Tuesday, May 31, 2011

Fikir sepuluh kali kalau nak merogol.. ingat anda mungkin merana sepanjang hayat..


Di Dhaka, Bangladesh seorang wanita berusia 40 tahun bertindak nekad memotong zakar seorang lelaki yang cuba merogolnya, sebelum membawa organ itu ke balai polis sebagai bahan bukti.

Ketika lelaki itu cuba merogolnya, wanita itu bertindak memotong zakarnya dengan pisau, kemudian membungkusnya dengan plastik dan membawa organ itu ke balai polis. Kemaluan lelaki itu kini disimpan di balai polis terbabit, manakala suspek sedang menerima rawatan di hospital.

Fikir sepuluh kali kalau nak merogol.. ingat anda mungkin merana sepanjang hayat..



Berita lanjut..



Mangsa bawa zakar perogol ke balai polis



DHAKA 31 Mei 2011 - Seorang wanita Bangladesh berusia 40 tahun bertindak nekad memotong zakar seorang lelaki yang cuba merogolnya, sebelum membawa organ itu ke balai polis sebagai bukti semalam.

Ketua polis daerah Jhalakathi, 200 kilometer ke selatan Dhaka, Abul Khaer, berkata wanita yang sudah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak itu diserang lelaki terbabit ketika tidur di pondoknya malam kelmarin. “Ketika lelaki itu cuba merogolnya, wanita itu bertindak memotong zakarnya dengan pisau. Dia kemudian membungkusnya dengan plastik dan membawa organ itu ke balai polis Jhalakathi sebagai bukti. Wanita terbabit memfailkan kes mendakwa lelaki itu yang juga berusia 40 tahun dan bapa kepada lima anak, atas kesalahan cuba merogolnya.

Dia juga mendakwa bahawa lelaki itu sering mengganggunya sejak enam bulan lalu.
Kemaluan lelaki itu kini disimpan di balai polis terbabit, manakala suspek sedang menerima rawatan di hospital.

“Kami akan menahannya selepas dia pulih,” kata Khaer. – AFP

No comments: