Tuesday, May 31, 2011

Fikir sepuluh kali kalau nak merogol.. ingat anda mungkin merana sepanjang hayat..


Di Dhaka, Bangladesh seorang wanita berusia 40 tahun bertindak nekad memotong zakar seorang lelaki yang cuba merogolnya, sebelum membawa organ itu ke balai polis sebagai bahan bukti.

Ketika lelaki itu cuba merogolnya, wanita itu bertindak memotong zakarnya dengan pisau, kemudian membungkusnya dengan plastik dan membawa organ itu ke balai polis. Kemaluan lelaki itu kini disimpan di balai polis terbabit, manakala suspek sedang menerima rawatan di hospital.

Fikir sepuluh kali kalau nak merogol.. ingat anda mungkin merana sepanjang hayat..

Monday, May 30, 2011

Akibat pulut santan binasa..

Akibat pulut santan binasa... akibat mulut badan sensara..

Di Terengganu seorang pekerja butik berdepan hukuman denda sehingga RM100 selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam gara-gara mengeluarkan kata-kata "polih bodo" terhadap seorang anggota polis.

Nur Syafa Watiha Wahab, 19, mengaku melakukan kesalahan itu selepas jurubahasa mahkamah membacakan pertuduhan di hadapan Pendaftar Kanan Mahkamah Majistret, Rusilah Nik.

Mengikut kertas pertuduhan, Nur Shafa Watiha didakwa mengeluarkan perkataan 'polis bodo' (bodoh) kepada seorang anggota polis di depan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di sini pada pukul 1 petang pada 28 Mei lalu.

Friday, May 27, 2011

Anak Perantau Kelantan Lembah Kelang tubuh JK Bertindak Menuntut Di Tunai Janji Hak Royalti Minyak


Jawatankuasa Bertindak Anak Perantau Menuntut Di Tunai Janji Royalti Kelantan (ROYALTI!)

Pendahuluan

Royalti Minyak Kelantan ditimbulkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan pada Julai 2009. Exconya, Datuk Husam Musa menganggar royalti minyak Kelantan melebihi daripada RM1 bilion. Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia terbaru menunjukkan Kelantan mula mengeluarkan minyak sejak 2004 dan berikutan itu kerajaan negeri mengutus surat rasmi menuntut sebanyak RM1 bilion. Laporan Jabatan Perdana Menteri yang diedarkan kepada pegawai kerajaan negeri, anggaran pengeluaran petroleum di Kelantan dalam satu tahun adalah RM2.5 bilion.

Akta Petroleum 1974

Pada 1975, perjanjian telah ditandatangani oleh Menteri Besar Kelantan ketika itu, Datuk Mohammad Nasir dengan Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah. Menurut terma perjanjian itu, Kelantan diberikan royalti sebanyak 5 peratus setahun – dibayar tunai dua kali setahun – untuk hasil minyak yang ditemui di kawasan pantai dan pesisirnya.

Wednesday, May 25, 2011

Fenomena hari ini.. Mari mencari jalan penyelesaian...

LPPKP dalam kajiannya mendapati ramai dikalangan wanita hari ini lewat kahwin dan masih belum berkahwin biarpun usianya sudah mencecah 30-an dan 40-an. Fenomena ini memberikan implikasi kurang sihat pada pandangan peribadi saya kerana bukan sahaja menimbulkan pandangan negatif masyarakat malah kemungkinan meningkatnya masalah sosial dan sebagainya.

Apa yang menjadi punca mengapa mereka lewat kahwin atau tidak mahu berkahwin..?? entahlah, tapi pastinya ada sebab dan alasan tertentu yang mereka jer yang faham.. lebih menghairankan mereka ini bukan sahaja cantik dan bergaya malah berkerjaya dan berpendidikan tinggi..

Perkara ni mungkin agak sensitif dan menyentuh hak asasi individu tetapi yang pasti amat memerlukan penyelesaian segera..! Pelbagai langkah dapat diambil yang penting kita ada keinginan untuk merubah dan merobah situasi..! Apa yang boleh kita bantu..??? Entahlah.. Ada Berani..??

Tuesday, May 24, 2011

TANDA ISTERI DERHAKA..


Seorang isteri tentulah mempunyai tugas dan tanggungjawab terhadap suami. Tanggungjawab ini adalah suatu perkara yang serius dan tidak boleh diabai-abaikan. Isteri yang mengabaikannya senang mendapat laknat dan dikhuatiri termasuk ke dalam kategori isteri derhaka.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah Radhiallahu ‘Anha bermaksud:

“Aku pernah bertanya kepada Baginda: “Siapakah orang yang paling berhak ke atas isteri ?” Baginda menjawab:”Orang yang paling berhak kepada isteri ialah suaminya”. Kemudian aku bertanya lagi :”Dan siapakah orang yang paling berhak ke atas suami?” Baginda menjawab:”Orang yang paling berhak ke atas seorang suami ialah ibu kandungnya.” (Riwayat Bazar dan al-Hakim)

Dalam sebuah hadis yang lain pula Baginda bersabda bermaksud: “Sekiranya aku dibenarkan untuk memerintahkan seseorang bersujud kepada orang lain nescaya aku perintahkan seorang isteri bersujud kepada suaminya.” (Riwayat Tirmizi dab Ibnu Hibban)

Jika ada para isteri yang tidak menunaikan tanggungjawabnya kepada suami dengan sebaik-baiknya, dan menganggap tanggungjawab terhadap suami itu hanya membebankan dan menyusahkan dirinya, maka isteri yang sedemikian itu dikhuatiri termasuk di dalam kategori isteri yang menderhaka atau nusyuz. Apakah ciri atau tanda isteri yang derhaka itu? Ini perlu diketahui semata-mata untuk dijadikan langkah waspada agar para isteri terhindar daripadanya. Berikut diketengahkan antara ciri atau tanda isteri derhaka:

Friday, May 20, 2011

Khutbah Jumaat: Adakah anda doakan ibu bapa hari ini...??

Kasih sayang anak kepada ibu bapa berpanjangan hingga ke alam barzakh..

IBU bapa adalah insan paling mulia dalam kehidupan kerana itulah agama Islam mengajar umatnya supaya menghormati dan berbuat baik kepada mereka. Segala jasa dan pengorbanan yang mereka curahkan sejak di alam rahim sehingga kita dilahirkan begitu besar dan tinggi nilainya.

Mereka yang bertanggungjawab mencari nafkah dan mendidik kita sehingga dewasa. Mereka juga sanggup mengorbankan nyawa dan kepentingan diri demi mengharungi pelbagai cabaran untuk masa depan anak-anak. Ingat apa yang kita miliki hari ini, harta, pekerjaan, pangkat, kesenangan dan keluarga adalah hasil pengorbanan ibu bapa. Tanpa mereka kita tidak dapat melihat dunia ini dan tanpa nasihat serta pengorbanan mereka kita tidak akan memiliki semua ini. Sehubungan itu, sebagai anak wajib menghormati, mentaati dan berbuat baik terhadap ibu bapa. Ini sebagai suatu penghormatan tertinggi daripada anak dan membalas jasa ibu bapa mereka.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan Tuhanmu sudah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka jangan engkau berkata kepada keduanya sekalipun perkataan ‘ah’ dan jangan engkau menengking mereka, tetapi katakan kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkan dirimu kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakan: Wahai Tuhanku! Kasihani mereka berdua seperti mana mereka sudah memelihara dan mendidikku semasa kecil.” (Surah al-Israk, ayat 23-24)

Thursday, May 19, 2011

STADIUM BARU KELANTAN BAKAL DIBINA


Semua pihak menyambut baik hasrat dan cadangan Kerajaan negeri Kelantan untuk membina sebuah kompleks sukan yang turut memuatkan beberapa ruang solat bagi membolehkan penonton menunaikan tanggungawabjawab selain beriadah melalui kegiatan sukan.

Menurut Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kompleks sukan itu akan dibina di Bukit Merbau, Pasir Putih. Selain membina kompleks sukan yang akan memuatkan sebuah stadium utama, jelas Nik Aziz ia turut memuatkan ruang solat di beberapa bahagian stadium bagi memastikan penonton tidak lupa tanggungjawab masing-masing.

"Saya ingin membuat pengumuman pada hari ini satu berita gembira buat rakyat Kelantan khususnya peminat-peminat sukan tanah air di mana kerajaan negeri Kelantan telah bersetuju untuk membina sebuah kompleks sukan bersekali dengan bandar baru untuk kegunaan aktiviti sukan di negeri ini.

Tuesday, May 17, 2011

Piala FA 2011: Sah 2 pasukan Pantai Timur berentap kali ini...

Kelantan dan Terengganu sah mara ke perlawanan akhir Piala FA musim ini selepas mengatasi lawan masing-masing secara agregat pada perlawanan separuh akhir kedua, malam tadi.

Kelantan layak ke perlawanan akhir dengan agregat 6-2 selepas terikat satu sama dengan Selangor di Kota Bharu manakala Terengganu mara dengan agregat 5-2, setelah mengalahkan Pahang 2-0 di Kuantan.

Ini merupakan kali pertama dua negeri berjiran di sebelah Pantai Timur ini berentap di medan final Piala FA. Pastinya perlawanan ini menjanjikan aksi yang menarik memandangkan kedua-dua pasukan kini berada ditangga atas dalam saingan Liga Malaysia.

Kejayaan merangkul Piala FA amat ditagih kedua-dua pasukan terutamanya Kelantan yang berhasrat menjuarai ketiga-tiga piala berprestij musim ini setelah menjuarai Piala Sumbangsih baru-baru ini.

Saturday, May 14, 2011

Tahniah The Red Warrior.. 11 Jun Jumpa di Bukit Jalil..


Malam tadi di Stadium Shah Alam, Kijang mengamuk meratah Gergasi Merah tanpa belas kasihan. Seawal minit ke-10, Ramzul tenang menolak masuk bola muntah selepas dua percubaan awal Nurul Azwan dan Norshahrul gagal ditangkap kemas penjaga gol Selangor, Saiful Amar Sudar, mengunci sorakan 10,000 penyokong Selangor. Jentera serangan The Red Giants yang diketuai Amri Yahyah, Amirul Hadi Zainal dan Fazli Saari kelihatan tumpul dan pincang.

KELANTAN sudah hampir pasti layak ke final Piala FA setelah membelasah teruk Selangor 5-1 malam tadi dihadapan kira-kira 10,000 penyokong Selangor dan 20,000 penyokong Kelantan. Sebelum ini, Selangor terlepas Piala Sumbangsih kepada pasukan sama, awal tahun ini. Lima jaringan sudah cukup menjadi bekalan selesa pada pertemuan separuh akhir kedua di Kota Bharu, Isnin ini.

Thursday, May 12, 2011

Tiada maknanya cinta kita..?


Kisah ini adalah kisah benar yang berlaku dalam hidupku beberapa tahun yang lalu. Kisah tragis yang membawa aku ke kotaraya ini. Aku mengenali Farhana sejak kecil lagi, kami berjiran. Rumahnya hanya selang 3 rumah dari rumahku. Dialah rakan sepermainanku, dialah temanku ke sekolah. Walaupun usia ku 3 tahun lebih tua darinya, tidak menghalang untuk kami sama-sama mengulangkaji pelajaran. Kalau tidak di rumahku, pasti di rumahnya.

Ayah dan ibu kami tidak pernah menghalang hubungan kami. Hubungan kami sejak kecil berlarutan hingga dewasa. Semakin lama kami semakin akrab, akhirnya aku akur yang sebenarnya aku sangat menyintai dia. Farhana, aku terlalu menyintaimu!”. Hanya itu yang bermain difikiranku setiap hari. Pada suatu hari dihari lahirnya, aku telah menghadiahkannya sebuah kek yang ku buat sendiri khas untuknya. Dia sangat terharu dengan pemberianku yang sungguh istimewa itu.

Wednesday, May 11, 2011

Sejarah Bachok - Bandar Pelancongan Islam

Bachok merupakan salah satu daripada 10 jajahan pentadbiran negeri Kelantan yang terdiri daripada: Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Pasir Puteh, Bachok, Kuala Krai, Machang, Tanah Merah, Jeli dan Gua Musang. Bandar Bachok terletak di sebelah barat daya, lebih kurang 35 kilometer dari Kota Bharu.


Tempat ini lebih dikenali sebagai perkampungan nelayan dengan pantainya yang menarik diantaranya yang terkenal ialah Pantai Irama, Pantai Kandis, Pantai Kemayang, Pantai Melawi dan Pantai Pengkalan Pateh.

Pada masa dahulu sejumlah orang Siam telah datang ke Bachok dan menetap di situ sebagai nelayan. Di antara kampung orang Siam yang terkenal di Bachok ialah Kampung Aril.

Nama Bachok dikatakan berasal dari dua perkataan Siam iaitu Ban dan Choh. Ban bererti kampung dan Choh pula bermakna jala/jaring untuk menangkap ikan. Orang Siam memanggil tempat itu Ban Choh kerana mata pencarian penduduknya tertumpu kepada menangkap ikan. Sebutan Ban Choh akhirnya bertukar menjadi Bachok mengikut loghat Kelantan.


Kononnya pada zaman dahulu kala terdapat sebuah batu menyerupai seekor burung yang seakan-akan sedang terbang dari laut di tepi pantai sepanjang kira-kira 2 kilometer itu. Tempat di mana batu yang dikatakan wujud kini dikenali sebagai Kampung Tok Burong.

Tuesday, May 10, 2011

Sultan berjiwa mulia...


Baginda Sultan Muhammad ke-V Sultan Kelantan Darul Naim apabila ditanya, kenapa ada waktu-waktunya Baginda hanya berpakaian simple seperti berjubah sahaja. Baginda menjawab “Sebab senang.. misalnya apabila azan di masjid boleh terus pergi, tidak terlewat, memakai pakaian yang simple seperti jubah akan lebih cepat dan senang. jika tidak, kita tidak akan dapat mengejar waktu..”

Saya fikir ataupun mungkin ilham, Wallahua'lam. Saya fikir masak-masak, kata-kata ini paling sesuai sebab dengan secara tidak lansung siapa yang cakap perkataan tu mendapat pahala secara automatik... Jawab baginda bila ditanya kenapa pula baginda menukarkan kalimah "Daulat Tuanku" kepada "ALLAHU AKBAR"..

Sayang rakyat, kerajaan naikkan harga gula.. !!

Bemula jam 12 tengah malam tadi, rakyat Malaysia terpaksa membeli gula dengan harga RM2.30 sekilogram yang mana sebelum ini RM2.10 selepas berlaku kenaikan harga sebanyak 20 sen SAHAJA.

Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Mohd Zain Mohd Dom, kenaikan itu selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis Ekonomi (baca: Kerajaaan BN) semalam.

Paling mengejutkan kenaikan berlaku selepas kerajaan menaikan harga petrol RON 97 yang kini dijual dengan harga baru RM2.90 seliter juga sebanyak 20 sen SAHAJA.

Monday, May 9, 2011

Jumpa Tok Guru..


Ahli jawatankuasa Persatuan Anak Kelantan Darul Naim di Selangor dan Kuala Lumpur (PERSADA)mengunjungi Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (Menteri Besar Kelantan) di Rumah Seri Kelantan, Jalan Stonor, Kuala Lumpur pada 7 hb Mei lalu.

Dalam pertemuan hampir sejam itu beberapa agenda telah dibincangkan termasuk mengenai program Munajat Royalti Minyak Kelantan yang bakal di adakan di Lembah Kelang sedikit masa lagi disamping bertemu mata dan bertukar pandangan.

Deligasi diketuai oleh Timbalan Presiden Persada, Tuan Haji Md Zulaimi Kazin.

Lawak petang.. Isteri Tersayang..


Seorang lelaki telah menginap di sebuah hotel di KL. Terdapat sebuah komputer di dalam bilik hotel itu. Dia pun mengambil keputusan untuk menghantar e-mail kepada isterinya.

Malangnya, dia telah tersalah taip alamat e-mail isterinya dan tanpa mengetahui kesilapan itu, dia pun terus menghantar e-mail tersebut. Di sebuah rumah di Kedah pula, seorang janda baru sampai ke rumahnya selepas pulang daripada majlis pengebumian suaminya.

Janda tersebut mengambil keputusan untuk menyemak e-mailnya untuk melihat sekiranya terdapat mesej daripada saudara-mara dan teman-temannya. Selepas membaca e-mail pertama itu si janda tersebut pun pengsan. Anak lelaki janda tersebut pun bergegas ke bilik ibunya dan mendapati ibunya terlentang di lantai dan dia pun membaca mesej di dalam skrin komputer:

Friday, May 6, 2011

Ganjaran Amalan Digandakan Pada Hari Jumaat


JUMAAT adalah hari yang sangat istimewa bagi umat Islam. Ia adalah hari untuk melipatgandakan ibadah kepada Allah.

Umat Islam bukan saja melakukan ibadat harian wajib seperti solat fardu, bahkan Nabi Muhammad saw menganjurkan beberapa ibadat sunat yang dapat menambahkan ketakwaan kepada Allah. Antara ibadah itu adalah:

Membaca surah as-Sajdah pada sembahyang Subuh yang diiringi pula sujud tilawah ke hadrat Allah.

Tiada ganjaran yang lebih besar bagi mereka yang melakukan ibadat ini melainkan syurga Allah. Hal ini seperti sabda Rasulullah bermaksud:

Apabila anak cucu Nabi Adam membaca surah as-Sajdah kemudian mereka sujud kepada Allah, syaitan mengasingkan dirinya dari majlis itu dalam keadaan menangis sambil berkata: "Celakalah aku, anak cucu Nabi Adam diperintah untuk sujud kepada Allah, lantas mereka sujud kepada Allah. Maka, bagi mereka itu balasannya syurga, sedangkan aku juga disuruh untuk sujud kepada Allah, tetapi aku ingkar. Oleh itu, untukku api neraka." (Hadis riwayat Abu Daud)


Membaca surah al-Kahfi.

Ganjaran bagi orang yang membacanya adalah mendapat petunjuk dan pimpinan daripada Allah sepanjang minggu itu.

Hal itu berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud: “Barang siapa yang membaca surah al-Kahfi pada Jumaat, nescaya Allah akan menyinari dirinya dengan cahaya antara dua Jumaat." (Hadis riwayat Baihaqi)

Thursday, May 5, 2011

RON97 naik lagi.. Rakyat makin boTAK... Jangan sampai membeRONTAK...


Khabarnya "Petrol RON97 naik 20 sen lagi menjadi RM2.90" berkuat kuasa hari ini 5 Mei 2011. Walaubagaimana pun, RON95 masih kekal pada harga RM1.90 seliter. Kenaikan ini berpunca daripada kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia. Ada aku kesah.. aku pengguna tetap RON95, naik ler beratus kali pun janji RON95 tak naik..!! Ada aku kesah..!!

Pada 2 April lalu, harga RON97, yang diapungkan mengikut harga pasaran minyak semasa, naik 20 sen ke RM2.70 seliter ekoran krisis Timur Tengah.

Persepsi kita begitulah... tapi sedarkah kita pengguna RON97 sekali lagi menjadi mangsa peningkatan dalam perbelanjaan untuk minyak kereta. Kenaikan sebanyak 20 sen dan kenaikan untuk kali ketiga pada tahun ini... puratanya naik setiap bulan..!! Aku rasa silap-silap RON95 pun boleh naik lagi lepas ni.. adoiyaaiii...

Inilah yang dinamakan pelarasan harga minyak... dalam masa yang sama kemudahan pengangkutan awam masih lagi belum di tahap yang memuaskan...

Tazkirah Pagi: Rezeki & Kesulitan..


Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut.Dengan murung lelaki itu mengadu,"Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?"

Sang Guru menjawab sederhana, "Perbaiki penampilanmu dan rubahlah roman mukamu. Kau tahu, Rasulullah SAW adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah SAW, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya." Lelaki itu tertunduk.

Wednesday, May 4, 2011

Awas.. Jangan Sampai Kamu Jadi Korban Percintaan..!!



Cinta memang tidak pernah mengenali sebarang hukum, peraturan mahu pun undang-undang. Hanya kerana cinta, manusia sanggup melakukan apa sahaja. Dan kerana cinta jugalah, manusia mudah hanyut dibuai perasaan dan tidak menyedari rupanya ia mengundang padah. Berhati-hati dengan setiap perkara yang kamu lakukan...

JANGAN SAMPAI KAMU JADI KORBAN PERCINTAAN..!!

Macam kesah di Kedah dalam paper hari ni hanya kerana enggan berkahwin dengan teman lelakinya, seorang wanita berumur 23 tahun ditikam hingga mati di bilik sewa lelaki itu...

Gadis tersebut Ratna Sufizzah Riyanti Omar ditemui mati pada pukul 11 malam dengan kesan tikaman di perut, dada dan tangan. So, sebelum bercinta fikirkanlah dan buatlah tindakan dengan bijak..

Tuesday, May 3, 2011

BERITA GEMPAR !!!!! Fatwa terbaru ulama... hati-hati pilih jodoh..

HARAM berkahwin dengan gadis satu kampung!

BERITA GEMPAR!!!!! HARAP-HARAP TENANGKAN PERASAAN SEBELUM MEMBACA LAPORAN INI, BAGI YANG TELAH TERLANJUR… APA NAK BUAT!!!!

Haram menikahi gadis satu kampung. JAKIM telah mengeluarkan fatwa baru. Setelah diadakan perbincangan dan diskusi di antara para pemimpin, JAKIM dan ahli ulama’ memberikan fatwa pada tanggal 3 Oktober tahun 2003:

“HARAM HUKUMNYA BAGI SEORANG MUSLIM LAKI-LAKI UNTUK MENIKAH DENGAN GADIS SEKAMPUNG”