Tuesday, July 19, 2011

Bersyukurlah dengan ketentuan Ilahi..


Salam,

Didalam surah At-Tinn ayat 4 yang bermaksud:

“Sesungguhnya kami telah jadikan manusia dengan sebaik baik kejadian“


Berdasarkan ayat di atas, kita sebagai manusia sepatutnya berasa sangat-sangat bersyukur di atas segala kelebihan yang telah allah s.w.t. kurniakan. Tetapi ramai manusia pada hari ini tidak tahu untuk bersyukur kepada tuhan kerana telah memuliakan kita sebagai manusia untuk menjadi Khalifah atau pntadbir di alam ini.

"Maha Suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui." (Yaasin: 36)



Subhanallaah……… Maha Suci Allah. Dari ketentuan penciptaan makhluk yang berupa nyamuk pun sudah terkandung hikmah yang sedemikian banyaknya….. Belum lagi dari ketentuan-ketentuan lain.

Oleh itu, kita jangan sekali-kali melihat ketentuan Allah dari satu sudut pandangan saja. Sebab kemungkinan yang kita nampak adalah disudut yang buruknya saja, karana sering kali mata hati kita tertutup oleh nafsu dan amarah. Apapun yang menimpa diri kita meskipun nampaknya buruk dan menyakitkan, disana tetap ada hikmah/kebaikan yang belum kita ketahui.

‘Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal Allah menjadikan didalamnya kebaikan yang banyak “ (Q.S: Annisa’ :11).

Jadi kesimpulannya bersyukurlah dengan apa yg telah ditentukan oleh Allah keatas kita, makhluknya yang serba lemah ini... pas ada hikmah yang besar disebaliknya. Usah dituruti nafsu dan keinginan syaitan yang senantiasa berusaha untuk menyesatkan anak Adam...


Mahkamah tolak permohonan Ashraf mahu tukar nama

July 18, 2011 Hakim berkata permohonannya ditolak selepas memengambil kira tiga faktor iaitu kromosom, kewujudan alat kelamin semasa pemohon dilahirkan, dan kewujudan organ dalaman.

KUALA TERENGGANU: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan seorang lelaki yang mahu menukarkan nama dalam Mykad kepada nama wanita selepas.. baca selanjutnya

http://www.freemalaysiatoday.com/2011/07/18/mahkamah-tolak-permohonan-ashraf-mahu-tukar-nama/

terima kasih...

No comments: