Thursday, March 19, 2009
Taubat Bersihkan Dosa Tenangkan Jiwa
SETIAP manusia tidak sunyi daripada melakukan kesilapan, kecuali kalangan nabi dan rasul. Tetapi sebaik-baik manusia ialah mereka yang bertaubat, dengan menyesali atas kesilapannya dan tidak mengulanginya lagi.
Taubat adalah satu keistimewaan bagi umat Islam dan ia seharusnya dimanfaatkan dengan penuh keikhlasan, bukannya disalah guna dengan alasan untuk melakukan seberapa banyak dosa.
"Dan mohonlah ampun kepada Allah, sesungguhnya Ia Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani." (al-Muzammil:20)
Taubat bermaksud kembali daripada keburukan kepada kebaikan dengan beberapa syarat tertentu. Antara syaratnya ialah:
- Meninggalkan maksiat atau perkara dosa yang dilakukan.
- Menyesal atas segala perkara dosa yang dilakukan.
- Berazam tidak akan mengulanginya lagi.
- Mengembalikan hak makhluk yang dizalimi.
- Mengerjakan ibadat fardu yang ditinggalkan selama melakukan dosa.
Orang yang bertaubat sudah tentu mendapat beberapa kelebihan, berbanding mereka yang belum bertaubat. Antara kelebihan itu ialah:
- Dekat diri kepada Allah.
- Takwanya semakin meningkat.
- Mendapat kemuliaan dan anugerah Allah di dalam kehidupan dunia dan akhirat.
- Membersihkan kekotoran di dalam hati.
- Menenangkan jiwa yang resah kerana dosa.
- Menghapuskan tipu daya syaitan yang selama ini memerangkap manusia dengan melakukan perkara dosa.
- Dapat mengekalkan hubungan yang baik sesama manusia.
Wallahhuaklam... moga kita beroleh rahmat dan hidayah Allah..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment