Tuesday, May 10, 2011

Sayang rakyat, kerajaan naikkan harga gula.. !!

Bemula jam 12 tengah malam tadi, rakyat Malaysia terpaksa membeli gula dengan harga RM2.30 sekilogram yang mana sebelum ini RM2.10 selepas berlaku kenaikan harga sebanyak 20 sen SAHAJA.

Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Mohd Zain Mohd Dom, kenaikan itu selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis Ekonomi (baca: Kerajaaan BN) semalam.

Paling mengejutkan kenaikan berlaku selepas kerajaan menaikan harga petrol RON 97 yang kini dijual dengan harga baru RM2.90 seliter juga sebanyak 20 sen SAHAJA.


Walaubagaimanapun biasalah, alasan skema kerajaan 1Malaysia yang kita cintaik.. harga gula kita lebih rendah berbanding negara serantau, termasuk Indonesia, Singapura, Thailand dan Fillipina. Juga lebih rendah berbanding Fiji, Amerika, Jepun, Korea, German, Pakistan, Afganistan, Tanjung Rambutan dan Gohek Gostan....

Apa nak kesah sangat... gula kan merbahaya, makanan beracun, pembawa penyakit.. lagi naik lagi baik.. rakyat tak payah ler beli.. minum air suam lagi bagus, elakkan kencing manis.. BADAN SIHAT WANG JIMAT..!!

Demi sayangkan rakyat, kerajaan sanggup tak popular dengan naikkan harga gula... pasni tengok dijamin harga garam pula akan naik bagi elakkan rakyat Malaysia kena darah tinggi..

No comments: