Friday, August 5, 2011

Akok - pembuka selera ketika berbuka..


Kuih AKOK merujuk kepada sejenis kuih tradisional yang popular di Malaysia, terutama di Kelantan. Kuih akok biasanya dibuat berbentuk bujur, berkedut dan mempunyai rasa yang agak manis, biasalah kuih Kelantan kan manis-manis. Kuih akok agak melekit dan boleh dimakan begitu sahaja tanpa tambahan kuah atau bahan lain.

Pada kebiasaannya akok bewarna hijau pucat dan semakin banyak putih telur diguna, lebih sedap, dan menghasilkan lebih banyak kedut. Bulan puasa ni akok cukup popular dan agak senang diperolehi terutamanya di bazar-bazar Ramadhan dimerata tempat.



Kuih akok amat popular di Kelantan dinegeri kelahirannya, dan ia juga popular di negeri lain di Malaysia memandangkan ia sudah terkenal serata negara dibawa oleh peniaga-peniaga makanan dari negeri Cik Siti Wan Kembang ini ke negeri-negeri lain.

Akok biasanya dihasilkan bagi jualan harian. Akok biasanya tidak tahan lama, dan perlu didinginkan untuk disimpan lebih lama. Pada kebiasaannya ia dihasilkan berbentuk bujur dan bewarna hijau. Disebabkan ia tidak tahan lama, akok tidak dibuat bagi jualan komersial, dan biasanya ia dihasilkan hanya bagi kegunaan sendiri, atau jualan runcit menurut tempahan, bukan untuk tujuan borong.


Akok biasanya kurang digemari oleh golongan muda kerana ia agak manis. Akok sesuai untuk dijadikan sebagai makanan petang kerana ia mudah dihidangkan, tidak melerai dan rasanya sedap. namun sekarang akoklah manis sangat sebab gula pun dah naik harga.

sekian adanya...

No comments: