‘Kenapa stesen kereta api ini tidak berubah? Semasa saya kecil dulu pun, stesen ini macam ini juga.”
Itulah soalan yang sering ditanya oleh pengunjung stesen kereta api Taiping kepada peniaga dan kakitangan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di stesen tersebut.
Masakan mereka tidak hairan kerana ada pengunjung yang kali terakhir datang ke stesen itu semasa berusia tujuh tahun mendapati tempat itu masih sama selepas 50 tahun kemudian.
Bukan sahaja bangunannya, malahan bumbung, gudang dan jejantas tetap sama seperti dulu.
Malah, ada juga yang menyalahkan kerajaan kerana tidak mengubah suai stesen kereta api Taiping supaya menjadi lebih moden sesuai dengan peredaran zaman.
Masakan mereka tidak hairan kerana ada pengunjung yang kali terakhir datang ke stesen itu semasa berusia tujuh tahun mendapati tempat itu masih sama selepas 50 tahun kemudian.
Bukan sahaja bangunannya, malahan bumbung, gudang dan jejantas tetap sama seperti dulu.
Malah, ada juga yang menyalahkan kerajaan kerana tidak mengubah suai stesen kereta api Taiping supaya menjadi lebih moden sesuai dengan peredaran zaman.
Menurut seorang peniaga disitu semasa mula berniaga di situ tiga bulan lalu, dia merasa pelik kerana ramai orang bertanya soalan seumpama itu kepadanya.
Difahamkan, landasan berkembar sudah dibina dan stesen ini akan dipindahkan selepas stesen baru siap nanti,walaupun bangunan stesen itu sudah lama tetapi ia bersih, terjaga dan masih dikunjungi ramai orang.
Sebenarnya, stesen tersebut memang sengaja dikekalkan dalam keadaan asalnya kerana ia merupakan tinggalan sejarah yang sangat penting kepada Malaysia.
Mungkin ramai termasuk penduduk Taiping sendiri tidak mengetahui bahawa sejarah sistem kereta api di negara ini.
Sejarah pengangkutan kereta api di bandar ini bermula apabila landasan kereta api pertama di Tanah Melayu menghubungkan Taiping dengan Port Weld yang kini dikenali sebagai Kuala Sepetang, dibuka oleh Residen British di Perak ketika itu, Sir Hugh Low pada 1 Jun 1885.
Pembinaan landasan itu bermula pada 1882 dengan melibatkan kos kira-kira RM37,000 (7,000 pound sterling).
Tujuan asalnya ialah untuk mengangkut bijih timah dari lombong-lombong di Larut ke pelabuhan Port Weld dan pada masa sama ia memudahkan perjalanan keluar masuk buruh-buruh lombong.
Kewujudan sistem kereta api itu kemudiannya menyumbang kepada pembangunan pesat di Taiping sehingga ia menjadi antara bandar terkenal di Tanah Melayu.
Selepas negara mencapai kemerdekaan pada 1957, stesen kereta api Taiping terus memainkan peranan penting kepada penduduk di sekitar Taiping dan Bukit Gantang untuk pergi ke utara dan selatan Semenanjung.
Kini selepas 124 tahun tanpa jemu berkhidmat kepada rakyat, stesen tersebut bakal ‘bersara’ dalam tempoh empat hingga lima tahun lagi bagi memberi laluan kepada stesen baru yang lebih moden seperti dikehendaki rakyat.
Jasa stesen lama itu akan terus dikenang dan ia telah diserahkan kepada Jabatan Muzium Negara untuk dipelihara sebagai tempat bersejarah untuk tatapan generasi akan datang serta tarikan pelancongan.
Bagi penduduk bandar ini, stesen itu merupakan antara kebanggaan warga Taiping yang menyimpan banyak nostalgia, pastinya mengimbau kenangan zaman kanak-kanak kerana stesen ini masih sama seperti ketika kali pertama saya ke sini 50 tahun lalu.
Dengan mengekalkan stesen asal itu, orang ramai juga boleh melihat perbezaan antara dua zaman dan mensyukuri nikmat yang diperoleh sekarang.
No comments:
Post a Comment