Monday, June 16, 2008

Alin mangsa jenayah ragut


Personaliti TV3, Norazlina Redzuan, 36, cedera akibat terjatuh dan diseret sejurus beg tangan miliknya diragut dua penjenayah bermotosikal ketika berjalan keluar dari sebuah kedai di Seksyen 5, Wangsa Maju kira-kira jam 6 petang Jumaat lalu.

Menurutnya, dia sama sekali tidak menyangka menjadi mangsa ragut ketika berjalan keluar dari kedai itu.

“Saya benar-benar tergamam dan terkejut. Tindakan peragut itu menyebabkan saya hilang pertimbangan lalu terjatuh ke atas jalan dan terseret.

“Saya akhirnya terpaksa membiarkan penjenayah merampas beg tangan sebelum mereka memecut melarikan diri. Saya membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju berhubung kejadian itu,” katanya.

“Malah, sehingga kini saya masih trauma, apatah lagi terdengar bunyi motosikal,” katanya yang akan memulakan tugas hari ini selepas mengambil cuti singkat berikutan kejadian berkenaan.

Katanya, dia kehilangan sejumlah wang, telefon bimbit, kamera, kad kredit dan kad pengenalan yang disimpan dalam beg berkenaan.

Bagaimanapun, apa yang paling menyukarkannya ialah kehilangan telefon bimbit yang menyimpan banyak nombor telefon kenalan dan rakan setugas.

“Bagaimanapun saya bersyukur kerana ibu tidak menjadi mangsa dalam kejadian itu,” katanya.


Pasti ramai tertanya-tanya kenapa aku memilih berita kejadian ragut yang menimpa personaliti TV3 ini. Sedangkan ramai lagi mangsa ragut yang lain.

Sebenarnya bukanlah semata-mata kerana dia cantik, masih single atau sebab-sebab lain tetapi memandangkan beliau adalah kawan aku. Dia merupakan bekas 'classmate' aku zaman sekolah menengah dulu. Itulah sebabnya..!
Bangga jugak ler aku sebab dia sekarang ni 'public figure' ..

Apapun aku doakan Alin sentiasa tabah dan sabar dalam megharungi dugaan dan cabaran dalam kehidupan.

No comments: