Thursday, March 31, 2011

Persada lawat Presiden Perakan di HKL



Persatuan Anak Kelantan Darul Naim di Selangor & Kuala Lumpur (PERSADA)sebuah badan NGO yang berteraskan kepada perpaduan dan kebajikan anak Kelantan pagi Ahad 27 Mac lalu telah menziarahi Presiden Persatuan Anak Kelantan Perantaun Malaysia (PERAKAN Malaysia), Cikgu Mohd Radhi Yusof yang terlantar sakit di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Friday, March 25, 2011

Kopi campur gelatin babi : Hati-hati dan pastikan product buatan muslim...



Pastikan product buatan muslim dan dikilangkan dengan standard IMP - Islamic Manufacturing Process.. Kopi Rajawali menepati ciri-ciri tersebut, gunakan tanpa keraguan..!!

Sebuah kedai kopi popular di Johor yang beroperasi sejak kira-kira 70 tahun lalu dan dikunjungi lebih 80 peratus pelanggan beragama Islam rupa-rupanya menghidangkan kopi bercampur gelatin babi.

Perkara menjijikkan itu terbongkar selepas Jabatan Agama Johor (JAJ) menjalankan pemeriksaan terhadap premis itu berikutan aduan orang ramai.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, Datuk Zainal Abidin Osman (gambar) yang dihubungi Harian Metro turut mengesahkan memang ada gelatin babi dalam serbuk kopi disediakan di kedai berkenaan.

“Sampel serbuk kopi dari premis itu diambil untuk dianalisis Jabatan Kimia Johor dan hasilnya, ia positif gelatin babi.

Wednesday, March 23, 2011

Mari adik-kakak pakat tengok orang ddikir..

Konsert Seni Budaya Kelantan akan muncul di Lembah Kelang.. Marilah beramai-ramai..



Jangan ketinggalan...!! Jumpa Ddennung..!!


Minuman rasmi :

Tuesday, March 15, 2011

Kesian Pak Cik Wahab.. dituduh Mat Rempit..!!

Sudah terang lagi bersuluh.. Saman Ekor menyusahkan Rakyat..!!



Lelaki uzur kena saman ekor


Seorang guru agama yang uzur dari Baling, Kedah terkejut apabila menerima saman atas kesalahan menunggang motosikal secara laju di Kilometer 46, Jalan Alor Setar Butterworth tiga tahun lalu.

Abdul Wahab Tampal, 65, yang hanya mampu menunggang motosikal sejauh tidak sampai lima kilometer itu mendakwa dikenakan saman menggunakan motosikal berkuasa di antara 90 hingga 250 kuasa kuda.


Monday, March 14, 2011

Mentaliti Menteri setaraf JKK Kampung..???



Aduii.. camni punya menteri pun ada... kalau nak pembangkang buat pembangunnan bagilah pembangkang jadi kerajaan.. umno dn sekutu jadi pembangkang pulak..

Kerajaan bawa pembangunan, bukan pembangkang - Shahrizat


KUALA LUMPUR 12 Mac - Rakyat terutama di kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dikuasai pembangkang perlu diberi kesedaran dan pengetahuan tentang usaha yang dilakukan kerajaan dalam membantu membangunkan kawasan mereka.

Ketua Pergerakan Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, ini kerana ada rakyat tidak mengetahui bahawa kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) yang membawa pembangunan itu dan masih menganggap wakil rakyat daripada parti pembangkang yang melaksanakannya.

Kita perlu berubah dahulu sebelum mengubah yang lain..

Ahmad Lutfi Othman

Tarikh 8 Mac lalu sepatutnya dirayakan penuh kegembiraan aktivis Pakatan Rakyat. Genap tiga tahun lalu, tsunami politik menggegarkan negara. Lima negeri (enam jika termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) dikuasai Pakatan (yang sebenarnya belum pun terbentuk ketika itu). Buat pertama kali, majoriti dua pertiga BN dinafikan.

Namun, situasi kini sedikit berbeza. Dua hari sebelum itu, kedua-dua calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat tewas dalam pilihan raya kecil Merlimau dan Kerdau, dengan peningkatan majoriti BN. Benar, posisi kerusi tidak berubah. Ia berlangsung di kawasan kubu kuat BN.

Rekod pula menunjukkan sepanjang 16 pilihan raya kecil selepas 8 Mac 2008, kedudukan seri 8:8. Jika BN dapat merebut kembali kerusi Parlimen Hulu Selangor dan Dun Galas, Pakatan Rakyat pula berjaya menguasai kerusi Parlimen Kuala Terengganu dan Sibu. Cuma majoriti BN untuk tiga pilihan raya kecil mutakhir, termasuk di Tenang, semakin meningkat.

Senarai punca kekalahan memang panjang. Sebahagian besar -- malah mungkin semuanya -- sudah dapat dijangka. Cuma Merlimau dan Kerdau terpaksa menyaksikan salahlaku BN yang lebih dahsyat. Ini juga tidak memeranjatkan. Tetapi segalanya tidak dapat disekat oleh undang-undang. Kecewa dengan "permainan kotor BN", ada pemimpin PAS yang menyarankan agar diboikot sahaja pilihan raya.

Sunday, March 13, 2011

Doctor In The House buku lawak ~ KuLi



Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menafikan sekerang-kerasnya termasuk atas nama Allah dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa beliau menggunakan wang ketika pemilihan Umno 1987.

Ketika itu Tengku Razaleigh (gambar) mencabah Dr Mahathir bagi jawatan presiden tetapi tewas tipis.

“Sekai lagi saya dituduh membawa parti ke mahkamah. Saya juga dituduh terlibat dalam politik wang semasa pemilihan parti dalam tahun 1987,” kata Tengku Razaleigh dalam satu kenyataan dikeluarkan malam ini.

Thursday, March 10, 2011

Maafkanlah Mahathir...

Mahathir sukar maafkan Anwar.. OoooOoo...kesahnya... Anwar pula bagaimana ya..?? Apakah Anwar terlalu pemaaf dan terpuji hingga rela memaafkan segala kesalahan Mahathir terhadapnya... dan melupakan segala dosa2 Mahathir itu.. bagaimana dgn tindakan bekas PM itu menfitnahnya dengan pelbagai tohmahan.. menuduh macam2.. terbaru dalam bukunya The doctor in the house..

Siang malam Mahathir duk bantai Anwar.. Kalau aku sorry ler nak maafkan orang macam ni kalau dia buat kat aku.. jumpa kat akhiratlah.. tanggunglah akibat dari perbuatan dia.. apa kau ingat aku takde maruah ker..??

Bagaimana pula dgn kesalahan Mahathir selama 22 tahun perintah Malaysia.. adakah terlalu suci dan tiada dosa dan kesilapan yg beliau lakukan sepanjang memegang tampuk kuasa..??

Sukar atau tidak untuk kita maafkan dia.. terpulanglah..


Sukar Untuk Maafkan Anwar: Dr Mahathir

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, adalah sukar baginya untuk memaafkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas tindakan bekas Timbalannya memburuk-burukkan beliau di mata dunia.

Dalam autobiografinya "A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad" yang dilancarkan Selasa, Dr Mahathir berkata selepas dipecat, Anwar menjelajah ke seluruh negara memberitahu rakyat pemecatannya adalah sebahagian daripada konspirasi untuk menghalangnya menjadi perdana menteri.


Wednesday, March 9, 2011

Skim Kaya Cepat Terbaru... Khas Untuk Wakil Rakyat Sahaja !!

AMAT MUDAH..!!!
Anda Hanya Perlu MELOMPAT DARI PARTI ANDA SEKARANG KEPADA PARTI BARU...





Saifuddin akan dedah MP PKR dibeli RM1.4 juta


Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau akan mendedahkan satu persatu bukti yang diperolehinya berhubung seorang ahli parlimen (MP) parti itu yang melompat kerana dibeli.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Machang ketika ditemui di lobi parlimen hari ini berkata, beliau mempunyai maklumat lengkap berhubung perkara itu dan akan mendedahkan secara berperingkat.

"Kita akan dedah berperingkat-peringkat. Saya pun nak buat macam Datuk Seri Anwar dedah kes VK Lingam," katanya.

Semalam, beliau sewaktu mewakili Ketua Pembangkang membahaskan Titah Diraja, mendedahkan dua salinan cek masing-masing bernilai RM700,000 setiap satu yang didakwa dibayar kepada seorang ahli parlimen PKR untuk lompat parti.

Sekali fikir elok juga kalau PM kita duda... jimat duit rakyat..

Kerajaan tanggung kos lawatan Rosmah (isteri PM) RM134 Ribu

Kos keseluruhan lawatan rasmi isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh ditanggung kerajaan berjumlah RM134,317.76.

Perkara itu dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz dalam jawapan bertulisnya terhadap soalan sama Ahli Parlimen Rasah, Loke Siew Fook dan Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar di parlimen hari ini.

Bagaimanapun,soalan Firdaus sama ada kos itu tersenarai dalam bajet 2011, tidak dinyatakan jawapan.

Dalam penjelasan itu, Nazri berkata rombongan yang diketuai Rosmah itu turut disertai Menteri Wanita, isteri-isteri menteri, menteri besar-menteri besar, ketua menteri serta beberapa pegawai kerajaan.

KAYANYA ANAK MENTERI... BAPAKNYA LAGI KAYA..

KAYANYA ANAK MENTERI... BAPAKNYA LAGI KAYA.. KALAU TAK KAYA MANA MUNGKIN TUNTUT SEBANYAK TU..

Menantu Ketua Menteri Sarawak Fail Tuntutan Fasakh


KUALA LUMPUR: Menantu kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud memfailkan permohonan bercerai secara fasakh dan menuntut mutaah bernilai RM100 juta dan RM300 juta sebagai harta sepencarian.

Datin Sri Shahnaz A. Majid memfailkan permohonan itu terhadap Datuk Sri Mahmud Abu Bekir Taib Abdul Taib Mahmud dan kes itu disebut di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini.


Tuesday, March 8, 2011

Hadiah kemenangan... Tahniah pengundi Kerdau dan Merlimau..

Adakah berita ini merupakan tanda-tanda akan berlakunya kenaikan harga minyak.. sama-sama kita tunggu..

Harga RON95 perlu dikaji semula

KUALA LUMPUR 7 Mac - Harga petrol RON95 perlu disemak semula sekiranya harga pasaran minyak mentah dunia kekal melebihi AS$100 (RM300) setong dalam tempoh lebih tiga bulan.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kepimpinan dan Strategi Asia (ASLI), Datuk Michael Yeoh berkata, kerajaan perlu menilai semula harga tersebut bagi memastikan pemberian subsidi tidak akan meningkat.

''Pada masa ini harga pasaran minyak mentah dunia berlegar melepasi AS$100 (RM300) setong ekoran krisis politik yang melanda Timur Tengah yang merupakan antara pengeluar minyak terbesar di dunia.

''Sekiranya trend kenaikan harga minyak mentah itu berterusan melebihi tiga bulan, kerajaan perlu menimbang untuk menaikkan harga petrol RON95 bagi pasaran tempatan,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada Persidangan Greater KL Bandar Pintar Pada Masa Hadapan di sini hari ini.

Pada masa ini hanya harga petrol RON97 yang didagangkan mengikut harga semasa minyak mentah dunia.