Saturday, May 14, 2011

Tahniah The Red Warrior.. 11 Jun Jumpa di Bukit Jalil..


Malam tadi di Stadium Shah Alam, Kijang mengamuk meratah Gergasi Merah tanpa belas kasihan. Seawal minit ke-10, Ramzul tenang menolak masuk bola muntah selepas dua percubaan awal Nurul Azwan dan Norshahrul gagal ditangkap kemas penjaga gol Selangor, Saiful Amar Sudar, mengunci sorakan 10,000 penyokong Selangor. Jentera serangan The Red Giants yang diketuai Amri Yahyah, Amirul Hadi Zainal dan Fazli Saari kelihatan tumpul dan pincang.

KELANTAN sudah hampir pasti layak ke final Piala FA setelah membelasah teruk Selangor 5-1 malam tadi dihadapan kira-kira 10,000 penyokong Selangor dan 20,000 penyokong Kelantan. Sebelum ini, Selangor terlepas Piala Sumbangsih kepada pasukan sama, awal tahun ini. Lima jaringan sudah cukup menjadi bekalan selesa pada pertemuan separuh akhir kedua di Kota Bharu, Isnin ini.


Namun begitu rekod cemerlang penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat yang gawangnya tidak dibolosi sepanjang lima perlawanan berturut-turut tercalar apabila Amri Yahyah meledak gol tunggal Selangor pada minit terakhir perlawanan. Apapun tahniah, Apek tetap cemerlang dan terbukti masih kebal mempertahankan benteng Kelantan.

Kelantan bagaimanapun terpaksa akur atas kehilangan dua pemain pertahanan iaitu Mohd Zairul Fitri Ishak dan Mohd Farisham Ismail akibat penggantungan kad kuning dalam perlawanan timbal balik di Kota Bharu, Isnin ini.

kesimpulannya apa yang boleh dikatakan kelantan malam tadi mempamerkan aksi yang sungguh menarik dan corak tektikal yang kemas.. Gomo Kelate Gomo..

11 Jun Jumpa di Bukit Jalil sama ada bertemu Pahang atau Trengganu.. Hidup Pantai Timur..!!

No comments: