Monday, May 9, 2011

Jumpa Tok Guru..


Ahli jawatankuasa Persatuan Anak Kelantan Darul Naim di Selangor dan Kuala Lumpur (PERSADA)mengunjungi Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (Menteri Besar Kelantan) di Rumah Seri Kelantan, Jalan Stonor, Kuala Lumpur pada 7 hb Mei lalu.

Dalam pertemuan hampir sejam itu beberapa agenda telah dibincangkan termasuk mengenai program Munajat Royalti Minyak Kelantan yang bakal di adakan di Lembah Kelang sedikit masa lagi disamping bertemu mata dan bertukar pandangan.

Deligasi diketuai oleh Timbalan Presiden Persada, Tuan Haji Md Zulaimi Kazin.



Haji Zulaimi berharap kunjungan ringkas ini akan dapat merapatkan lagi hubungan antara Kerajaan negeri dengan Persatuan khususnya seluruh Anak Kelantan di Lembah Kelang yang memang sedia wujud selama ini. Kunjungan ini juga bagi memperkenalkan Persada dan peranannya dalam meningkatkan ukhwah anak perantau.

Tok Guru yang kelihatan ceria biarpun agak keletihan meminta seluruh rakyat Kelantan di Lembah Kelang agar sama-sama berjuang dan menyokong agenda pembangunan kerajaan negeri yang terajuinya. Beliau meminta agar perbanyakkan berpuasa sunat dan bersedekah dengan ikhlas sagar Allah memperkenankan doa kita.

Dalam pada itu juga Tok Guru melahirkan rasa gembiranya atas perkhabaran Tuanku Sultan bakal berkahwin tidak lama lagi. Diakhir pertemuan ahli rombongan sempat bergambar dengan Tuan Guru sebagai kenang kenangan.

Inilah keterbukaan yang wujud dalam Persada, dimana setiap ahli dan jawatankuasa akan dilibatkan secara lansung dalam program yang dianjurkan, tidak seperti setengah persatuan lain yang menghadkan pemimpin atasannya sahaja bila berurusan dengan pihak kerajaan negeri, tegas Setiausaha Agong Persada yang ikut bersama deligasi.

Turut hadir dalam pertemuan tersebut adalah Naib-Naib Presiden Persada, Muliazi Yusoff , Ab Hadi Ab Rahman dan Bustaman Hassan, Setiausaha Agong Razali Mat Ail, dan Ahli jawatan kuasa Shukri Ramli.

www.persada.net

No comments: