Monday, January 25, 2010

Tok Pa dulu perlu ketepikan sentimen politik

Hari ini Tok Pa minta Kelantan ketepikan sentimen politik untuk berunding berkaitan wang ehsan pusat. Rakannya Datuk Awang Adek mempelawa Kelantan menghantar wakilnya ke jawatan kuasa Wang ehsan yang ditubuhkan Kerajaan Pusat.

KOTA BHARU: Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed meminta Kerajaan Kelantan mengenepikan sentimen politik dalam rundingan pemberian wang ihsan demi kepentingan dan kebajikan rakyat.

Beliau berkata, pemimpin PAS tidak harus mengamalkan konfrantasi politik berterusan tanpa mengira masa."Yang penting rakyat mendapat faedah dalam bentuk apa sekalipun," katanya kepada pemberita pada majlis penutup pertandingan boling Jabatan Pembangunan Persekutuan, di sini hari ini.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menolak tawaran Kerajaan Pusat menyertai jawatankuasa rundingan pemberian wang ihsan yang akan diagih kepada rakyat dalam masa terdekat.Mustapa berkata, pemimpin politik perlu menggunakan pendekatan yang positif dalam menangani isu itu demi kepentingan rakyat.

"Tujuan kerajaan menjemput wakil kerajaan negeri menyertai jawatankuasa pengagihan wang ihsan itu menunjukkan sikap terbuka Kerajaan Pusat demi untuk kepentingan rakyat negeri ini," katanya. - BERNAMA

Kalau betul-betul 'bersikap terbuka'.. ayuh kita berunding tentang ROYALTI. Tok Pa orang Kelantan takkan tak mahu lihat Kelantan mendapat haknya. Tok pa lah yang perlu berbesar hati dan 'bersikap terbuka' bukannya terus menyalahkan Kerajaan negeri..

Tok Guru dengan tegas menolak cadangan itu, beliau tidak akan menghantar wakil malahan turut menghalang sesiapa sahaja exco, pegawai kerajaan negeri daripada terlibat dalam jawatan kuasa yang dibentuk. Tepat tindakan Tok Guru, kalau dah tolak wang ehsan buat apa terhegeh hantar wakil. Kita perlu komited untuk berusaha mendapatkan royalti.. kita mahu royalti bukannya wang sedekah dari pusat..


Kelantan pulau wang ehsan, tidak akan hantar wakil

KOTA BHARU, 24 Jan: Kerajaan Kelantan menolak tawaran Pusat untuk melantik wakil kerajaan negeri dalam jawatankuasa pemantau wang ehsan di Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) negeri.Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan demikian pada sidang media selepas menerima kunjungan 45 peserta ekspedisi penyerahan memorandum menyokong tuntutan royalti petroleum oleh PAS Kawasan Batu, Kuala Lumpur, di JKR 10, di sini petang ini.

“Kalau dijemput semata-mata untuk menerima wang ehsan, saya tidak akan pergi dan benarkan, 100 peratus kerajaan Kelantan akan tolak,” ujarnya.Ianya sebagai mengulas cadangan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin, yang mendakwa akan menubuhkan jawatankuasa pembangunan wang ehsan di peringkat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP).

Menurut Nik Aziz lagi, lebih penting dari penubuhan jawatankuasa itu adalah memastikan dahulu bentuk perundingan yang ingin dibuat sama ada rundingan soal royalti atau wang ehsan.“Kalau nak beri wang ehsan tak payah rundinglah, sebab dia paksa kita.“Saya tidak akan terima wang harta Kelantan,” ujarnya.

Tuan Guru sekali lagi menjelaskan kerajaan Kelantan menuntut royalti mengikut landasan Islam, di mana Allah memberikan hasil bumi seperti logam, emas, batu, besi dan sebagainya termasuk minyak adalah di bumi Kelantan.“Sesiapa yang mengambil hak orang lain, dia akan berdosa dunia akhirat, di dunia dia dikutuk dan didoa musnah oleh rakyat Kelantan, di akhirat dia akan dimamah oleh api neraka.“Mereka sebelum ini mendakwa Kelantan tiada hak, tetapi sekarang ada hak, cuma dengan nama ehsan, kita berdoa pada Allah, sama ada awak (pemimpin Umno) nak kata ada hak atau tak ada hak, petrol ni tak ada di Kuala Lumpur,”ujarnya.

Sambungnya lagi, petrol berkenaan hanya ada di Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak.
Bagaimanapun kerajaan pusat didakwa mengaku kesemua itu hak mereka dan menafikan hak negeri.
Jelasnya, lebih malang lagi wang ehsan tersebut akan diberi kepada rakyat melalui JPP seolah-olah Kelantan tiada kerajaan.“Beri wang ehsan tersebut pada Kerajaan Kelantan kerana rakyat dia ada kerajaan, ada bendera sendiri, ada Menteri Besar, ini mengarut kerana mereka terlampau bertuhan kepada duit,”ujarnya lagi."Kalau inginkan wang hasil minyak dari Kelantan, minta dari kerajaan negeri yang ada sekarang dan bukannya negeri ini memohon wang ehsan dari Kerajaan Pusat," katanya.

sumber: harakahdaily

Royalti Minyak Milik Kita.. Tolak wang Ehsan.. Wang ehsan tiada dalam perjanjian...

1 comment:

ONE BILLION RISING FUND said...

Selamat hari semua orang,

Ini untuk memberi tahu masyarakat umum bahwa ONE BILLION RISING FUND saat ini menawarkan Pinjaman jangka panjang dan jangka pendek kepada badan-badan perusahaan dan koperasi yang secara serius memerlukan dukungan finansial untuk meningkatkan bisnis atau kebutuhan keuangan lainnya dengan tingkat suku bunga rendah. untuk segala bentuk pinjaman keuangan, di bagian manapun di dunia Ini terjangkau, dengan suku bunga rendah, fasilitas dijamin, Mari kita memiliki aplikasi Anda sekarang dengan rincian Anda untuk diproses lebih lanjut hubungi kami dengan informasi berikut di bawah ini.
via email: onebillionrisingfund@gmail.com
BBM: D8E814FC