Monday, June 29, 2009

Ganjaran Syurga Semarakkan Silaturrahim...

SILATURAHIM memberi pengaruh besar dalam kehidupan. Rugilah orang tidak menjaga hubungan itu, terutama di kalangan mereka yang paling hampir, seperti ahli keluarga, sahabat handai dan jiran tetangga.

Jiran misalnya bukan saja golongan yang paling hampir dengan kita apatah lagi jika kita hidup sebatang kara, bahkan jiran adalah orang paling layak menegur dan memberi nasihat.


Rasulullah s.a.w menjelaskan mengenai ancaman orang yang menyebabkan jiran tetangganya tidak aman tenteram melalui sabda baginda bermaksud:

"Tidak akan masuk syurga seorang yang jiran tetangganya tidak aman daripada kejahatannya." (Riwayat Muslim)

Silaturahim yang dipupuk dari diri sendiri, membawa kepada ikatan kekeluargaan seterusnya diamalkan dalam hidup bermasyarakat mempunyai banyak kebaikan di dunia dan akhirat.

Pernah diriwayatkan, mengenai rumah yang tidak dimasuki syaitan. Antara rumah yang dibenci oleh syaitan ialah rumah yang penghuninya sentiasa menjaga dan menghubungkan silaturahim, menjaga adab dan berbakti kepada orang tuanya.

Selain itu, rumah yang penghuninya terdiri dari pasangan soleh dan solehah serta saling faham memahami dan bertolak ansur, malah suka memaafkan orang lain serta rumah yang sentiasa dipenuhi dengan ucapan salam dan meminta izin.

Rumah sebegini yang dipenuhi dengan amalan mulia, akan memupuk ikatan silaturahim berpanjangan.

Selain itu, pernah juga diriwayatkan daripada Abdul Rahman bin Samurah r.a, Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum diisrakkan..."

Antara mimpi Rasullullah itu ialah baginda melihat seorang dari umatnya didatangi oleh malaikat maut dengan keadaan yang amat menggerunkan untuk mengambil nyawanya. Namun, perbuatan malaikat itu terhalang oleh ketaatan dan kepatuhan umat terbabit kepada kedua ibu bapanya.

Baginda juga bermimpi umatnya cuba untuk berbicara dengan golongan mukmin tetapi mereka tidak membalas bicaranya. Namun, sifat silaturahim dan tidak suka bermusuh-musuhan umat itu menyebabkan golongan mukmin itu menyambut, malah membalas bicaranya.

Untuk menjalinkan silaturahim bukanlah sukar, apatah lagi dengan kemudahan dan kecanggihan teknologi perhubungan terkini yang membolehkan silaturahim dijalin lebih erat, lebih mantap dan kukuh.

Penggunaan telefon bimbit, emel, sistem pesanan ringkas (sms) dan sebagainya banyak membantu untuk bertanya khabar dan mengekalkan silaturahim sesama kita.

Bukan itu sahaja, jarak perjalanan untuk mengunjungi ibu bapa dan sanak saudara boleh dipendekkan dengan sistem pengangkutan yang baik seperti kapal terbang, komuter, LRT dan kereta.

Malah, sistem jalan raya juga bertambah baik dengan pembinaan lebuh raya yang mampu memendekkan masa dan tenaga. Bukankah zaman serba moden seperti ini sepatutnya mengeratkan lagi silaturrahim yang sedia wujud?

Apa yang penting keinginan untuk bersilaturahim diwujudkan oleh sifat diri manusia yang tidak sombong, suka bersedekah, ikhlas dalam setiap perkara, saling kunjung mengunjungi terutama apabila ada kematian, majlis perkahwinan atau ketika sanak saudara dilanda musibah.

Apabila silaturahim antara keluarga dan masyarakat dijaga dengan baik dan utuh, negara juga akan menerima tempiasnya.

Tempias yang baik itu merangkumi ikatan silaturahim yang membentuk pengukuhan dari aspek ekonomi, politik, agama dan sosial.

Ikatan silaturrahim tidak terhenti setakat itu sahaja, malah berlangsung sehingga ke akhir hayat sehingga menjadi perhitungan di akhirat kelak.


Ustaz Zawawi Yusoh
UIAM

Sunday, June 21, 2009

Kedatangan Rejab - 24th of June 2009‏

Sama samalah kita ingat- mengingati amalan mulia yang penuh berkat ini..........

BULAN REJAB

Insyaallah…. Pada 24 Jun 2009 (Rabu) kita akan memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Let's overview ada apa di sebalik bulan Rejab itu. Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda,
"Ketahuilah bahwa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:"
1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt
2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab /Isra Mi'raj (Isnin, 20 Julai 2009) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa
3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt
4.. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (24, 25, 26 Jun 2009) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat
5.. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah
6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga
7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."

Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wan gi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?" Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang memb ac a selawat untuk engkau dibulan Rejab i ni.."

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."

Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"

Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam seperti satu tahun."

p:s Rebutlah 5 perkara sblm dtg 5 perkara

ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮ ﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮ ﻡﻜﻴﻠﻋ ﻢﻼﺴﻠﺍ

Monday, June 15, 2009

ISTIMEWANYA SEORANG WANITA

Susahnya menjadi perempuan Islam, lihat saja peraturan dibawah ini :

Perempuan auratnya lebih susah dijaga dibanding lelaki
Perempuan perlu meminta izin suaminya apabila mau keluar rumah, tetapi tidak sebaliknya,
Perempuan saksinya kurang dibanding lelaki,
Perempuan menerima warisan setengah dari lelaki,
Perempuan perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak,
Perempuan wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat kepada isterinya,
Talak terletak ditangan suami dan bukan ditangan isteri,
Perempuan kurang dalam beribadah karena masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Hakikatnya..

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan disayangi serta disimpan ditempat yang selamat dan terbaik.

Tentunya intan permata tidak akan dibiarkan terserak bukan?
Demikian halnya dengan perempuan dan auratnya.
Perempuan perlu taat kepada suaminya, tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapaknya.

Bukankah ibu adalah seorang perempuan? Perempuan menerima warisan setengah dari lelaki,
tetapi harta itu menjadi milik pribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya. Manakala lelaki menerima warisan, perlu menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anaknya.

Perempuan perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak,tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat dan seluruh makhluk Allah di muka bumi ini, dan jika meninggal karena melahirkan adalah syahid.

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dimintapertanggung jawabnya terhadap 4 perempuan, iaitu isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.

Sedangkan seorang perempuan, tanggung jawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki iaitu suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.
Seorang perempuan boleh memasuki pintu syurga melalui pintu syurga manapun yang disukainya cukup dengan 4 syarat iaitu sholat 5 waktu, puasa di bulan ramadhan, taat kepada suaminya dan menjaga kehormatannya.

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah, tetapi perempuan jika taat kepada suaminya serta menunaikan tanggung jawabnya kepada Allah, akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berjihad tanpa perlu mengangkat senjata.

Masya Allah....begitu sayangnya Allah kepada seorang yang bergelar perempuan.

// petikan dari e-mail .. terima kasih pengirim..