Friday, September 30, 2011

Dahsyatnya malam Jumaat..

Malam itu malam Jumaat. Kassim ingin beristirahat awal bersama isterinya, dia fikir dia akan dapat banyak ganjaran jika berbuat begini. Ganjaran paling nyata ialah hakikat dia kini sudah mempunyai lapan orang anak: empat daripada mereka masih kecil lagi. Yang bongsu masih lagi menyusu.

"Malam ini kita tidur awal. Malam jumaat" kata Kasim pada Ani, isterinnya yang sedang menyusu anak bongsu mereka.

" Tak boleh bang. Sebab anak anak kita masih belum tidur, nanti saya tidur kan mereka dulu"

" Baiklah awak uruskan mereka. Abang akan ke bilik sebelah membaca Al-quran" balas Kassim, sambil ke bilik air mengambil wudhuk, setelah mendapat kan songkok. Kitab al-quran dan meminum seteguk air sejuk Kassim bersedia untuk memulakan kerja ibadahnya?

Tuesday, September 27, 2011

Lawak Pagi...

Seorang suami telefon ke rumahnya ketika oustation dan kebetulan yang menjawab panggilan telefon adalah seorang orang gaji..

Suami : Hello, selamat petang. Puan ada?
OG : Selamat petang.Ya, encik boleh saya tolong?
Suami : Siapa ni?
OG : Saya orang gaji kat sini.
Suami : Baru, ke? Sebelum ni saya tak pernah guna orang gaji!
OG : Saya baru je kerja hari ni.
Suami : Oh, yeke. Puan ada kat rumah tak?
OG : Ada, encik, puan tengah tidur. Encik ni siapa?
Suami : Saya suaminya.
OG : La.. sekarang puan tidur dengan siapa pulak ni?
Suami : Apa? Ada lelaki lain yang tidur dengan puan ke?
OG : Ya, encik
Suami : Tak guna!!! (dll. sumpah seranah) Eh, engkau boleh tolong tak? Nanti saya bagi upah RM1 juta .
OG : Boleh.. apa yang boleh saya tolong?

Friday, September 23, 2011

Jumaat: Penghulu segala hari.


Imam Al-Ghazzali berkata bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud "sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari adalah hari Jumaat.Pada hari itu dijadikan Adam a.s. dan pada hari Jumaatlah terjadinya kiamat."
"Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan semulia-mulia hari di sisi Allah."


Imam Al-Ghazzali menambah bahawa Kaab Al-Ahbar (seorang tabien dan ulama yahudi yang memeluk Agama Islam pd zaman Saiyidina Abu Bakar) berkata burung-burung dan haiwan apabila bertemu satu sama lain pada hari Jumaat mengucapkan "Selamat, selamat hari yang baik".Imam Al-Ghazzali juga berkata malam Jumaat mempunyai banyak kelebihan dan disunnahkan pd mereka yg mempunyai isteri bersatu pd malam itu.

Thursday, September 22, 2011

Idah wanita yang dicerai suami


Soalan: Assalamualaikum ustaz, boleh ustaz tolong jelaskan bagaimanakan yang dimaksudkan tempoh idah selepas bercerai bagi seorang wanita. Ada yang berkata tempohnya adalah 3 bulan dari tarikh bercerai atau pun 3 kali suci. Andai kata wanita tersebut telah lepas 3 kali suci tetapi tempoh idah cerainya tidak sampai 3 bulan bolehkah wanita tadi bernikah atau mesti digenapkan masa 3 bulan tersebut barulah wanita tadi boleh bernikah. Penjelasan ustaz diucapkan ribuan terima kasih. Wassalam.

Jawapan:

Idah yang ditetapkan oleh syariat ke atas wanita yang diceraikan suami adalah seperti berikut:

1. Wanita yang diceraikan suami dan ia masih kedatangan haid; idahnya tiga kali suci (dari haid) berdalilkan ayat (bermaksud); “Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid)” (Surah al-Baqarah, ayat 228). Dikecualikan jika ia mengandung, maka idahnya ialah idah wanita mengandung yang akan disebutkan nanti.[1] Maksud tiga kali suci ialah tiga kali suci selepas haid, iaitu; apabila suaminya menceraikannya ketika ia suci itu dikira suci pertama, kemudian ia kedatangan haid, kemudian disusuli suci kedua, kemudian kedatangan haid lagi, kemudian disusuli suci ketiga. Apabila habis sahaja suci yang ketiga iaitu ia kedatangan haid semula, tamatlah idahnya.

Thursday, September 15, 2011

RUMAH TERBUKA SYAWAL PERSADA 25 SEPTEMBER INI (AHAD)


Persatuan Anak Kelantan Darul Naim Di Selangor dan Kuala Lumpur (PERSADA) akan mengadakan majlis rumah terbukanya pada 25 September 2011 ini, di perkarangan pejabatnya di H-G-10, Taman Pinggiran Putra, Seri Kembangan, Selangor. Pelbagai menu istimewa disediakan pihak penganjur.

Seluruh Anak Kelantan dijemput memeriahkan majlis dan bersilaturrahim sesama kita.. kemah sep2 kitoo...


Wednesday, September 14, 2011

Jom menikah di Siam..

Setiap hari, Majlis Agama Islam Narathiwat menikahkan enam pasangan warga asing dan separuh dari negara jiran, Malaysia.

Pendaftar Nikah, Majlis Agama Islam Narathiwat, Bahagian Luar Negara berkata pasangan terdiri pelbagai latar belakang tetapi majoriti golongan pertengahan datang ke daerah ini untuk berpoligami.

Pasangan biasanya mendakwa mengalami masalah peribadi yang tidak dapat diselesaikan menyebabkan mereka datang ke daerah ini sebagai jalan terakhir.

Setiap sijil yang dikeluarkan dari sini selain ditandatangani ia perlu dicop khas dan ia dibuat secara manual, dikeluarkan dalam dua tulisan iaitu jawi dan rumi. Ini bagi memudahkan urusan kita selain mengelak penipuan. Bagimanapun tidak didedahkan secara terperinci statistik pasangan membabitkan warga Malaysia bernikah di situ.


Bagaimanapun, selepas sesi soal jawab dan mereka perlu melengkapkan borang disediakan, kami akan menikahkan mereka mengikut kedudukan jarak perjalanan (marhalah) ujar pegawai berkenaan ketika ditemui. Beliau berkata demikian dalam majlis perjumpaan dengan wakil jabatan agama Islam serta agensi lain dari Kelantan.

Friday, September 9, 2011

Kelebihan Jumaat penghulu segala hari

HARI Jumaat adalah penghulu segala hari atau disebut ‘sayyidul aiyyam’ kerana mempunyai kemuliaan dan keistimewaan di sisi Allah SWT. Bagi umat Islam, hari itu amat berharga dan hari untuk beramal ibadat bagi merebut kelebihan penghulu segala hari.

Berdasarkan penjelasan hadis, hari Jumaat adalah hari pertama kemunculan matahari di dunia, pada hari itu Allah SWT menciptakan Nabi Adam, berlakunya hari Kiamat dan Allah SWT mengizinkan ahli syurga untuk memasuki syurga. Manakala malaikat pula menamakan hari Jumaat penghulu segala hari adalah saat istimewa kerana memberi peluang menilai ketakwaan dan membersihkan dosa.