Thursday, January 31, 2013

Tips melangsingkan badan tanpa ubat-ubatan

Tubuh yang langsing dan cantik merupakan igauan setiap manusia normal, terutamanya bagi golongan wanita. Tetapi, adakah impian anda untuk langsing, cantik dan sihat akan terlaksana sekiranya anda menahan diri daripada menyentuh makanan?

Berikut disenaraikan 26 tips untuk anda memiliki tubuh yang langsing dan sihat yang boleh anda lakukan tanpa perlu mengeluarkan modal yang besar atau mengundang risiko pengambilan bahan-bahan kimia yang berpotensi menjejaskan fungsi organ dalaman dan kesihatan anda.


Namun anda perlu mendisiplinkan diri mengikut tip-tips yang diberi agar anda dapat menikmati hasil yang memuaskan.



Tips # 1 – Jangan berlapar


Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang daripada apa yang kita ambil, tubuh anda akan terkejut. Tubuh akan mula membakar otot untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisme tubuh anda menjadi lebih rendah daripada biasa. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasaannya anda akan makan dengan lebih banyak. 


Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kemabli ke paras normal, tetapi metabolisme tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi.