Tuesday, May 10, 2011

Sultan berjiwa mulia...


Baginda Sultan Muhammad ke-V Sultan Kelantan Darul Naim apabila ditanya, kenapa ada waktu-waktunya Baginda hanya berpakaian simple seperti berjubah sahaja. Baginda menjawab “Sebab senang.. misalnya apabila azan di masjid boleh terus pergi, tidak terlewat, memakai pakaian yang simple seperti jubah akan lebih cepat dan senang. jika tidak, kita tidak akan dapat mengejar waktu..”

Saya fikir ataupun mungkin ilham, Wallahua'lam. Saya fikir masak-masak, kata-kata ini paling sesuai sebab dengan secara tidak lansung siapa yang cakap perkataan tu mendapat pahala secara automatik... Jawab baginda bila ditanya kenapa pula baginda menukarkan kalimah "Daulat Tuanku" kepada "ALLAHU AKBAR"..



ALLAHU AKBAR..!! Baginda Sultan juga sentiasa memulakan bicara dengan terlebih dahulu melafazkan Bismillahirrahmanirrahim dan AsSalamualaikum kepada setiap pertanyaan wartawan muslim dan salam sejahtera kepada wartawan bukan Islam..

Sesungguhnya pangkat, tahkta dan kedudukan tidak sedikitpun memberi kesan kesombongan dalam diri tuanku.. Semoga Allah SWT sentiasa melimpahkan Hidayah dan RahmahNya terhadap Tuanku dan kerabat tuanku...

Amin...

Catatan ringkas... kelana jaya 10/5/11 jam 5:29 ptg selasa

No comments: