Friday, October 8, 2010

Dengan izin suami..

Tazkirah Jumaat : Renung2kanlah wahai para Isteri... tak perlu tunggu suamimu sehebat Ali.. berusahalah menjadi isteri semulia Fatimah.. Mulianya suami bila isterinya memuliakannya..

Isteri yang solehah iaitu, apabila ia hendak keluar rumah, ia memohon izin kepada suaminya terlebih dahulu, serta menjelaskan ke mana ia hendak pergi dan apa tujuannya.Tidak terlalu lama, kerana kepergian isteri yang tanpa disertai oleh suami adalah kurang baik, kerana boleh menimbulkan perkara-perkara yang tidak diingini. Kadang-kadang malah akan membuat hubungan suami isteri akan rosak.

Disamping menunaikan kewajipan kepada Allah, menunaikan hak dan kewajipan kepada suami juga merupakan hal yang tidak boleh diabaikan oleh seorang wanita.Tertunainya hak dan tanggungjawab suami barulah akan turun keredhaan dan rahmat Allah kepadanya.

Wanita semestinyalah mengamalkan sikap taat dan bertakwa kepada Allah, bertanggungjawab kepada suami dan menjaga kehormatan dirinya. Semoga dengan itu, akan mudahlah mereka mendapat rahmat dan keredhaan Allah. Rahmat dan redha Allah itulah yang akan menjamin kebahagian hidupnya di dunia dan di akhirat. Isteri adalah pusat dan sumber kebahagiaan dan ketenteraman di dalam sebuah rumahtangga. Ia perlu mempunyai sifat-sifat sabar dan perhatian yang sepenuhnya kepada suami dan anak-anak.Yang bergelar isteri dan akan melahirkan zuriat seterusnya akan menjadirole model pada anak-anak.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:" Tiap isteri yang keluar rumah tanpa izin suami, tetapi berada dalam murka Allah, sehingga ia kembali ke rumahnya atau dimaafkan oleh suaminya (sedangkan diriwayat dilain riwayat diterangkan): Dikutuk oleh malaikat di langit serta apa saja yang berada di bumi sehingga ia kembali." ( HR Khatib)

"Kamu sampaikan kepada perempuan yang kamu jumpa, bahawa taat kepada suami, dan mengakui hak-hak suami, sama pahalanya dengan berperang dan bertempur dengan musuh-musuh Islam di medan pertempuran, tetapi sedikit sangat daripada isteri-isteri yang menyempurnakan hak-hak suami mereka." (HR:Al Imam Bazzar)


//renung2kanlah wahai para Isteri... tak perlu tunggu suamimu sehebat Ali.. berusahalah menjadi isteri semulia Fatimah..

Thursday, October 7, 2010

Sah.. Ada pilihan raya kecil di Galas, Gua Musang..

Sah... PRK Dun Galas pada 4 November ini manakala hari penamaan calonnay ditetapkan pada 26 Oktober 2010.. kedua-duanya berlaku pada hari bekerja di Kelantan dan di negeri-negeri lain.. bukan sepertimana kebiasaannya dibuat hujung minggu.. Mengapa.. ntah.. tanyalah SPR..

(photo: malaysiakini.com)

Menurut Wan Ahmad, seramai 11,553 pengundi yang melibat 11,426 pengundi biasa dan 127 pengundi pos, layak memilih ADUN Galas.

"Pengundi di Galas ini, yang berumur 21 tahun pun ada, yang lebih 100 tahun pun ada, yang paling tua berumur 111 tahun," katanya. SPR juga, katanya, telah menamakan Ketua Jajahan Gua Musang, Wan Mustaffa Wan Abdul Halim sebagai pegawai pengurus pilihan raya yang akan dibantu oleh tiga penolong pengurus.

Penamaan calon yang dijadualkan pada 26 Oktober ini, akan diadakan di Bilik Gerakan dan pejabat Tanah Jajahan Gua Musang manakala Pusat Sivik Gua Musang akan dijadikan pusat penjumlahan undi pada malam 4 November.

Kerusi DUN Galas kosong selepas kematian penyandangnya, Chek Hashim Sulaima, 48, akibat barah usus pada 27 September lalu.Dalam Pilihan raya umum 2008, Chek Hashim mendapat 4,399 undi, menewaskan penyandang dari BN, Mohd Saufi Deraman (3,753 undi) dengan majoriti 646 undi.

Mudah SPR buat keputusan jika belaku ADUN meninggal dunia tak perlu ke mahkamah untuk pengesahan kekosongan kerusi.. walaupun speaker memeklumkan pada mereka..

Kota seputeh masih KOSONG ..??? Apa tindakan SPR...

Wednesday, October 6, 2010

Susahnya bila kepercayaan sudah hilang..

Pelakon Gerak Khas, Farid Amirul Hisham Abdullah,44, atau lebih dikenali sebagai Detektif Lim dalam drama bersiri itu terpaksa bekerja sebagai pam atendan selepas dituduh mencuri dua buah pada Mac tahun lalu.

Farid berkata bukan sahaja trauma dengan kejadian berkenaan sebaliknya dia juga dibuang keluarga sementara kekasihnya turut meminta untuk memutuskan hubungan.

“Hidup saya selepas dituduh mencuri buku menyebabkan saya hilang pekerjaan. Watak saya dalam drama bersiri Gerak Khas terpaksa direhatkan. Saya hanya bekerja di sebuah stesen minyak di Alor Gajah, Melaka.

“Lebih sedih lagi ibu dan bapa juga menyisihkan saya manakala kekasih saya turut memutuskan hubungan,” katanya seperti dipetik akhbar Mingguan mStar keluaran Ahad.

Pada 24 September lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengetepikan hukuman dua bulan penjara dan denda RM2,000 yang dijatuhkan terhadap Farid bagi kesalahan mencuri dua buah buku di pusat beli-belah Mid Valley, Megamall, Kuala Lumpur. Dia dibebaskan selepas mahkamah mendapati tiada bukti yang menunjukkan kedua-dua buah buku itu dicuri oleh tertuduh.

Jelas Farid, ketika menghadapi tekanan itu, dia juga sering disindir oleh orang ramai yang menuduhnya sebagai pencuri manakala syarikat-syarikat produksi pula takut untuk menawarnya berlakon sedangkan dia tidak digam oleh mana-mama stesen penyiaran termasuklah RTM.

“Begitu juga dengan drama Gerak Khas, Datuk Yusof Haslam terpaksa merehatkan saya atas arahan pihak polis di Bukit Aman. “Pernah sekali saya terfikir, mungkin karier seni saya akan berakhir disebabkan kejadian yang berlaku ini sehingga membuatkan saya hilang pekerjaan dalam bidang seni. “Saya ralat kerana kejadian ini juga memberi kesan kepada keluarga, majikan dan rakan-rakan saya,” katanya.

Ujian yang berlaku itu ujar Farid, menyebabkan dia hidup dalam kesusahan dan menghadapi kesempitan wang sehinggalah Datuk Yusof Haslam memintanya bekerja di belakang tabir sebagai penolong pengarah drama.Katanya, selepas dua bulan bekerja di stesen minyak, akhirnya dia meletakan jawatan untuk meneruskan kerjayanya di belakang tabir bagi projek drama Roda-Roda Kuala Lumpur dan Aku Bukan Tomboy.

Bercerita bagaimana ibu dan bapa menyisihkannya, ujar Farid mereka amat kecewa dan malu dengan kejadian itu dan tidak menerimanya sebagai anak mereka. “Emak dan ayah juga enggan bercakap dengan saya selama setengah tahun. Setiap kali saya telefon, mereka tak mahu jawab. Kadang-kala bila mereka terjawab panggilan, telefon akan diserahkan kepada adik beradik saya yang lain. “Tapi itulah, air yang dicincang tidak akan putus. Lama kelamaan, mereka sudah boleh menerima hakikat dan tahu hal yang sebenar,” katanya.

Ujarnya dia mendapat pengajaran daripada kes yang berlaku dan nasihat Farid kepada para selebriti agar sentiasa peka dan sensitif apabila berada di mana-mana. “Saya akui selalu mengambil buku yang banyak di kedai-kedai buku dan mencari sudut sesuai untuk membacanya. Tapi apabila kita berbuat seperti itu di sesetengah kedai buku pihak berkenaan akan pandang serong dan mula mengesyaki kita hendak mencuri.

“Keadaan ini mengajar saya menjadi lebih peka dengan keadaan sekeliling apatah lagi saya seorang artis.. Cukuplah sekali ini sahaja. Saya tak sanggup mengharunginya lagi,” katanya mengakhiri perbualan.

* Artikel ini dipetik dari Mingguan mStar yang diterbitkan setiap Ahad bersama Sunday Star, sekitar Lembah Kelang.