Tuesday, July 17, 2012

PERSADA Anjur Iftar Amal Rai Anak Yatim & Armalah



Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Persatuan Anak Kelantan Darulnaim Selangor/Kuala Lumpur (Persada) akan mengadakan Majlis Iftar Amal Persada Bersama Anak-anak Yatim dan Armalah pada 04 Ogos 2012 (SABTU) bersamaan 15 Ramadhan 1433H di Hotel Vistana, Kuala Lumpur bermula jam 6 petang.


Sehubungan dengan itu, amat berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat menghulurkan sumbangan kewangan bagi menampung perbelanjaan majlis tersebut. Perbelanjaan adalah merangkumi sumbangan hari raya kepada 30 orang anak-anak yatim dan 15 orang armalah yang akan kita raikan bersama dan juga bayaran buffet mereka berharga RM55/pax.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun BIMB atas nama ‘Persatuan Anak Kelantan Darul Naim Di Selangor dan Kuala Lumpur (PERSADA)’ No. Akaun 16018010017216 atau ce katas nama persatuan. Sebarang pertanyaan sila hubungi Sdr Razali ( S/U) ditalian 017-6242252 atau Sdr Zainuha (Bendahari) di talian 012-3619259.

Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan ikhlas  tuan , semoga sumbangan ikhlas tersebut akan beroleh keberkatan dan mendapat ganjaran pahala daripada Allah SWT.

Sekian Terima Kasih
Kami Yang ikhlas


RAZALI BIN MAT AIL
PENGARAH PROGRAM
Merangkap Setiausaha Agong PERSADA
( 017-624 2252 )

No comments: