
Thursday, September 10, 2009
Wednesday, September 9, 2009
PERSADA anjur Majlis Iftar erat Persaudaraan Anak Darulnaim
Erat Silaturrahim Anak Darulnaim – Walaupun tanpa pemimpin besar yang hadir, Majlis Iftar Warga Komuniti Persada.Net (Persaudaraan Anak Darulnaim) berjaya diadakan di Hotel Vistana, Kuala Lumpur pada 8 September 2009/ 18 Ramadhan 1430H.
Yang hadir terpancar wajah kecerian dan terserlah kemesraan bergurau senda sesama sahabat yang lama tak jumpa disebabkan kesibukan tugas masing².
Terima kasih kepada penyumbang-penyumbang kepada Majlis Iftar kita terutamanya YB Dato’ Wan Rahim Wan Abdullah, Ahli Parlimen Kota Bharu; YB Salahuddin Ayub, Ahli Parlimen Kubang Kerian; YB Dato Husam Musa, ADUN Salor; Tuan Haji Mohd Apandi Mohamad, bekas Ahli Parlimen Jeli; Sdr Mazlan dari Machang; Ahli Parlimen Pasir Puteh, Ustaz Muhammad Husin. Walaupun mereka tidak dapat hadir. Semoga dimurahkan rezeki dipanjangkan usia.
Subscribe to:
Posts (Atom)