Hati-hati isteri jika suamimu lelaki Kelantan.. sebab trend terkini memungkinkan suamimu beralih arah kepada mek-mek Siam atau minah-minah Indon...
Apa yang penting tunaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri sebaik mungkin, beri layanan sebaiknya, jagalah apa yang perlu dijaga, berikan servis terbaik.. insyaAllah suami anda akan tetap setia..
Hari ini 22/03/2010
4,894 rakyat Kelantan kahwin warga asing
KOTA BHARU- Jabatan Imigresen Negeri Kelantan berjaya mengesan 4,894 rakyat Kelantan yang berkahwin dengan warganegara asing pada 2009. Pengarahnya, Che Bahrom Hamzah, berkata, jumlah berkenaan didapati sedikit menurun berbanding pada 2008 yang mana seramai 4,971 orang dan 4,342 orang lelaki dan perempuan rakyat Kelantan yang berkahwin dengan warganegara asing pada tahun 2007. “Penurunan ini bagaimanapun terlalu sedikit dan masih jelas menunjukkan rakyat Kelantan meminati pasangan hidup berbangsa asing termasuk dari Thailand dan Indonesia,” katanya kepada Sinar Harian, di pejabatnya, di sini, semalam. Beliau berkata, faktor yang mendorong rakyat Kelantan berkahwin dengan warga Thailand dan Indonesia berikutan kedudukan negara itu yang berjiran dan dekat dengan negeri ini. “Biarpun mereka mengetahui risiko perkahwinan dengan warganegara asing, rakyat Kelantan dilihat masih cenderung memilih pasangan hidup dengan bangsa asing apabila jumlah perkahwinan dengan warganegara itu dilihat masih menunjukkan peningkatan setiap tahun,” katanya. Menurutnya, banyak risiko yang dihadapi kebanyakan rakyat di negeri ini apabila mendapati pasangan yang menyalahgunakan perkahwinan itu untuk kepentingan mereka termasuk mendapatkan taraf kerakyatan di negara ini. Beliau tidak menafikan, ada kes membabitkan pasangan hidup warganegara asing yang melarikan diri ke negara masing-masing apabila berlakunya pergaduhan terutama warganegara Thailand dan Indonesia. Che Bahrom berkata, apabila terdapat pergaduhan, warga Thailand dan Indonesia ada yang lari (balik) ke negara masing-masing memandangkan jarak negara yang dekat. “Mereka meninggalkan isteri atau suami dengan anak-anak tanpa mempedulikan keluarga yang ada di Kelantan. “Bagaimanapun, ada juga di kalangan rakyat Kelantan yang berkahwin dengan pasangan warganegara asing memiliki perkahwinan yang bahagia,” katanya. Beliau menasihatkan rakyat di negeri ini membuat pilihan yang tepat, bukan berkahwin atas dasar paras rupa semata-mata bagi mengekalkan perkahwinan.
//Sinar Harian
Laporan seterusnya...
Jerutan cinta Siam
KOTA BHARU - Jumlah rakyat Kelantan sama ada lelaki atau wanita yang berkahwin dengan warga asing didapati meningkat setiap tahun dengan warga Thailand dan Indonesia menjadi pilihan utama.
Pengarah Jabatan Imigresen Negeri Kelantan, Che Bahrom Hamzah berkata, melalui rekod pihaknya, seramai 4,342 orang lelaki dan wanita Kelantan berkahwin dengan warganegara asing pada 2007 dan 4,971 orang pada 2008 manakala pada tahun lalu sebanyak 4,804 orang.
"Walaupun jumlah perkahwinan menurun tahun lalu, namun ia hanya sedikit dan masih menunjukkan rakyat Kelantan meminati pasangan hidup daripada warganegara asing," katanya.
Che Bahrom berkata, warga Thailand dan Indonesia menjadi pilihan kerana selain soal rupa paras, kemungkinan faktor kedudukan negara yang berjiran dan berhampiran turut menjadi punca.
Bagaimanapun, beliau berkata, kes perkahwinan wanita Kelantan dengan lelaki asing lebih banyak menimbulkan risiko ekoran terdapat warga asing yang berkahwin dengan orang tempatan semata-mata mahu mendapatkan taraf kerakyatan negara ini.
//Kosmo Online
No comments:
Post a Comment