Friday, November 30, 2012

Bolehkah ibu minta anak ceraikan isteri ?


WAJARKAH saya mengikut kehendak ibu yang mahu saya menceraikan isteri gara-gara si isteri bukan pilihan ibu? Apakah yang perlu saya lakukan kerana saya amat menyayangi kedua-dua wanita ini?
JAWAPAN:
Perceraian itu merupakan perkara yang halal tetapi amat dibenci Allah. Maka dalam hal saudara ini, tidak wajib taat pada ibu pada perkara yang bercanggah dengan syariat.
Jika anda dan isteri saling menyayangi maka tiada sebab untuk anda menceraikan isteri. Anda harus menjelaskan dengan terang pada ibu anda.

Wednesday, November 14, 2012

Salam Maal Hijrah 1434H


Salam Maal Hijrah dan Selamat Menyambut Awal Muharam 1434H pada hari Khamis 1 Muharram 1434H bersamaan 15 November 2012M  kepada Seluruh Umat Islam di Malaysia dan Seluruh Dunia khasnya semua pengunjung blog Wacana Minda...



Saturday, November 10, 2012

Lawak Cuti Sekolah..

Boboi bru pulang dari sekolah dan bcerita kpd bapanya yang tidak pernah bsekolah.

Boboi  : "Bapak..tadi saya dimarahi cikgu".
Bapak : "Kamu buat silap apa, Dodo?".
Boboi  : "Tadi saya tak dapat jawab soalan cikgu."
Bapak : "Apa yang ditanya cikgu?".







Sunday, November 4, 2012

Lebih puas lebih jelita..


Gambar sekadar hiasan
Hubungan seks dikatakan mampu mengubati apa jua penyakit yang singgah ke tubuh. Malah, kenyataan ini mulai dipersetujui oleh penyelidik-penyelidik perubatan. Kata mereka, aktiviti seks yang teratur berupaya memperbaiki peredaran darah, menghalang penyakit dan berkemungkinan besar meningkatkan tahap imunisasi badan.


Begitu juga dari sudut emosi. Dipercayai, wanita-wanita yang cukup puas mendapat keperluan jasmani kurang berhadapan masalah tekanan perasaan malah memiliki daya keyakinan diri yang tinggi selain penampilan keseluruhan yang lebih positif. Sebenarnya, apa yang dinyatakan itu hanya sebahagian daripada keseronokan mengadakan hubungan asmara. Ada beberapa keistimewaan melakukan seks selepas berkahwin.


Wajah berseri

Tidak dinafi, kebanyakan wanita berkongsi pendapat yang sama iaitu hubungan seks yang dilakukan secara teratur mampu membuatkan kulit menjadi lebih mulus dan bersinar malah jelita. Benarkah begitu?

Friday, November 2, 2012

Pesanan Untuk Anak-anakku


SUATU ketika, Lukmanul Hakim telah berpesan kepada anak-anaknya. Kata sahabat Nabi yang alim dan bijak berfalsafah itu....

1. Wahai anakku, ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, ramai yang telah karam di dalamnya. Jika engkau ingin selamat, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama takwa, isinya ialah iman dan layarnya adalah tawakal kepada Allah.

2. Wahai anakku, orang yang berasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat serta taat kepada Allah, maka dia itu orang yang tawaduk, lebih dekat kepada Allah dan selalu berusaha menghindarkan maksiat.

3. Wahai anakku, seandainya ibu bapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibu bapamu itu adalah bagaikan baja untuk tanam-tanaman.