Monday, March 14, 2011
Mentaliti Menteri setaraf JKK Kampung..???
Aduii.. camni punya menteri pun ada... kalau nak pembangkang buat pembangunnan bagilah pembangkang jadi kerajaan.. umno dn sekutu jadi pembangkang pulak..
Kerajaan bawa pembangunan, bukan pembangkang - Shahrizat
KUALA LUMPUR 12 Mac - Rakyat terutama di kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dikuasai pembangkang perlu diberi kesedaran dan pengetahuan tentang usaha yang dilakukan kerajaan dalam membantu membangunkan kawasan mereka.
Ketua Pergerakan Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, ini kerana ada rakyat tidak mengetahui bahawa kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) yang membawa pembangunan itu dan masih menganggap wakil rakyat daripada parti pembangkang yang melaksanakannya.
"Di kawasan Parlimen yang dikuasai pembangkang seperti Kepong ini, yang membawa pembangunan adalah BN, kalau tidak ada perjuangan BN di Kepong tidak akan ada pembangunan pun. Semuanya adalah hasil titik peluh BN di Kepong.
"Siapa yang membawa pembangunan di Kepong, bukan pembangkang tapi BN dan satu hari nanti rakyat akan sedar tentang hakikat ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis Karnival Jalinan Rakyat anjuran Wanita BN Kepong yang dirasmikan Anggota Dewan Negara yang juga Ketua UMNO Kepong Datuk Rizuan Abdul Hamid di sini hari ini.
- Bernama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment