Wednesday, September 14, 2011

Jom menikah di Siam..

Setiap hari, Majlis Agama Islam Narathiwat menikahkan enam pasangan warga asing dan separuh dari negara jiran, Malaysia.

Pendaftar Nikah, Majlis Agama Islam Narathiwat, Bahagian Luar Negara berkata pasangan terdiri pelbagai latar belakang tetapi majoriti golongan pertengahan datang ke daerah ini untuk berpoligami.

Pasangan biasanya mendakwa mengalami masalah peribadi yang tidak dapat diselesaikan menyebabkan mereka datang ke daerah ini sebagai jalan terakhir.

Setiap sijil yang dikeluarkan dari sini selain ditandatangani ia perlu dicop khas dan ia dibuat secara manual, dikeluarkan dalam dua tulisan iaitu jawi dan rumi. Ini bagi memudahkan urusan kita selain mengelak penipuan. Bagimanapun tidak didedahkan secara terperinci statistik pasangan membabitkan warga Malaysia bernikah di situ.


Bagaimanapun, selepas sesi soal jawab dan mereka perlu melengkapkan borang disediakan, kami akan menikahkan mereka mengikut kedudukan jarak perjalanan (marhalah) ujar pegawai berkenaan ketika ditemui. Beliau berkata demikian dalam majlis perjumpaan dengan wakil jabatan agama Islam serta agensi lain dari Kelantan.



Selain warga Malaysia, daerah ini turut menjadi tumpuan Vietnam, Cambodia malah pasangan dari Timur Tengah turut berkunjung ke wilayah ini untuk bernikah.

Majlis Agama Islam Narathiwat bagaimanapun tidak menikahkan pasangan khusus dari Malaysia di bawah umur berusia 18 tahun ke bawah bagi lelaki dan 16 tahun ke bawah bagi perempuan, tetapi atas sebab tertentu ia dibolehkan. 33 ahli jawatankuasa (AJK) saja diberi tauliah menikahkan pasangan mahu berkahwin.

Mengenai sindiket pemalsuan sijil pernikahan membabitkan wilayah berkenaan, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang aduan atau bukti berhubung perkara itu, bagaimanapun meminta pihak berkuasa Malaysia sekiranya ada menerima laporan perlu segera memaklumkan kepada pihaknya untuk tindakan lanjut.


Beliau menasihatkan wanita yang ingin berkahwin menggunakan perkhidmatan majlis itu supaya mengetahui kedudukan sebenar supaya tidak tertipu pasangan mereka.


Kita sentiasa menjalinkan kerjasama dengan kerajaan Malaysia khususnya Majlis Agama Islam Kelantan dalam memastikan perkara berkaitan dengan perkahwinan membabitkan pasangan dari Malaysia dapat diatasi sebaik mungkin.

Di wilayah Narathiwat mempunyai penduduk Islam lebih 600,000 orang serta mempunyai 632 Masjid.


Majlis Agama Islam di sini berjaya menyelesaikan lima kes sehari dan kebanyakan 80 kes membabitkan masalah nikah kahwin, pembahagian harta pusaka dan sebagainya berjaya diselesaikan di sini.

Majlis Agama Islam Narathiwat mempunyai 33 AJK dan 14 pegawai.

//berita dunia

No comments: