"Tiap mata pasti akan menangis pada hari kiamat, kecuali mata yang
dipejamkan dari segala yang haram dan mata yang berjaga malam dalam jihad fisabilillah dan mata yang mentitiskan air mata walaupun sebesar kepala lalat kerana takutkan Allah." (Hadis Riwayat Abu Naim)
2. Mata yang berjaga malam dalam jihad fisabilillah.
3. Mata yang mentitiskan air mata walaupun sebesar kepala lalat kerana takutkan Allah.
Huraiannya :
- mengekori aurat wanita/ lelaki.
- melihat gambar/ dvd/ internet lucah.
- menggunakan ilmu sihir melalui mata dan membaca mentera-mentera sihir untuk melakukan sihir kepada orang lain.
- menulis, mengarang dan mencari bahan-bahan fitnah dan menyebarkan fitnah tersebut kepada orang lain.
- mengintip rahsia dan mengambil gambar dan mendedahkan keaiban seseorang.
Apabila seseorang menggunakan matanya untuk melakukan apa saja perkara maksiat , sebenarnya matanya telah melakukan dosa. Tetapi apabila mata digunakan untuk solat, membaca al-Quran, menulis dan mengarang ilmu yang bermanfaat, melihat alam ciptaan Allah dan merasai keagungan-Nya dan perkara-perkara yang bermanfaat yang lain maka Allah S.W.T. akan mengurniakan pahala dan mata ini nanti akan merasai gembira di hari akhirat.
Sabda Nabi S.A.W. maksudnya :
"Barangsiapa yang menjadikan dunia sebagai cita-citanya, nescaya Allah SWT mencerai-beraikan urusannya dan dijadikan kefakiran di hadapan kedua matanya dan Allah tidak memberinya dari harta dunia ini, kecuali apa yang telah ditetapkan untuknya.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)
"Barangsiapa yang menjadikan dunia sebagai cita-citanya, nescaya Allah SWT mencerai-beraikan urusannya dan dijadikan kefakiran di hadapan kedua matanya dan Allah tidak memberinya dari harta dunia ini, kecuali apa yang telah ditetapkan untuknya.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)
Kedua : Mata yang berjaga malam dalam jihad fisabilillah.
Jihad dijalan Allah adalah sebaik-baik amalan dilakukan semata-mata untuk mendaulatkan hukum-hukum Allah. Tanpa jihad dan pengorbanan Islam tidak mampu ditegakkan dan dihayati dalam kehidupan bermasyarakat.
Jika seseorang mati ketika berjihad mempertahankan daulah Islam, mempertahankan negaraIslam daripada diceroboh oleh orang kafir atau penyebaran dakwah Islam disekat oleh musuh Islam maka mati tersebut adalah mati syahid. Mati yang mulia dan akan dimasukkan oleh Allah S.W.T kedalam syurga tanpa hisab.
Mata yang berjaga malam ketika berjihad dijalan Allah S.W.T. untuk menjaga kepentingan Islam daripada diserang musuh adalah mata yang dirahmati Allah S.W.T. di hari akhirat nanti mata ini tidak akan menangis kesedihan. Mata yang mulia ini akan memberitahu Allah S.W.T. bahawa dia digunakan untuk mencari reda-Nya semasa di dunia dahulu.
Dalam realiti kita sekarang ini kita juga boleh qiyaskan bahawa kita berjaga malam untuk mengawal kawasan progrem-progrem dakwah, tarbiah, motivasi, muqayam, tamrin dan rehlah dikawasan hutan atau tepi pantai adalah dikira sama dengan mengawal semasa jihad fisabilillah. Jihad untuk memberi kesedaran dan kefahaman ilmu Islam adalah juga dikira sebagai kerja-kerja jihad dijalan Allah S.W.T.
Ketiga : Mata yang mentitiskan air mata walaupun sebesar kepala lalat kerana takutkan Allah.
Dari Sayyidina Khalid bin Al-Walid Radiallahu’anhu telah berkata : Telah datang seorang arab desa kepada Rasulullah s.a.w. yang mana dia menyatakan tujuannya : "Wahai Rasulullah! Sesungguhnya kedatanganku ini adalah untuk bertanya kepada engkau mengenai apa yang akan menyempurnakan diriku di dunia dan akhirat". Maka baginda s.a.w telah berkata kepadanya : "Tanyalah apa yang engkau kehendak."
Dia berkata : "Siapa yang terselamat daripada dosa?"
Baginda S.A.W menjawab : "Orang yang sentiasa mengalir air mata penyesalan, mereka yang tunduk pada kehendakNya dan mereka yang ditimpa kesakitan."
Sabda Rasulullah s.a.w maksudnya: “Tidak ada sesuatu yang paling disukai Allah SWT selain daripada dua titisan dan dua kesan. Dua titisan itu ialah titisan air mata yang keluar kerana takutkan Allah SWT dan titisan darah yang tumpah di dalam perjuangan di jalan Allah. Manakala dua kesan ialah kesan berjuang di jalan Allah SWT dan kesan kerana menunaikan kefardhuan yang telah difardhukan oleh Allah.”(Hadis riwayat at-Tirmidzi)
"Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."
Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud :
"Wahai Tuhanku ! Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W. pernah bersabda : 'Sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah , maka Allah mengharamkan matanya itu ke neraka', dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."
No comments:
Post a Comment