
Disamping menunaikan kewajipan kepada Allah, menunaikan hak dan kewajipan kepada suami juga merupakan hal yang tidak boleh diabaikan oleh seorang wanita.Tertunainya hak dan tanggungjawab suami barulah akan turun keredhaan dan rahmat Allah kepadanya.
Wanita semestinyalah mengamalkan sikap taat dan bertakwa kepada Allah, bertanggungjawab kepada suami dan menjaga kehormatan dirinya. Semoga dengan itu, akan mudahlah mereka mendapat rahmat dan keredhaan Allah. Rahmat dan redha Allah itulah yang akan menjamin kebahagian hidupnya di dunia dan di akhirat. Isteri adalah pusat dan sumber kebahagiaan dan ketenteraman di dalam sebuah rumahtangga. Ia perlu mempunyai sifat-sifat sabar dan perhatian yang sepenuhnya kepada suami dan anak-anak.Yang bergelar isteri dan akan melahirkan zuriat seterusnya akan menjadirole model pada anak-anak.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:" Tiap isteri yang keluar rumah tanpa izin suami, tetapi berada dalam murka Allah, sehingga ia kembali ke rumahnya atau dimaafkan oleh suaminya (sedangkan diriwayat dilain riwayat diterangkan): Dikutuk oleh malaikat di langit serta apa saja yang berada di bumi sehingga ia kembali." ( HR Khatib)
"Kamu sampaikan kepada perempuan yang kamu jumpa, bahawa taat kepada suami, dan mengakui hak-hak suami, sama pahalanya dengan berperang dan bertempur dengan musuh-musuh Islam di medan pertempuran, tetapi sedikit sangat daripada isteri-isteri yang menyempurnakan hak-hak suami mereka." (HR:Al Imam Bazzar)
//renung2kanlah wahai para Isteri... tak perlu tunggu suamimu sehebat Ali.. berusahalah menjadi isteri semulia Fatimah..
No comments:
Post a Comment