Wednesday, May 28, 2008

M Rajoli semakin pulih ..


Namun, itulah takdir namanya. Sebagai manusia, hanya semangat kental yang mampu menjadikan segalanya diterima dengan tabah. Kini, sudah enam bulan pelakon versatil itu berehat daripada terbabit dalam sebarang aktiviti seni.

Malah, keadaannya juga beransur pulih selepas menjalani rawatan terapi di Bains Physio, Taman Melawati sejak 6 Mei lalu. Sekalipun, belum boleh berjalan dan berkerusi roda tetapi M Rajoli atau Mohd Rajoli @ Mohd Rajab Mohamed sudah mampu menggerakkan tangannya.

Ditemani dua isteri tersayang, Hashemah Md Din, 53, dan Wan Chik Othman, 68, menjadi penyokong utama kepada M Rajoli untuk pulih seperti sedia kala. Ternyata kasih sayang isteri antara ‘ubat’ mujarab kepada proses pemulihan yang dijangka mengambil masa enam bulan.

Hashemah berkata, sebelum menjalani rawatan di Bains Physio awal Mei lalu, suaminya seakan-akan patah semangat kerana tidak boleh bergerak. Bahkan, katanya, M Rajoli mengakui air matanya sudah kering untuk menangis tetapi masih tiada sebarang perubahan.

“Bagaimanapun, kami sekeluarga tidak pernah berhenti berusaha. Sebaik rawatan di Hospital Ampang dihentikan, suami dibawa menjalani rawatan di Bains Physio. Alham dulillah, kami dapati proses pemulihannya semakin baik.

“Dia (M Rajoli) juga semakin sihat dan ceria. Malah, nampak lebih bersemangat apabila sering bertanya bila hendak ke Bains Physio untuk membuat latihan. Dengan kegembiraan tergambar itu, boleh dikatakan suami sudah ada motivasi diri,” katanya.

Sementara itu, Wan Chik pula berkata, rawatan dijalani M Rajoli di Bains Physio meliputi fisioterapi, pemulihan dan urutan tiga kali seminggu iaitu Isnin, Rabu dan Jumaat. Katanya, pakej rawatan lima kali itu berharga RM600.

“Sebaik air tulang belakang suami diambil sebanyak empat kali, keadaan kesihatannya berubah. Situasi saraf yang me nekan otaknya menyebabkan dia tidak boleh berjalan. Kalau diikutkan, air tulang belakangnya perlu diambil enam kali lagi.

“Namun, melihatkan keadaan kesihatannya kurang baik dan semakin lemah, kami sekeluarga sepakat menghentikan ra watan itu. Justeru, dia dibawa pula menjalani rawatan fi sioterapi di Bains Physio ini. Setakat ini, perubahannya cukup membanggakan.

No comments: