak sanggup melihat kekejaman ini terjadi. Dengan mengorbankan kerjayanya, dia menghubungi sebuah perusahaan yang biasa mengumpulkan bahan-bahan bersumberkan semulajadi dari hutan Amazon untuk penghasilan penawar. Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita keajaiban Graviola, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan. Hasilnya sangat mengejutkan. Graviola terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang berkesan.
The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu Graviola mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan. Sejak 1976, Graviola telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang berbeza.
Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola, mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo!
Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahwa daun Graviola mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat, Pankreas, dan Paru-paru. Setelah hampir 7 tahun tidak ada berita mengenai Graviola, akhirnya berita keajaiban ini pecah juga, melalui informasi dari Lembaga-lembaga seperti disebutkan terdahulu.
Kisah lengkap tentang Graviola, dimana memperolehnya, dan bagaimana cara memanfaatkannya, dapat dijumpai dalam Beyond Chemotherapy: New Cancer Killers, Safe as Mother’s milk, sebagai bonus istimewa percuma terbitan Health Sciences Institute. Sekarang anda tahu manfaat durian belanda yang luar biasa ini.
Rasanya manis-manis masam begitu menyegarkan. Buah yang 100% semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan. Sebarkan maklumat berharga ini kepada keluarga, saudara, sahabat dan teman yang anda kasihi.

Thursday, April 1, 2010

Potong stim betullah....


Potong stim betullah.... pagi ni putus selera aku nak merokok lepas baca berita online kosmo dalam internet.. malam tadi beli sekotak 14 batang masih berbelence lagi.. buang gitu jer.. Takpe laha moga hari ni bermulanya langkah aku berhenti terus dari menghisap benda bercampur najis mughallazah ni.. uwweeekk... yang lepas-lepas apa nak buat.. nak samak macamana ..?? entah ler... semoga diampunkan Allah dosa-dosa aku yang telah lalu...




Seorang pakar akademik dari Australia semalam mendedahkan satu hasil kajian di Belanda baru-baru ini yang mendakwa menemui sel darah merah babi sebagai kandungan penyekat bahan kimia dalam puntung rokok.
Profesor Simon Chapman dari Universiti Sydney dilaporkan berkata, kajian itu mendapati babi digunakan dalam 185 jenis industri termasuk penemuan sel darah merah haiwan itu dalam penapis (filter) rokok.
Kenyataan beliau yang disiarkan oleh akhbar Daily Telegraph kelmarin menjelaskan, hasil kajian tersebut pastinya mengejutkan perokok yang beragama Islam serta Yahudi yang diharamkan memakan babi.
Menurutnya, setakat ini satu jenama rokok yang dijual di Greece telah didapati mengandungi darah babi.


//kosmo online


Wednesday, March 31, 2010

ISTERI GATAL BILA BILA SUAMI KAHWIN LAIN

APAKAH cara untuk mengatasi rasa tidak selesa dan gatal pada faraj? Untuk pengetahuan puan, suami saya berkahwin lain dan sebelum ini saya tidak mengalami perkara ini.

SOFIE,
Selangor



KEGATALAN pada faraj boleh disebabkan oleh jangkitan kuman, sama ada daripada permukaan kulit anda sendiri atau suami, saluran dubur anda atau suami, pundi kencing atau jangkitan kuman penyakit seksual. Anda bolehlah mendapatkan pemeriksaan dan rawatan daripada doktor anda. Apa yang lebih penting adalah untuk anda dan isteri atau pasangan seksual suami anda menjalani ujian pap smear secara berkala.

Tuesday, March 30, 2010

Tahniah... Mursyidul Am milik Tok Guru Nik Aziz


Salam,

Sekalung tahniah buat Tok Guru Dato' Nik Abdul Aziz atas pelantikkan semula tok guru sebagai Mursyidul Am Pas sessi 2010/2015... Pemilihan tok guru yang juga MB Kelantan amat tepat sekali dan beliaulah yang selayaknya menduduki tempat tersebut berdasarkan kewibawaan, ketokohan, kewarakan, keilmuan tinggi dan kesederhanaanya serta juga pengalamannya yang luas dalam perjuangan Islam khususnya didalam Pas.

Biarpun ada spekulasi yang pelbagai tentang kedudukan tuan guru namun kebijaksanaan Majlis syura amat dialu2kan.. pelantikan semula tok guru amat dinantikan oleh semua pendokong Pas dan Islam..

Ana secara peribadi dan berharap kepada semua agar sentiasa berdoa semoga Allah SWT memberikan kekuatan dan kesihatan yang baik kepada tok guru dalam menjalankan amanah yang berat ini..

Selaku anak Kelantan, ana turut berbangga atas pelantikan tok guru yang merupakan Menteri Besar Kelantan, idola dan ikon semua tanpa mengira kaum dan agama.

Sunday, March 28, 2010

Kota Seputeh tak jadi, Titi Tinggi pun tak jadi, Hulu Selangor tak boleh buat apa...

Pilihan raya: SPR mesyuarat 2 April


SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bermesyuarat pada 2 April ini bagi menentukan tarikh penamaan calon dan pengundian pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.
Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, setakat ini pihaknya masih menunggu notis berhubung kekosongan kerusi Parlimen itu daripada Speaker Dewan Rakyat.


SELAMAT MENGUNDI KEPADA PENGUNDI SAH HULU SELANGOR.. INGAT... !! UNDI ANDA ADALAH PENENTUAN KEPADA HALA TUJU POLITIK TANAH AIR..

Friday, March 26, 2010

Kalau dah kaki penipu, sudah mati pun nak menipu...

Al-kisah ada seorang businessman yang kaya raya bernama Hj.Teepo. Apasajanama bisnes atas muka bumi ini, dia ada. Sayang, kekayaan Hj.Teepo adalah sebahagian besar hasil penipuan dan putar alamnya dalam bisnes.

Sahamnyaberpuluh juta, hasil penipuan. Tanah ribu hektar,pun hasil tipu. Wangberatus juta juga, tipu punya hasil. Puas isterinya memberikan kaunseling agar Hj.Teepo berhenti menipu, namun tak dihiraukannya.Kerana makan terlalu banyak dan mewah, dinner tiap-tiap malam (orangbelanja of course), exercise tarak, satu hari Hj.Teepo disahkan oleh doktor mengidapi penyakit barah dan disahkan akan padam dalam masa sebulan.

Maka teramatlah hiba hati Hj.Teepo nak meninggalkan dunia ini,tambah pula mengenangkan segala aktivitinya selama ini.Maka dipanggillah anak isterinya untuk berwasiat. Kain yang dah buruk, koyak pun tak apa, buat kain kapan aku. Aku dah banyak merasa kemewahandidunia ini. Biarlah kain buruk yang ku bawa ke akhirat," jelas Hj.Teepodengan genangan air mata. "Kenapa begitu bang?" tanya isterinya."Saja aku nak merasa pakai kain buruk pula," jawabnya lagi. Isterinya terdiam,tapi hati berbisik, "Syukurlah, walau dah agak terlambat, ada juga ksedaran dn keinsafan dihati suamiku."Maka tempoh sebulan cuma tinggal 24 jam lagi.

Dengan wajah sugul,Hj.Teepo brbaring di kamarnya. Kain putih yang dah lusuh dan terkoyak sana sini tlah siap disediakan. Untuk terakhir kali, si isteri menghampiri Hj.Teepo. "Bang", bisiknya perlahan. "Buat kali terakhir sebelum abang mninggalkan kami, berilah tahu kenapa abang nak dikapankan dengan kain yg dah buruk. Sedih saya melihat keadaan kain itu bang.

Apakah abang telah insaf dan bertaubat dengan perbuatan abang selama ini?"Hj.Teepo merenung isterinya lama-lama dan bersuara, "Baiklah, mari rpat kpadaku" isteri Hj.Teepo terus menghampiri suaminya.

Dengan nada yang sedih Hj.Teepo bersuara, "Yang, you pun tahu, terlalu banyak dosa yangIlakukan selama ini. Berapa ramai orang yang dah I kelentong. Jadi ckup kemewahan yang I rasakan. Biarlah I dikebumikan dengan kain buruk saja."Isterinya masih ragu-ragu."

Apakah abang fikir dosa-dosa abang boleh diampunkan dengan berkainkapan yng buruk begitu?" tanyanya lagi.

"Bukan begitu Yang. Kalaulah abang pakai kain kapan yang buruk, nanti Malaikat Mungkar dan Nakir fikir abang dah lama mati. Mereka juga akanfikir abang dah kena soal. Taklah nanti mereka soal abang lagi. Jadiselamatlah abang...."

"Astaghfirullah hal aziiiiiiiiiim" isteri Hj.Teepo terus terlentang krn terkejut berok dengan penjelasan suaminya.

P/S: Mati pun nak kelentong. Nak kelentong Malaikat pulak tu..... Ambikle iktbar

Tuesday, March 23, 2010

NAMA SEBENAR ARTIS MALAYSIA SEPERTI DALAM MYKAD

NAMA SEBENAR ARTIS MALAYSIA..

Mohon maaf kepada semua artis2 kat Melaysia .. tujuan nya bukan nak hina sesiapa cuma sebagai peminat kita nak tau nama2 sebenar korang.. Anda semo kat milik masyarakat...


Aida Rahim ---> Khalidah Adibah Ahmad
Awie ----> Ahmad Azhar Othman
Amy ------> Suhaimi Abdul Rahman
Amelina ----> Norazlina Amir
Abot -------> Norimah Muhammad
Ajai ---> Mohd Faizal Maas
Alfira ----> Zarinah Ahmad
Ameng -------> Wan Aminuddin
Adilla Idris ------> Fadzilah Rahman Idris
Anna --------> Zanariah Ishak
Accapan --------> Samynathan
Ah Chong --------> Mohd Fauzi Manat
aishah --------> wan aishah wan arifin
Arash Mohamad -------> Azman Shah Ramlee
A Galak -------> Zakaria Musa
Awang BPR ------> Norzaini Mohamad
Azida NS ------> Ainol Jamal
Aris Ariwatan -----> Haris Fadzillah Daud
Baby Arin ---------> Lily Zarina
Cico ------> Eezaq Farrouq Harahap
Connie -------> Norlida Ahmad
D J Dave -------> Irwan Shah
Didie Alias -------> Fadzila Ali
Eisya -------> Khairul Bariah
Erma Fatima ------> Nor Fatimah Rahmat
Ella --------> Nor Zila Aminuddin
Eman Manan ------> Abdul Manan Embong
eizlan yusuf -------> IDRIS yusuf
Farra -------> Farihah Arshad
Gee --------> Haizatul Rodzie
Hattan ------> Mohd Syukri Sharuddin
Imuda -----> Abdul Rahim Muda
Ilyka ------> Zuraila Mohd Yassin
Jee -------> Siti Fauziah Sheikh Abd Latiff
Jojie ------> Rozita Aminuddin
Jay Jay ------> Mohd Fauzi Darus
Joe Wings -----> Abdul Zamin Kadir
Jojet --------> Rodzane Mohamed
Korie --------> Azahari Aminuddin
Loloq ---------> Rosli Khamis
LY ---------> Rozman Shafie
Lydiawati -------> Salina Zaimon
Mamat Exist ------> Mohd Ali Kamarudin
Man Keedal ------> Rahman Mahmud
Man Bai -------> Abdul Rahman Osman
Nanu -------> Sarabanu Baharudin
Nurbisa ------> Rosli Khamis
N D Lala ------> Amir Hamzah
Nash --------> Nasaruddin Alias
nora --------> wan nora afiza ariffin
Noryn --------> Norazmahwati Aziz
norman hakim ----> mohamed nur hakim zaidon
Os ---------> Yusof Hamid
Ogy --------> Fauziah Ahmad Daud
Rohana Jalil ------> Dara Abdul Jalil
Rina Khan -------- Sharifah Bibi Sarina
Razis Ismail -------> Mohd Ghazali
Rem --------> Ramzani
SYAFINAZ SELAMAT -------> SAODAH SELAMAT
Sheila Majid --------> Shahila Abdul Majid
Sidi Oraza ---------> Syed Osman Rastam
Sheqal ---------> Shahrim Salleh
Shikin ---------> Aishah Dahalan
To'Ki ----------> Mohd Zaki Mansor
Tantiana -------> Fatimah Hamzah
Wohnen --------> Shuhaida Shamsudin
Yem Bai -----------> Abdul Rahim Zain
Ziana Zain -------> Siti Roziana Zain


Sekian dulu, nama2 yang lain masih dalam proses..

Monday, March 22, 2010

Lelaki Kelantan minat Mek Siam dan Minah Indon.. ?

Hati-hati isteri jika suamimu lelaki Kelantan.. sebab trend terkini memungkinkan suamimu beralih arah kepada mek-mek Siam atau minah-minah Indon...

Apa yang penting tunaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri sebaik mungkin, beri layanan sebaiknya, jagalah apa yang perlu dijaga, berikan servis terbaik.. insyaAllah suami anda akan tetap setia..


Hari ini 22/03/2010


4,894 rakyat Kelantan kahwin warga asing


KOTA BHARU- Jabatan Imigresen Negeri Kelantan berjaya mengesan 4,894 rakyat Kelantan yang berkahwin dengan warganegara asing pada 2009. Pengarahnya, Che Bahrom Hamzah, berkata, jumlah berkenaan didapati sedikit menurun berbanding pada 2008 yang mana seramai 4,971 orang dan 4,342 orang lelaki dan perempuan rakyat Kelantan yang berkahwin dengan warganegara asing pada tahun 2007. “Penurunan ini bagaimanapun terlalu sedikit dan masih jelas menunjukkan rakyat Kelantan meminati pasangan hidup berbangsa asing termasuk dari Thailand dan Indonesia,” katanya kepada Sinar Harian, di pejabatnya, di sini, semalam. Beliau berkata, faktor yang mendorong rakyat Kelantan berkahwin dengan warga Thailand dan Indonesia berikutan kedudukan negara itu yang berjiran dan dekat dengan negeri ini. “Biarpun mereka mengetahui risiko perkahwinan dengan warganegara asing, rakyat Kelantan dilihat masih cenderung memilih pasangan hidup dengan bangsa asing apabila jumlah perkahwinan dengan warganegara itu dilihat masih menunjukkan peningkatan setiap tahun,” katanya. Menurutnya, banyak risiko yang dihadapi kebanyakan rakyat di negeri ini apabila mendapati pasangan yang menyalahgunakan perkahwinan itu untuk kepentingan mereka termasuk mendapatkan taraf kerakyatan di negara ini. Beliau tidak menafikan, ada kes membabitkan pasangan hidup warganegara asing yang melarikan diri ke negara masing-masing apabila berlakunya pergaduhan terutama warganegara Thailand dan Indonesia. Che Bahrom berkata, apabila terdapat pergaduhan, warga Thailand dan Indonesia ada yang lari (balik) ke negara masing-masing memandangkan jarak negara yang dekat. “Mereka meninggalkan isteri atau suami dengan anak-anak tanpa mempedulikan keluarga yang ada di Kelantan. “Bagaimanapun, ada juga di kalangan rakyat Kelantan yang berkahwin dengan pasangan warganegara asing memiliki perkahwinan yang bahagia,” katanya. Beliau menasihatkan rakyat di negeri ini membuat pilihan yang tepat, bukan berkahwin atas dasar paras rupa semata-mata bagi mengekalkan perkahwinan.

//Sinar Harian


Laporan seterusnya...

Jerutan cinta Siam


KOTA BHARU - Jumlah rakyat Kelantan sama ada lelaki atau wanita yang berkahwin dengan warga asing didapati meningkat setiap tahun dengan warga Thailand dan Indonesia menjadi pilihan utama.
Pengarah Jabatan Imigresen Negeri Kelantan, Che Bahrom Hamzah berkata, melalui rekod pihaknya, seramai 4,342 orang lelaki dan wanita Kelantan berkahwin dengan warganegara asing pada 2007 dan 4,971 orang pada 2008 manakala pada tahun lalu sebanyak 4,804 orang.
"Walaupun jumlah perkahwinan menurun tahun lalu, namun ia hanya sedikit dan masih menunjukkan rakyat Kelantan meminati pasangan hidup daripada warganegara asing," katanya.
Che Bahrom berkata, warga Thailand dan Indonesia menjadi pilihan kerana selain soal rupa paras, kemungkinan faktor kedudukan negara yang berjiran dan berhampiran turut menjadi punca.
Bagaimanapun, beliau berkata, kes perkahwinan wanita Kelantan dengan lelaki asing lebih banyak menimbulkan risiko ekoran terdapat warga asing yang berkahwin dengan orang tempatan semata-mata mahu mendapatkan taraf kerakyatan negara ini.

//Kosmo Online

Thursday, January 28, 2010

DON'T JUDGE A BOOK BY ITS COVER

Ungkapan ini kerap saya dengari, saya yakin anda juga mungkin kerap mendengarnya. Kata-kata dari wanita yang tidak menutup aurat yang sering mendakwa bahawa hatinya baik dan suci walaupun ia berpakaian seksi serta mendedahkan aurat.

"Orang wanita bertudung pun banyak yang jahat hari ini, berzina, khalwat dan macam-macam lagi" Katanya memberi buah fikirannya.

"Malah, kami juga baik, kami tak kacau orang, tak mengumpat dan buat benda-benda tak elok" tambah wanita ini lagi.

Benarkah hujjah mereka?. Benarkah penampilan luaran tidak terpakai di dalam Islam ?. Ada juga yang sudah semakin ‘advance' hujahnya lantas berhujjah dengan sebuah maksud hadith Nabi yang sohih iaitu :

"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu" (Riwayat Muslim)

Simpati bercampur kesal saya mendengar bagaimana terdapat orang yang sewenangnya berhujjah dengan hadith untuk menyokong nafsunya. Hanya digunakan Islam dalam hal yang selari dengan kehendaknya sahaja.

"Seorang pekerja yang dijumpai oleh majikannya sedang bermain ‘game' semasa waktu kerjanya sedangkan dokumen yang dipinta si boss masih tidak disiapkan, lalu si majikan berkata: "Macam mana kamu nak cemerlang dalam kerja kalau begini sikap kamu"

Lalu jawab si pekerja : " Saya luaran je nampak main ‘game' boss, tapi hati saya ikhlas dan saya kerja dengan cemerlang"

Adakah anda rasa si boss boleh menerima cakap pekerjanya itu ?. Adakah Allah SWT boleh mengganggap hati seseorang itu suci dan baik dengan melanggar perintahNya ?

Hakikatnya, sesuatu untuk baik dan suci mestilah ditentukan mengikut neraca Allah dan RasulNya, bukannya neraca pemikiran kita semata-mata. Jika merujuk kepada neraca Islam, Nabi SAW pernah bersabda ertinya :

"Ketahuilah, bahawa di dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, yang bila ianya baik maka baik seseorang itu, dan apabila buruk, buruklah amalan seseorang itu, ketahuilah, ia adalah hati" (Riwayat Muslim)

Berdasarkan hadith ini, menurut neraca Islam kebaikan hati seseorang boleh dilihat di peringkat pertamanya dari tindak tanduknya. Ertinya, bila tindakannya sentiasa menyalahi kehendak dan hukum yang diletakkan Islam, ia adalah tanda kekotoran hatinya. Jika tindakan luarannya pula bertepatan dengan kehendak Islam, maka adalah harus ianya dianggap baik pada peringkat pertama iaitu neraca luaran orang ramai, adapun baik di peringkat kedua adalah samada hatinya bertujuan kerana Allah ata selainnya seperti sekadar menunjuk-nunjuk sahaja.

Justeru, 'we can judge a book by its cover in certain cases' iaitu apabila perkara asas Islam dilanggar, maka sudah tentu ‘that cover is reflecting what's inside the heart of a person'.
Menghukum berdasarkan yang zahir ini bertepatan dengan hadith :

إنما أنا بشر , وإنكم تختصمون إلىّ , ولعلّ بعضكم أن يكون ألحن بحجته من بعض , فأقضي بنحو ما أسمع , فمن قضيت له من حق أخيه شيئاَ فلا يأخذه , فإنما أقطع له قطعة من النار

Ertinya : Sesungguhnya aku hanya manusia, dan kamu sentiasa membawa kes pertikaian untuk di selesaikan olehku, dan mungkin sebahagian kami lebih cekap berhujjah dari sebahagian lainnya, maka aku telah memutuskan hukuman berdasarkan apa yang kudengari sahaja.

Barangsiapa yang telah ku jatuhi hukuman dan hukuman itu mengambil hak yang lain (akibat kurang cekap pihak yang benar dalam berhujjah), maka jangalah kamu mengambilnya, sesungguhnya ia bakal menjadi sepotong api neraka" (Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan lain-lain ; Rujuk Naylul Awtar, 8/632, no 3920 )

Hadith ini dengan jelas menunjukkan seorang hakim dalam Islam akan membuat hukum berdasarkan info dan bukti zahir yang diberikan. Demikian juga dalam kes penutupan aurat, tanpa menutupnya adalah tanda keingkaran hati terhadap arahan Allah. Mana mungkin hati begini boleh dianggap baik oleh Islam.

Kaum wanita perlu menyedari bahawa dengan pembukaan auratnya, setiap lelaki yang melihatnya akan memperoleh dosa setiap kali ia memandang. Tetapi yang beratnya adalah si wanita bukan mendaat satu dosa bagi kesalahan itu, tetapi juga meraih setiap dosa semua lelaki yang memandangnya. Bayangkanlah berapa banyak dosa yang diperolehi hanya dengan pembukaan aurat di satu hari. Ia berdasarkan sabda Nabi SAW

من سن في الإسلام سنة سيئة فعليه وزرها ووزر من عمل بها من غير أن ينقص شيئاً

Ertinya : Sesiapa yang mempelopori sesuatu yang buruk, maka ke atasnya dosa dan dosa setiap orang yang membuatnya tanpa sedikit kurang pun dosanya.." ( Riwayat Ahmad dan lain-lain : Sohih )

Termasuklah dalam erti mempelopori, apabila seseorang itu mempelopori pembukaan auratnya di hari itu, yang menyebabkan lelaki melihatnya mendapat dosa. Pastinya, si wanita itu juga mendapat dosa tanpa kurang bagi setiap mata yang memandang. Adakah hati orang sebegini boleh dikira baik ? setelah gunungan dosa mengaratkan hatinya ?.

Sesungguhnya Allah itu maha adil dan maha pengasih. Segeralah mendapatkan kasih sayang Allah dengan mentaatinya. Bagi yang berdegil, tiada kata yang dapat diberikan kecuali ; Yakinilah bahawa Allah itu benar, RasulNya juga benar, Syurga dan Neraka juga benar. Jika mempercayainya maka mengapa tindakan masih seolah meraguinya. ?

dipetik dari web http://www.zaharuddin.net/

Monday, January 25, 2010

HIMPUNAN BERSAMA MENTERI BESAR KELANTAN


// sumber dari web www.perakan.org.my

Tok Pa dulu perlu ketepikan sentimen politik

Hari ini Tok Pa minta Kelantan ketepikan sentimen politik untuk berunding berkaitan wang ehsan pusat. Rakannya Datuk Awang Adek mempelawa Kelantan menghantar wakilnya ke jawatan kuasa Wang ehsan yang ditubuhkan Kerajaan Pusat.

KOTA BHARU: Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed meminta Kerajaan Kelantan mengenepikan sentimen politik dalam rundingan pemberian wang ihsan demi kepentingan dan kebajikan rakyat.

Beliau berkata, pemimpin PAS tidak harus mengamalkan konfrantasi politik berterusan tanpa mengira masa."Yang penting rakyat mendapat faedah dalam bentuk apa sekalipun," katanya kepada pemberita pada majlis penutup pertandingan boling Jabatan Pembangunan Persekutuan, di sini hari ini.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menolak tawaran Kerajaan Pusat menyertai jawatankuasa rundingan pemberian wang ihsan yang akan diagih kepada rakyat dalam masa terdekat.Mustapa berkata, pemimpin politik perlu menggunakan pendekatan yang positif dalam menangani isu itu demi kepentingan rakyat.

"Tujuan kerajaan menjemput wakil kerajaan negeri menyertai jawatankuasa pengagihan wang ihsan itu menunjukkan sikap terbuka Kerajaan Pusat demi untuk kepentingan rakyat negeri ini," katanya. - BERNAMA

Kalau betul-betul 'bersikap terbuka'.. ayuh kita berunding tentang ROYALTI. Tok Pa orang Kelantan takkan tak mahu lihat Kelantan mendapat haknya. Tok pa lah yang perlu berbesar hati dan 'bersikap terbuka' bukannya terus menyalahkan Kerajaan negeri..

Tok Guru dengan tegas menolak cadangan itu, beliau tidak akan menghantar wakil malahan turut menghalang sesiapa sahaja exco, pegawai kerajaan negeri daripada terlibat dalam jawatan kuasa yang dibentuk. Tepat tindakan Tok Guru, kalau dah tolak wang ehsan buat apa terhegeh hantar wakil. Kita perlu komited untuk berusaha mendapatkan royalti.. kita mahu royalti bukannya wang sedekah dari pusat..


Kelantan pulau wang ehsan, tidak akan hantar wakil

KOTA BHARU, 24 Jan: Kerajaan Kelantan menolak tawaran Pusat untuk melantik wakil kerajaan negeri dalam jawatankuasa pemantau wang ehsan di Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) negeri.Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan demikian pada sidang media selepas menerima kunjungan 45 peserta ekspedisi penyerahan memorandum menyokong tuntutan royalti petroleum oleh PAS Kawasan Batu, Kuala Lumpur, di JKR 10, di sini petang ini.

“Kalau dijemput semata-mata untuk menerima wang ehsan, saya tidak akan pergi dan benarkan, 100 peratus kerajaan Kelantan akan tolak,” ujarnya.Ianya sebagai mengulas cadangan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin, yang mendakwa akan menubuhkan jawatankuasa pembangunan wang ehsan di peringkat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP).

Menurut Nik Aziz lagi, lebih penting dari penubuhan jawatankuasa itu adalah memastikan dahulu bentuk perundingan yang ingin dibuat sama ada rundingan soal royalti atau wang ehsan.“Kalau nak beri wang ehsan tak payah rundinglah, sebab dia paksa kita.“Saya tidak akan terima wang harta Kelantan,” ujarnya.

Tuan Guru sekali lagi menjelaskan kerajaan Kelantan menuntut royalti mengikut landasan Islam, di mana Allah memberikan hasil bumi seperti logam, emas, batu, besi dan sebagainya termasuk minyak adalah di bumi Kelantan.“Sesiapa yang mengambil hak orang lain, dia akan berdosa dunia akhirat, di dunia dia dikutuk dan didoa musnah oleh rakyat Kelantan, di akhirat dia akan dimamah oleh api neraka.“Mereka sebelum ini mendakwa Kelantan tiada hak, tetapi sekarang ada hak, cuma dengan nama ehsan, kita berdoa pada Allah, sama ada awak (pemimpin Umno) nak kata ada hak atau tak ada hak, petrol ni tak ada di Kuala Lumpur,”ujarnya.

Sambungnya lagi, petrol berkenaan hanya ada di Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak.
Bagaimanapun kerajaan pusat didakwa mengaku kesemua itu hak mereka dan menafikan hak negeri.
Jelasnya, lebih malang lagi wang ehsan tersebut akan diberi kepada rakyat melalui JPP seolah-olah Kelantan tiada kerajaan.“Beri wang ehsan tersebut pada Kerajaan Kelantan kerana rakyat dia ada kerajaan, ada bendera sendiri, ada Menteri Besar, ini mengarut kerana mereka terlampau bertuhan kepada duit,”ujarnya lagi."Kalau inginkan wang hasil minyak dari Kelantan, minta dari kerajaan negeri yang ada sekarang dan bukannya negeri ini memohon wang ehsan dari Kerajaan Pusat," katanya.

sumber: harakahdaily

Royalti Minyak Milik Kita.. Tolak wang Ehsan.. Wang ehsan tiada dalam perjanjian...

Sunday, January 24, 2010

Tragedi secawan teh - Dimana Kemanusiaan..???

//hmetro.com.my

2010/01/19


TANAH MERAH: Hanya kerana meninggikan suara selepas minuman dipesan lambat dihantar, seorang lelaki terpaksa menanggung derita apabila hampir 40 peratus badannya melecur teruk akibat disimbah air panas sedang menggelegak.
Insiden ngeri itu berlaku dalam sekelip mata ketika Sanusi Othman, 33, sedang duduk seorang diri di sebuah warung di Jalan Ismail Petra, dekat sini, sambil menunggu secawan teh dipesannya sebelum tiba-tiba disimbah segayung air panas.

Mangsa yang tergamam berikutan tindakan tidak disangka-sangka itu bagaimanapun bernasib baik kerana menyedari perbuatan tidak berperikemanusiaan peniaga terbabit dan sempat menepis air panas yang cuba disimbah ke mukanya dengan menggunakan tangan kiri.
Akibatnya, air panas terbabit tercurah di kiri badannya menyebabkan dia melecur teruk sehingga kulit tertanggal dan kemerahan seperti udang dipanggang.
Kesan melecur teruk itu menyebabkan mangsa terpaksa membogelkan diri dengan menanggalkan kain sarung serta baju dipakai sebelum dihantar pulang rakannya dengan sebuah kereta.

Menceritakan semula kejadian itu, Sanusi berkata, dia tidak menyangka akan disimbah air panas ketika minum di sebuah gerai pada 4 Januari lalu.
“Malam itu, saya keluar rumah seorang diri seperti biasa dengan menunggang motosikal untuk minum di sebuah gerai berhampiran rumah. Ketika itu, saya hanya memakai baju-T dan berkain pelekat.
“Sebaik tiba di gerai itu, saya terus duduk dan memesan secawan teh, namun pesanan itu lewat tiba walaupun memesan beberapa kali menyebabkan saya meninggikan suara,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pondok Lama di sini, semalam.
Sanusi yang mengambil upah menebar roti canai di sebuah restoran berkata, dia terkejut apabila pemilik gerai yang membawa segayung air panas masih menggelegak menerpa ke arahnya.

“Mulanya, memang saya tak perasan dia bawa air panas sehinggalah dia berdiri berhampiran dan menghalakan sesuatu ke arah muka menyebabkan saya panik.
“Saya cuba mengelak dengan menepis menggunakan tangan kiri sebelum bahagian kiri badan melecur akibat terkena air panas. Mujur saya mengelak kerana jika tidak sudah pasti muka saya melecur teruk,” katanya.
Sanusi terpaksa bergelut dengan pemilik kedai yang menyimbah air panas ke arahnya sambil disaksikan beberapa pelanggan lain.

“Tidak dapat saya gambarkan perasaan ketika itu apabila terpaksa berbogel dengan menanggalkan baju dan kain dipakai kerana terlalu sakit terkena air panas.
“Mujur kejadian itu disedari seorang rakan yang kebetulan berada di sebuah pusat snuker di kawasan berhampiran dan menghantar saya pulang ke rumah dengan keretanya,” katanya.
Sanusi mendapatkan rawatan tradisional pada malam kejadian sebelum menerima rawatan pesakit luar di Hospital Tanah Merah pada 16 Januari lalu dan membuat laporan polis pada hari sama.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Abdul Aziz Mahmud, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan seorang suspek ditahan untuk siasatan.
Katanya, kejadian dipercayai berlaku akibat perasaan tidak puas hati peniaga terbabit berikutan tindakan mangsa meninggikan suara apabila air teh yang dipesan lewat dihantar kepadanya.
“Difahamkan, ketika itu mangsa memesan meminum tapi tidak diendahkan peniaga terbabit. Keadaan itu menyebabkan pemilik kedai menyimbah air panas yang terkena sebahagian kiri badan mangsa,” katanya.

Menurutnya, suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan.

Sunday, January 17, 2010

Resepi : Tepong Apam..




BAHAN-BAHAN:
300 gm tepung beras
125 gm tepung gandum
190 gm gula
550 ml air
1 peket eno
CARA MENYEDIAKAN:
1. Campurkan semua bahan dan kacau rata supaya adunan tidak berketul-ketul.
2. Kemudian tutup adunan supaya ia kembang.
3. Untuk mengukus apam, masukkan ke dalam bekas kecil dan kukus hingga masak ataupun kuih apam ini merekah di tengah-tengahnya.
//Selamat Mencubo...