Monday, September 20, 2010

Bebaskan Umi..

Marilah kita pakat bantu saudara kita yg memerlukan bantuan... Umi budak jjuruh dan kita yakin beliau tidak bersalah.. beliau teraniaya... org teraniaya wojib kita tulong..

Berita lanjut;

Seorang mekanik bercadang memohon pengampunan bagi membebaskan anak perempuannya yang sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup di China sejak tiga tahun lepas kerana menyeludup dadah ke republik itu.

Mohd Lazim Jusoh, 53, berkata sehubungan itu, beliau memerlukan kerjasama dan bantuan kewangan daripada pelbagai pihak, termasuk Wisma Putra di Kuala Lumpur bagi membebaskan Umi Azlin, 26.

“Saya tidak mampu menanggung sendirian kerana ia memerlukan perbelanjaan yang besar, sekurang-kurangnya lebih RM10,000,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pasir Puteh hari ini.

Mohd Lazim berkata beliau bercadang mengemukakan permohonan itu tidak lama lagi.

Umi Azlim sebelum ini dijatuhkan hukuman mati kerana kesalahan menyeludup dadah ke China, bagaimanapun, Mahkamah Tinggi Undang-undang Jenayah Guangzhou meringankan hukuman itu kepada penjara seumur hidup.

Bekas penuntut jurusan Sains Biologi di Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu didapati bersalah menyeludup 2,983 gram heroin di Lapangan Terbang Shantao empat bulan selepas menamatkan pengajiannya, dan telah dijatuhkan hukuman mati pada 15 Mei 2007.

Mohd Lazim turut melahirkan rasa terkilan apabila tidak dapat menghubungi anak sulungnya itu sempena Hari Raya Aidilfitri selepas setahun terputus hubungan.

Beliau berkata Umi Azlin pernah menghubunginya pada awal tahun lepas dan bertanyakan khabar mengenai perkembangan adik-adiknya di sini.

“Mungkin ketika ini talian sibuk sempena perayaan, jadi saya sukar untuk menghubunginya kerana terpaksa melalui beberapa halangan, termasuk di China,” katanya. – Bernama

Ahli-ahli Persatuan Anak Darulnaim Selangor dan Wilayah Persekutuan (PERSADA) dan orangramai yang bersimpati diminta membuat sesuatu untuk membantu Bapa Umi Azlin bagi mendapatkan sumber kewangan bagi meringankan bebannya.

Difahamkan PERSADA akan menubuhkan tabung bagi membantu Mohd Lazim, bapa kepada Umi Azlin bagi meringankan bebannya. Sumbangan boleh juga dibuat terus kepada akaun CIMB Bank atas nama Mohamad Lazim Jusoh nombor 030 6000 0297 207.

No comments: