Thursday, March 31, 2011

Persada lawat Presiden Perakan di HKL



Persatuan Anak Kelantan Darul Naim di Selangor & Kuala Lumpur (PERSADA)sebuah badan NGO yang berteraskan kepada perpaduan dan kebajikan anak Kelantan pagi Ahad 27 Mac lalu telah menziarahi Presiden Persatuan Anak Kelantan Perantaun Malaysia (PERAKAN Malaysia), Cikgu Mohd Radhi Yusof yang terlantar sakit di Hospital Kuala Lumpur (HKL).




Rombongan tersebut diketuai Timbalan Presiden Persada En. Ab Hadi Rahman diiringi Setiausaha Agongnya, En Razali Mat Ail, dan ahli jawatan kuasa lain En Muliazi Yusof, En Bustamam Hassan dan Ustaz Mawaridi Abdullah.

Berdasarkan maklumat yang diterima, Cikgu Radhi telah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira sebulan yang lalu. Beliau disahkan mengidap paru-paru berair yang berlebihan sehingga boleh menyebabkan batuk yang berpanjangan.

Meskipun kelihatan masih letih, namun beliau tetap ceria dan bersemangat menyambut kehadiran rombongan kami disamping bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu yang berlaku di Malaysia dan menceritakan keadaan beliau.

Diakhir lawatan, exco kebajikan dan kemasyarakatan Persada, En Bustaman Hassan mewakili seluruh ahli menyampaikan hadiah 2 Keping Dirham Perak Kelantan sebagai simbolik dalam program ringkas tersebut.

Pihak Persada mendoakan agar disembuhkan penyakit dan kesusahan yang menimpa Cikgu Radhi dan berharap beliau dapat terus menyumbang bakti berkhidmat untuk anak-anak Kelantan khasnya dan malaysia amnya.

Catatan : Setiausaha Agong PERSADA

No comments: