Monday, June 20, 2011

Program Beach Attack di Pantai Irama, Bachok, Kelantan.


Pertubuhan Sukarelawan Hijau (Green-V) akan menganjurkan program Beach Attack di Pantai Irama Bachok pada 24 Jun ini .

Program itu diadakan bagi membantu Majlis Daerah Bachok mengadakan kempen kesedaran kebersihan di samping membersihkan kawasan pantai berkenaan. Penganjuran program itu selaras dengan kewujudan Green-V sebagai sebuah pertubuhan yang menjalankan aktiviti amal, kebajikan dan program kemasyarakatan.

"Ia digerakkan kumpulan belia yang sedia memberi khidmat kepada mana-mana pihak yang memerlukan tenaga sukarelawan. Antara program yang dilaksanakan, gotong-royong, misi kemanusiaan, membantu menyelenggara majlis dan lain-lain," menurut Setiausaha Jawatankuasa penajanya, Nasruddin Mahmud Muhaidin dalam kenyataan akhbar.

No comments: