Thursday, June 14, 2012

PEMBINAAN LEBUH RAYA RAKYAT BUKTI KELANTAN PERIHATIN

Kenyataan Media

Persatuan Anak Kelantan Darulnaim Di Selangor & Kuala Lumpur (PERSADA)


• Pada 28 Mei 2012 bersamaan 7 Rejab 1433, Kerajaan Negeri Kelantan di bawah kepimpinan Tuan Guru Datuk Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat telah mengadakan upacara pecah tanah merasmikan pembinaan Lebuhraya Rakyat tanpa tol dari Kota Bharu ke Kuala Krai sejauh 73 Kilometer untuk manfaat rakyat dengan anggaran kos RM1.8 bilion. Pembinaan Lebuhraya ini merupakan inisiatif kerajaan negeri setelah cadangan yang dikemukakan sejak Rancangan Malaysia Ke-5 masih “tidak ditunai/ditangguh” sehingga sekarang sekarang tanpa sebarang alasan dan sebab yang munasabah.

Wednesday, June 13, 2012

Artis bertudung meningkat.. Alhamdulillah..!!

Terbaru.. artis yang popular dengan watak komedi, ceria dan giler-giler menerusi siri Dunia Anita dan Trilogi Cinta iaitu Fazurina... sudah mula bertudung.. cantik dan ayu beb..!! sebelum ni pundah ramai dah.. Alhamdulillah.. semoga industri hiburan kita boleh menerima perkembangan ini secara positif.. perkembangan yg sangat baik..

Antaranya seperti Aisyah, Dayangku Intan, Ogy, Diana AmirIrma Harmi, Liza Hanim, Safura, Catriona RossAna Rafali, Siti Nur Diana, Nur Khairiah, Abby Abadi dan ramai lagi lah... yang lain2 tu pun rasanya sedang berkira2 nak bertudung tu.. doa2 lah yer..

Penerbit dan pengarah drama atau filem diharap sedia memperuntukkan watak yang sesuai untuk mereka.. elakkan dari adegan2 yang kurang sesuai dgn penampilan mereka..

Dalam perkembangan yg disiarkan media Fazurina berkata, keputusan itu tidak dipaksa oleh sesiapa sebaliknya ia datang ikhlas daripada hatinya sendiri dan telah lama berniat untuk berbuat demikian.