Wednesday, December 22, 2010

Kelantan anjur Nikah Perdana bantu golongan belia

Satu lagi langkah murni kerajaan negeri membantu belia yang ingin berumah tangga.. sekurang-kurangnya yang tidak mampu boleh berkahwin dan mengelakkan dari maksiat.. lepas tu nak kena pikir pulak macamana nak 'pegho' anak orang.. nak bagi makan.. pas setahun dpt anak nak bagi makan anak pulak..?? Jika kita benar-benar ikhlas dan yakin dengan rezeki Allah, insyaAllah kita mampu melayari hidup dengan baik.. Selamat Pengantin Baru kepada semua peserta.. ingat nak register jugak tapi borang dah habiss...


Kerajaan negeri akan menganjurkan program perkahwinan perdana yang julung kali diadakan di Kelantan pada 25 Disember ini dengan memperuntukkan sebanyak RM300,000 bagi tujuan itu.

Peruntukan itu termasuk membiayai mas kahwin, jamuan dan peralatan perkahwinan. Seramai 100 pasangan akan mengambil bahagian pada program itu yang akan dirasmikan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.


Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan, Wan Ubaidah Omar berkata, program berkenaan berkenaan diadakan lebih berbentuk kebajikan bagi membantu golongan belia dan beliawanis berkahwin.

Menurutnya, mas kahwin sebanyak RM1,000 disediakan kepada pasangan terbabit. Katanya juga pasangan orang kelainan upaya (OKU) turut mengambil bahagian.

“Kita juga berusaha mendapatkan Emas Dinar sebagai sebahagian dari mas kahwin pada majlis berkenaan,” katanya.

Wan Ubaidah berkata, program berkenaan diadakan bertujuan memberi galakan kepada golongan muda berkahwin bagi mengelakkan mereka terjebak dengan gejala kurang sihat.

Menurutnya mas kahwin sebanyak RM1,000 dicadangkan Menteri Besar supaya umat Islam mendapat keberkatan.

“Jangan menyusahkan soal perkahwinan kerana mas kahwin yang terlalu tinggi boleh mengundang gejala tidak sihat,” ujarnya.

Pada majlis berkenaan pengantin lelaki akan berkumpul di Masjid Muhammadi bermula jam 7 pagi. Kemudian mereka akan diiringi perarakan motosikal klasik dan Persatuan Kereta Viva Kelantan ke Putik.

Manakala pengantin perempuan akan menunggu pasangan masing-masing di Putik. Majlis akad nikah akan disempurnakan Tuan Guru Nik Abdul Aziz.


//harakahdaily.net

No comments: