Monday, July 23, 2012

Selamat Menjalani Ibadah Puasa Ramadan Mubarak..

Perutusan Ramadan 1433 Hijrah



M Rajoli
Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat mengerjakan ibadah Puasa yang bermula hari ini 21  Julai 2012 bersamaan 1 Ramadan 1433H.

Terima kasih juga diucapkan kepada sahabat terutamanya pengunjung blog 'Wacana Minda'.

Semoga ibadah puasa yang bakal kita semua tunaikan selama sebulan ini akan diterima dan dilipatgandakan ganjaran pahalanya oleh Allah SWT... Insya Allah.

Allah berfirman bermaksud: "Hai orang beriman diwajibkan ke atas kamu berpuasa seperti diwajibkan atas orang sebelum kamu supaya kamu bertakwa."(Surah Al-Baqarah, ayat 183).

Ada beberapa peringkat harus diberi perhatian supaya termasuk dalam golongan puasa terbaik. Ini diingatkan junjungan besar Nabi Muhammad SAW dalam sabdanya bermaksud: Berapa ramai orang yang berpuasa mereka tidak mendapat apa-apa balasan melainkan lapar dan dahaga.

Friday, July 6, 2012

Pertahankan diri satu kesalahan serius..??


Kisah seorang surirumah, S. Kalaichelvi yang dijatuhkan hukuman penjara dua tahun kerana membunuh orang yang cuba merogolnya mendapat perhatian banyak pihak.

Ramai yang bersimpati dengan nasib beliau itu dan tidak berpuashati dengan hukuman yang terpaksa beliau hadapi kerana mempertahankan diri dari dirogol.  Namun ada juga yang berpendapat hukuman itu wajar kerana pembunuhan itu dianggap kejam berdasarkan kesan luka kepada kepala perogol itu.

Di Ipoh Isnin lepas, seorang isteri yang cuba dirogol oleh seorang lelaki yang dikenalinya telah dihukum penjara kerana tindakannya menetak perogol dengan parang sehingga menyebabkan kematian.