Friday, January 20, 2012

Woww..!! memang boleh mati terkejut..

Di KOLKATA, India, seorang guru sebuah sekolah tinggi di sini yang mempunyai gaji bulanan sebanyak AS$700 (RM2,170) terkejut apabila dalam pemeriksaan rutin dalam online yang dibuatnya mendapati akaun banknya mempunyai baki hampir AS$10 bilion (RM31 bilion).

Memang terkezut giler, bukan terkejut beruk lagi dah, terkejut gorila kalau terjadi pada aku.. masa tu jugak aku cari ATM keluarkan seberapa byk yang boleh.. takut bila bank dah tau silap terus ditarik balik duit tu.. kempunan tak sudah.. terus tranfer ke akaun lain sebanyak mungkin.. settlekan semua bil-bil tertungak.. buat ful settlement semua loan rumah, kereta dll.. buat pembelian secara online apa2 saja barangan keperluan dan macam-macam lagi.. Apa macam..??

Guru itu, Parijat Saha 42, dari bandar Balurghat, negeri Bengal Barat berkata, dia memeriksa akaun Bank Negara India menerusi online pada Ahad lalu untuk mengesahkan penerimaan bayaran faedah sebanyak AS$200 (RM620).


Thursday, January 19, 2012

Apa itu Kahwin Misyar..

Kahwin Misyar adalah "perkahwinan di antara perempuan yang kaya, berada, berkerjaya tinggi dan belum berkahwin dengan lelaki yang berperibadi dan berakhlak mulia, baik tetapi tidak kaya dan berharta".

Syarat-syarat perkahwinan tetap sama iaitu ada wali, saksi, mas kahwin dan akad yang sama sepertimana perkahwinan lain.

Mereka berkahwin suka sama suka tetapi lelaki itu tidak menjanjikan sara hidup yang banyak untuk wanita tersebut.

Namun begitu, suami itu boleh memberi nafkah mengikut kemampuannya, terpulang kepada wanita itu untuk menggunakannya atau cukup sekadar dengan wang perbelanjaannya sendiri. Jika wanita itu berniaga, maka lelaki itu sama-sama mengusahakan perniagaan bersama isterinya.