Friday, May 30, 2008

Jangan bimbang miskin kerana bersedekah !!



Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI

Al-Maghaghi berkata, selepas Allah menggalakkan pada ayat terdahulu berkenaan infak dan menerangkan kelebihan berinfak dan juga kepada ummah yang saling tolong menolong serta bertakaful antara golongan yang kuat dan lemah.

Sayyid Qutub berkata: “Keselarasan dapat dilihat dengan jelas pada kenyataan penamat ini dari segi keumuman dan kesyumulan nas itu sama ada di permulaan ayat atau pada akhirnya seolah-olah kenyataan penamat ini merupakan nada akhir yang meliputi segala-galanya walaupun pendek”.

Firman Allah: Orang yang menafkahkan hartanya (ke jalan Allah).

Ibn Kathir berkata: Pujian ini daripada Allah kepada yang bersedekah pada jalan-Nya untuk mencari keredaan dalam semua waktu sama ada malam atau siang. Begitu juga tersembunyi atau nyata sehingga menafkahkan kepada keluarga termasuk dalam hal ini.

Al-Sya’rawi berkata: Masalah infak terbahagi dua sama ada secara jelas atau sembunyi dan dari segi masanya pula malam dan siang.

Mengikut Imam al-Maghaghi, ayat ini diturunkan kepada Abu Bakar al-Siddiq yang bersedekah sebanyak 40,000 dinar dan 10,000 dinar pada waktu malam, 10,000 pada waktu siang, 10,000 secara sembunyi dan 10,000 secara terang-terangan.

Sayyid Qutub berkata: Demikianlah ia jelaskan secara umum meliputi segala jenis hartanya.

Hamka berkata hati mereka terbuka terus, dan pintu rumah mereka terbuka, dan peti simpanan mereka pun terbuka. Malam atau siang. Didahulukan di dalam ayat ini menyebut malam daripada siang; kerana ada orang yang kesusahan tengah malam mengetuk pintu rumahnya, ataupun dia sendiri pun teringat membantu orang yang susah, sehingga matanya tidak mahu tidur, malam hari pun dia berjalan juga untuk menghantarkan perbuatannya. Sedangkan malam dia begitu. Apatah lagi pada siang hari. Dan dia pun memberikan secara rahsia kepada yang patut menerimanya, ataupun secara terang-terangan kerana patut terang-terang, namun jiwanya ialah jiwa yang selalu ingin memberi, sebab jiwa itu telah tergembleng oleh iman.

“Sikapnya yang demikian disambut oleh Tuhan dengan janji Allah pasti benar, bahawa dia akan diberi pahala, ganjaran dunia dan akhirat, terutama di akhirat. Dan dikuatkan Tuhan semangatnya,” kata Hamka.

Firman Allah: Di malam dan di siang hari secara tersembunyi dan terang-terangan.

Al- Imam Nasafi berkata: Sama ada bersedekah dalam semua waktu dan keadaan bagi menggalakkan kebaikan apabila keperluan berlaku hendaklah ditunaikan tanpa mengira waktu dan keadaan.

Sayyid Qutub berkata: Ia merangkumi segala waktu dan segala keadaan.

Firman Allah: Maka mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya.

Al-Imam Baghawi menaqalkan riwayat daripada mujahid daripada Ibn Abbas katanya: Ayat ini diturunkan kepada Ali hanya yang mempunyai 4 dirham tidak yang lain, beliau telah bersedekah 1 dirham waktu malam, 1 dirham waktu siang, 1 dirham secara terang dan 1 dirham secara sembunyi.

Ibn Jauzi berkata, ayat ini turun kepada mereka yang mengikat kuda mereka pada jalan Allah, inilah riwayat Ibn Abbas.

Sayyid Qutub berkata: “Demikianlah ia jelaskan secara umum bahawa mereka akan mendapat harta yang berlipat-ganda, keberkatan umur, balasan di akhirat dan keredaan Allah”.

Firman Allah: Tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.

Sayyid Qutub berkata: “Yakni tiada apa-apa kebimbangan dari sesuatu yang boleh menakutkan mereka dan tiada apa-apa yang dukacita dari sesuatu yang boleh mendukacitakan mereka sama ada di dunia atau di akhirat. Itulah keselarasan yang terdapat dalam kata penamat perlembagaan sedekah yang lurus, yang menyarankan keumuman dan kesyumulan”.

Walau bagaimanapun, Islam tidak menegakkan kehidupan pemeluknya di atas pemberian sedekah. Ini kerana seluruh sistem Islam adalah ditegakkan pertamanya di atas dasar kemudahan kerja dan rezeki kepada setiap orang yang mampu mencari makan dan di atas dasar pengagihan kekayaan yang baik di antara para pemeluknya, iaitu mengagihkan kekayaan itu berdasarkan pertimbangan yang benar dan adil di antara usaha dan ganjaran.

Namun, terdapat keadaan yang terkecuali kerana sebab yang khas dan keadaan inilah yang diatasi dengan sedekah. Kadang-kadang dalam bentuk zakat yang wajib dipungut oleh kerajaan Islam yang melaksanakan syariat Allah semuanya. Inilah satu-satunya kerajaan yang berhak memungut zakat itu.

Ia merupakan salah satu sumber yang penting dari sumber-sumber kewangan negara bagi kerajaan Islam, dan kadang-kadang pula dalam bentuk sedekah sukarela yang tidak terbatas yang diberikan secara langsung oleh orang-orang yang mampu kepada orang yang tidak mampu dengan memelihara peradaban-peradaban yang telah diterangkan sebelum ini. Juga memelihara sifat menjaga diri dan segan meminta para penerima sedekah yang telah digambarkan dengan jelas oleh ayat ini.

Sifat ini telah diasuh oleh Islam di dalam jiwa para penganutnya dan membuat seseorang daripada mereka merasa segan untuk meminta-minta pada orang lain walaupun ia mempunyai harta yang terlalu sedikit untuk memenuhi keperluan hidupnya.

Hamka berkata: “Kerana hatinya yang lapang lantaran iman, dunia pun lapang di depannya. Di dalam dia tidak takut akan miskin kerana dermawan, sebab tiap-tiap yang dibelanjakannya itulah merupakan keyakinannya yang sebenarnya kekayaannya. Yang masih belum dibelanjakan, belumlah tentu jadi kekayaan. Dan dia tidak akan berdukacita, sebab Tuhan berdaulat dalam hatinya, dan pintu syurga Jannatun-Na’im selalu terbuka, menunggu kedatangannya.”

Al-Hasil berkata: Tidaklah dapat berkumpul dalam hati seorang mukmin di antara iman dengan bakhil. Dan bakhil adalah alamat yang sangat nyata daripada kosongnya iman. Sebab itu maka didikan iman daripada al-Quran yang kita terima langsung tidaklah dapat dipenuhi kitab-kitab yang lain.

Sumber : Kedahlanie

KALAU SUAMI MU ..khas utk para Isteri .

Kalau suami mula berahsia..
Itu tandanya dia tak setia

Kalau suami meninggi suara
Itu tandanya dia dah ada mak we

Kalau suami mengaku bujang tua
Itu tandanya dia nak ngurat anak dara

Kalau suami selera tak ada
Itu tandanya dia nak pasang dua

Kalau suami lambat balik aje
Itu tandanya dia dah syok kat setiausaha

Kalau suami tidur di ruang tamu
Itu tandanya dia dah jemu

Kalau suami malam jumaat buat tak tahu
Itu tandanya tak lama lagi hidupmu bermadu

Kalau suami garang macam singa
Itu tandanya hati dia dah tak cinta

Kalau suami asyik komplen aje
Itu tandanya dia dah tak suka

Kalau suami mula sepak terajang ke muka
Itu tandanya dia nak memberimu title JANDA....

Jika suami sayangkan isteri
Dapat gaji semua diberi

Jika suami sayangkan isteri
Kerja rumah rela dikongsi

Jika suami sayangkan isteri
Kereta diberi suami naik LRT

Jika suami sayangkan isteri
Duit poket diberi setiap hari

Jika suami sayangkan isteri
SMS dikirim tanda rindu dihati

Jika suami sayangkan isteri
Kongsi masalah nasihat dikasi

Jika suami sayangkan isteri
Diberi ciuman setiap pagi

Jika suami sayangkan isteri
I love U, I miss U katanya setiap hari

Jika suami sayangkan isteri
Isteri gemuk, dikatakan seksi

Jika suami sayangkan isteri
Sakit sikit selongkar laci ubat dicari

Jika suami sayangkan isteri
Kemana sahaja dibawa pergi

Jika suami sayangkan isteri
Sentiasa jujur perihal diri

Jika suami sayangkan isteri
Status berkahwin bangga sekali

Jika suami sayangkan isteri
Cintanya suci hingga ke mati

PESANAN KEPADA ISTERI2 :

Adakah suami² mu tergolong dlm kategori ini?
JIKA SUAMI .... lebih banyak dari KALAU SUAMI
maka bersyukurlah kerana
rumahtangga anda umpama SYURGA.

TETAPI .... KALAU SUAMI...lebih banyak dari JIKA SUAMI...
maka berhati-hatilah. ..
wahai kaum isteri jangan sampai rumahtanggamu umpama NERAKA.

PERINGATAN KEPADA SUAMI² :
Bukankah lebih baik jadikan rumahtangga itu SYURGA
dari menjadikan ia NERAKA?????

JANGAN ANDA MERASA MENYESAL KERANA MENCINTAI ISTERI..
KERANA DIALAH BIDADARIMU DI DUNIA INI..

DAN JANGANLAH ANDA SERONOK MENZALIMINYA KERANA DOA
ORANG TERANIYA DITERIMA ALLAH YANG ESA...

Kelantan - Hargai Wanita







Terima kasih pengirim gambar .. jasamu dikenang ...

Thursday, May 29, 2008

9 Sebab-Sebab Hati Tak Bahagia


Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :


1. Pemarah
Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang.

2. Pendendam
Tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3.Hasad dengki
Amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta,kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia

5. Tamak
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7. Ego
Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. (yg nie no komen).. pasal semua org ader egonya sendiri..cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut...

8. Riak
Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada...

9. Cinta dunia
Tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati. Kesimpulan Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.

Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia ...buruklahh padahnya.

Wallahualam

// terima kasih kepada penghantar .. semoga Allah membalas kebaikan mu dengan Syurga ..

Wednesday, May 28, 2008

M Rajoli semakin pulih ..


Namun, itulah takdir namanya. Sebagai manusia, hanya semangat kental yang mampu menjadikan segalanya diterima dengan tabah. Kini, sudah enam bulan pelakon versatil itu berehat daripada terbabit dalam sebarang aktiviti seni.

Malah, keadaannya juga beransur pulih selepas menjalani rawatan terapi di Bains Physio, Taman Melawati sejak 6 Mei lalu. Sekalipun, belum boleh berjalan dan berkerusi roda tetapi M Rajoli atau Mohd Rajoli @ Mohd Rajab Mohamed sudah mampu menggerakkan tangannya.

Ditemani dua isteri tersayang, Hashemah Md Din, 53, dan Wan Chik Othman, 68, menjadi penyokong utama kepada M Rajoli untuk pulih seperti sedia kala. Ternyata kasih sayang isteri antara ‘ubat’ mujarab kepada proses pemulihan yang dijangka mengambil masa enam bulan.

Hashemah berkata, sebelum menjalani rawatan di Bains Physio awal Mei lalu, suaminya seakan-akan patah semangat kerana tidak boleh bergerak. Bahkan, katanya, M Rajoli mengakui air matanya sudah kering untuk menangis tetapi masih tiada sebarang perubahan.

“Bagaimanapun, kami sekeluarga tidak pernah berhenti berusaha. Sebaik rawatan di Hospital Ampang dihentikan, suami dibawa menjalani rawatan di Bains Physio. Alham dulillah, kami dapati proses pemulihannya semakin baik.

“Dia (M Rajoli) juga semakin sihat dan ceria. Malah, nampak lebih bersemangat apabila sering bertanya bila hendak ke Bains Physio untuk membuat latihan. Dengan kegembiraan tergambar itu, boleh dikatakan suami sudah ada motivasi diri,” katanya.

Sementara itu, Wan Chik pula berkata, rawatan dijalani M Rajoli di Bains Physio meliputi fisioterapi, pemulihan dan urutan tiga kali seminggu iaitu Isnin, Rabu dan Jumaat. Katanya, pakej rawatan lima kali itu berharga RM600.

“Sebaik air tulang belakang suami diambil sebanyak empat kali, keadaan kesihatannya berubah. Situasi saraf yang me nekan otaknya menyebabkan dia tidak boleh berjalan. Kalau diikutkan, air tulang belakangnya perlu diambil enam kali lagi.

“Namun, melihatkan keadaan kesihatannya kurang baik dan semakin lemah, kami sekeluarga sepakat menghentikan ra watan itu. Justeru, dia dibawa pula menjalani rawatan fi sioterapi di Bains Physio ini. Setakat ini, perubahannya cukup membanggakan.

Thursday, May 22, 2008

Prakata


Assalamualaikum w.b.t. & salam sejahtera

Terlebih dahulu, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat datang ke laman blog ini.

Diharapkan ia akan menjadi medium komunikasi bertukar-tukar fikiran, cetusan minda dan perbincangan terhadap apa jua isu demi kepentingan sesama kita, insya-Allah.

Sebarang komentar terhadap artikel di laman blog ini adalah dialu-alukan dan sila tinggalkan komen saudara-saudari dibawah paparan artikel.

Blog ini sudah lama saya buka tetapi tidak berkesempatan untuk update isi. mohon maaf kepada semua pengunjung. InsyaAllah ada kesempatan pasti akan diisi dengan pelbagai matlumat dan informasi yang berguna .

Sekian terima kasih & salam perjuangan!