Saturday, July 20, 2013

Fadilat Ramadan & Hikmah Berpuasa

PUASA bulan Ramadan adalah salah satu rukun Islam. Setiap detik sepanjang bulan Ramadan adalah sebaik-baik masa dan sebaik-baik hari di atas muka bumi ini.
Allah telah memberikan kelebihan yang banyak kepada bulan Ramadan berbanding dengan bulan-bulan yang lain.
Rasulullah S.A.W bersabda yang ertinya : “Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadan diikat semua syaitan dan jin-jin yang derhaka, ditutup semua pintu neraka dan tidak dibuka walau satu pintu, dan dibuka pintu-pinta syurga dan tidak ditutup walaupun satu pintu.
Penyeru pun menyeru: “Wahai orang yang mengharapkan kebaikan! Terimalah. Wahai orang yang mengharapkan kejahatan! Brhentilah, dan (yang ikhlas) kerana Allah dibebaskan daripada api neraka dan (penyeru itu akan menyeru) pada setiap malam Ramadhan”. - (Riwayat at-Tirmizi dan Ibnu Majah)

Monday, May 20, 2013

Panduan Bercinta Dengan Suami Orang..


1. SI DIA TIDAK AKAN BERANI MEMBUAT SEBARANG KOMITMEN DENGAN KAMU
Seorang lelaki yang tidak bahagia dalam rumah tangganya akan pasti terasa amat gembira dengan kehadiran kamu apatah lagi dia terasa dirinya diberi sepenuh perhatian yang mungkin tidak diperoleh dari isterinya sendiri. Pasti saban masa dia akan melahirkan rasa bahagianya berada di sisi kamu. Ini mungkin kelihatan seperti komitmen terhadap masa depan kamu. Tapi, percayalah itu hanyalah kata-kata manis sekadar untuk mendapatkan cinta kamu saja!


Tuesday, May 14, 2013

Sebungkus nasi lemak 2 biji kueh untuk mesyuarat exco..




Hari ini adalah mesyuarat pertama Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang setelah berjaya mempertahankan Pulau Pinang pada PRU 13 yang lalu.

Para ahli Exco termasuk SUK, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri hanya disediakan sebungkus nasi lemak, kueh gulung, dan karipap, sepiring buah segar dan susu cultured"...

Amat berhemah dan jimat (kedekut..?) sekali pentadbiran Negeri Pulau Pinang pimpinan YAB Sdr Lim Guan Eng.


Friday, March 8, 2013

Makna Politik

Seorang murid sekolah rendah mendapat kerja rumah dari gurunya untuk menerangkan erti "politik". Kerana belum memahaminya, ia kemudian bertanya kepada ayahnya apa erti "politik" itu.

Ayahnya mahukan anaknya dapat berfikir secara kreatif memberikan penjelasan, "Baiklah nak, ayah akan cuba menjelaskan dengan contoh, ayahmu adalah orang yang bekerja untuk menanggung keluarga, jadi kita sebut ayah adalah Investor. Ibumu adalah pengatur kewangan, jadi kita menyebutnya Pemerintah.

Kami di sini memperhatikan keperluan mu, jadi kita anggap kamu sebagai Rakyat. Orang gaji, kita memasukkan dia ke dalam Kelas Pekerja. Dan adikmu yang masih bayi, kita anggapnya sebagai Masa Depan.

Sekarang, fikirkan hal itu dan kita lihat apakah penjelasan ayah ini boleh kamu fahami".



Thursday, February 21, 2013

Seandainya kita berada di syurga, di manakah tempat yang layak kita duduki?


Seandainya kita berada di syurga, di manakah tempat yang layak kita duduki? Untuk menjawab soalan itu elok kita teliti dengan cermat, cukupkah kiranya amal saleh yang kita lakukan sepanjang hidup ini? Pernahkah anda merasa iri hati melihat orang lain lebih banyak beramal ibadat berbanding diri anda? Umpama menikmati cahaya bulan pada malam yang cerah, ia sungguh indah, namun tidak boleh dicapai. 

Begitulah kiranya kedudukan orang-orang yang berada di syurga tertinggi. Mereka yang berada di bawah tentu menyesal, mengapa di dunia dahulu dia tidak beramal seperti amalan sahabatnya yang berada di atas sana. Dengan iman manusia mencapai puncak ketinggian. Iman itulah yang menentukan status dan gelaran mereka di dalam syurga. Sabda baginda SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya penghuni syurga melihat para penghuni yang berada di atas tingkat mereka bagaikan melihat bulan di langit.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).


Thursday, January 31, 2013

Tips melangsingkan badan tanpa ubat-ubatan

Tubuh yang langsing dan cantik merupakan igauan setiap manusia normal, terutamanya bagi golongan wanita. Tetapi, adakah impian anda untuk langsing, cantik dan sihat akan terlaksana sekiranya anda menahan diri daripada menyentuh makanan?

Berikut disenaraikan 26 tips untuk anda memiliki tubuh yang langsing dan sihat yang boleh anda lakukan tanpa perlu mengeluarkan modal yang besar atau mengundang risiko pengambilan bahan-bahan kimia yang berpotensi menjejaskan fungsi organ dalaman dan kesihatan anda.


Namun anda perlu mendisiplinkan diri mengikut tip-tips yang diberi agar anda dapat menikmati hasil yang memuaskan.



Tips # 1 – Jangan berlapar


Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang daripada apa yang kita ambil, tubuh anda akan terkejut. Tubuh akan mula membakar otot untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisme tubuh anda menjadi lebih rendah daripada biasa. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasaannya anda akan makan dengan lebih banyak. 


Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kemabli ke paras normal, tetapi metabolisme tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi.