Tuesday, April 14, 2009

Cinta Otai Lebih Tulus...



DALAM urusan percintaan, ada beberapa persamaan yang pastinya dialami oleh setiap orang dalam pelbagai peringkat usia.
Misalnya, bangkit perasaan berbunga-bunga saat sedang jatuh cinta, sehingga ada di antara anda mengalami tekanan perasaan, rasa sedih dan sakit hati disebabkan patah hati. Namun, dari segi sasaran dan prioritasnya, ia jelas berbeza.


Usia 30-an
Ini merupakan saat di mana anda mula memikirkan alam perkahwinan dan mencari seseorang untuk dijadikan teman hidup. Tetapi malangnya, anda seringkali diketemu dengan orang yang tidak tepat, di saat atau di tempat yang tidak sepatutnya anda menjalinkan hubungan dengannya.
Anda juga akan berfikir, kenapa begitu sulit untuk bertemu dengan seseorang seperti yang diidam-idamkan selama ini.
Selain itu, anda akan memikirkan impaknya apabila anda mula jatuh cinta dengan seseorang yang tidak secocok, seperti yang didambakan selama ini. Akhirnya, masalah besar akan timbul. Agar tidak terlepas daripada segala kebimbangan, langkah yang disenaraikan minggu ini seharusnya diterapkan.

* Tentukan batas waktu
Saat anda merencanakan untuk mendirikan rumah tangga, tetapi pasangan tidak sependapat dengan anda dengan memberi pelbagai alasan serta pertimbangan, langkah pertama adalah dengan menentukan batasan waktu.
Beri kekuatan kepada diri sendiri, bilakah masa terbaik bagi menamatkan zaman bujang. Misalnya, anda menetapkan satu tarikh lain untuk memulakan bicara pernikahan dengan pasangan.
Tiba sahaja waktu yang telah anda tentukan, katakan kepadanya hasrat atau tujuan dan keinginan anda yang terpendam.
Sekiranya, tiada sebarang perubahan atau si dia masih terpinga-pinga untuk menjawab lamaran anda, kenapa harus membuang masa. Jadi, lakukan perkara yang difikirkan terbaik untuk anda.

* Fleksibel
Setiap orang mempunyai minat dan hobi yang berbeza-beza. Oleh itu, walaupun anda saling menyintai, masih timbul hal-hal kecil yang harus dihadapi. Dalam hal ini, bincang sebab dan cara penyelesaiannya.
Apabila pasangan memilih untuk menonton televisyen di rumah dan anda pula mengajaknya keluar, cari jalan penyelesaian. Misalnya, ajak dia minum kopi di sebuah kafe, kemudian barulah membawanya menonton pertandingan bola sepak kegemarannya di rumah. Ingat, tiada siapa yang dapat mengubah seseorang, selain insan yang benar-benar dia sayangi.
Dalam urusan percintaan, terdapat beberapa persamaan yang pastinya akan dialami oleh setiap orang dalam pelbagai peringkat usia. Misalnya, perasaan berbunga-bunga saat sedang dilamun cinta, sehingga membuatkan seseorang berasa sedih dan sakit hati disebabkan patah hati. Namun, dari segi sasaran dan prioritasnya jelas berbeza.
Usia 40-an
Biasanya pada usia ini, mereka yang gagal dalam perkahwinan akhirnya akan memilih jalan singkat iaitu penceraian. Mereka yang gagal dalam perkahwinan pertama dulu, sekiranya kembali bercinta, biasanya mereka sudah lupa cara-cara menjalin hubungan atau berasa ragu untuk melakukan sesuatu walaupun telah menemui pasangan yang secocok.

* Perbaiki keterampilan bercinta
Apabila anda ingin bercinta buat kali kedua selepas putus ikatan perkahwinan, anda seharusnya menenangkan diri dahulu. Lakukan introspeksi dengan meminta seorang rakan menjadi teman kamu. Tanyakan kepadanya, apa kekurangan yang ada pada diri anda atau adakah anda perlu memperbaiki penampilan. Mungkin anda tidak menyedarinya secara langsung.
Satu perkara yang perlu diingatkan, perubahan yang anda lakukan tidak bererti anda harus berubah secara drastik. Anda tidak perlu melakukan pembedahan plastik untuk memperbaiki hidung atau anggota lain yang dianggap boleh memberi tuah kepada anda.
* Elak bercinta selepas cerai
Bagi sesetengah pasangan, mereka dilihat begitu terdesak untuk bercinta lagi sebaik sahaja baru bercerai. Apabila bercerai, anda memerlukan waktu untuk menyembuhkan luka lama dan bermuhasabah diri, misalnya mengapa terjadi perceraian. Ini penting agar kegagalan tersebut tidak berulang kembali.
Untuk mengetahui bahawa anda benar-benar ingin bercinta lagi, tanyakan kepada diri sendiri:
nAdakah anda menganggap semua lelaki tidak guna?
nAtau adakah semua wanita materialistik?
nAdakah anda terikat dengan pelbagai kegiatan, selain anak-anak dan pekerjaan?
nAdakah anda dapat mengendalikan diri dan dapat membentuk kehidupan percintaan baru?
Sekiranya jawapan anda 'ya' untuk semua pertanyaan di atas, bererti anda memiliki sikap dan pendirian yang sebenar.


* Hati-hati dengan buah hati
Tiada masa untuk bercinta? Luangkan waktu untuk bercinta dengan membawa anak-anak ke rumah sanak keluarga mahupun ibu bapa atau pengasuh yang boleh dipercayai. Anda tidak perlu memperkenalkan teman baru kepada anak-anak, tetapi cukup hanya mengatakan kepada mereka bahawa jika mereka memiliki kawan, maka anda juga memerlukan teman baik.
Perlu diiingatkan, anda seharusnya berterus-terang kepada anak-anak tentang apa juga yang anda rasakan ketika itu. Jangan sesekali menyimpan rahsia, takut nanti perkara tersebut terlepas ke telinga mereka tanpa diduga daripada pihak lain. Jika ini berlaku, masalah lain pula akan muncul. -


NOOR HASLIZA NUSI@kosmo.com.my

Friday, April 3, 2009

Bahagia bermadu...



BARANGKALI hanya yang sedang atau pernah melalui kehidupan bermadu dapat merasai pahit manisnya berkongsi kasih daripada seorang lelaki bergelar suami.

Pernahkah terfikir untuk menamatkan sebuah hubungan dengan seseorang yang anda kenali dan sayangi itu yang nyata milik wanita lain?

Melihat sisi yang pelbagai terutama menelusuri kisah rumah tangga pasangan lain yang pernah hidup bermadu sentiasa bergolak hingga berakhir dengan kehancuran, pasti menggugat impian anda untuk memanjangkan hubungan.

Namun, suratan takdir menyatakan memang dia adalah jodoh anda, lalu anda reda atas segalanya.

Diserang atau dicop dengan pelbagai tuduhan seperti perampas, pemusnah rumah tangga insan lain dan pelbagai kejian atau kata kesat mungkin juga membuatkan anda gentar untuk melayari bahtera berdua walau hakikatnya anda terpaksa berbahagi atau berkongsi kasih.

Jika itu keputusan dan jalan yang anda pilih, beberapa petua berikut mungkin mampu dimanfaatkan untuk menjadi insan yang tabah dalam memadu kasih.

Tidak dinafikan, menjadi isteri kedua sering dipandang serong dalam masyarakat lalu anda harus bersedia secara mental dan fizikal dalam menempuh fasa yang mungkin melukakan perasaan anda. Apa yang penting (bukan menggalakkan), cinta sejati tidak mudah goyah hanya kerana hinaan atau kejian orang.

* Jangan peduli apa orang kata, peduli hanya apa yang keluarga dan suami anda kata kerana hanya mereka yang berjasa dan berkepentingan dalam hidup anda.


Masyarakat hanya tahu mengutuk, tetapi tidak tahu memberi jalan penyelesaian. Tidak berdosa hidup bermadu, tidak hina menjadi isteri kedua, ketiga atau keempat, dengan syarat suami anda mestilah seorang suami bukannya seorang ‘lelaki’.

* Sentiasa merendah diri dan hormati isteri pertama, biar dia marah atau mengata apa saja asalkan anda sentiasa mengalah.

Kuatkan hati dengan matlamat bahawa perkahwinan anda adalah mencari keredaan Allah melalui kebaikan suami. Jika niat jelas dan ikhlas, lama-kelamaan isteri pertama akan lembut hatinya bahkan dia boleh menjadi kawan baik.

Pasti anda akan tenang apabila madu menghubungi dan bertanyakan khabar anda di kala suami bersamanya. Lakukan perkara serupa kepadanya apabila suami bersama anda pula.

* Senangkan hati suami, dia akan menyenangkan hati anda. Bukankah semua isteri mahu disayangi suaminya?

Oleh itu, anda perlu sentiasa memainkan peranan aktif supaya hati suami selalu senang dan tenang kerana apabila hati suami senang, madu anda juga senang hatinya. Secara langsung, kebaikan itu datang kepada anda juga, hati akan terus diselubungi kebahagiaan tanpa sedikit pun rasa iri bermukim di hati.

* Jangan tamak masa dan harta, terimalah seadanya daripada suami. Ini kerana segelintir isteri yang bermadu mengimpikan masa yang panjang untuknya sedangkan dia kena ingat dia ‘datang’ kemudian.

Sewajarnya isteri kedua mampu berdikari supaya masa santai itu dipenuhi sebaik-baiknya. Jadi, akan kurang masa untuk memikirkan yang bukan-bukan dan jangan benarkan syaitan menguasai diri.

Mana ada perempuan yang tidak cemburu? Sedikit sebanyak ada rasa cemburu di hati kerana kita hanya manusia biasa, tetapi biarlah berpada-pada dan tunjukkan juga rasa sedikit cemburu itu kepada suami supaya dia tahu yang anda sayang kepadanya.

* Ambil hati mentua sewajarnya supaya dia juga kasihkan anda dan anak seperti dia kasihkan keluarga suami anda yang satu lagi.

Tiada siapa yang menang atau kalah dalam perhubungan seperti ini, yang penting adalah ketenangan dalam perhubungan itu.

Sokongan keluarga sendiri sangat penting untuk wanita seperti anda, jadi anda tidak akan rasa kekurangan apabila suami tiada bersama.

* Fikirkan konsep poligami itu adalah berkongsi bukannya merampas.

Namun, ketika anda menerima lamaran bakal suami untuk bergelar isteri kedua, berhati-hatilah ketika menerima lamaran dengan meneliti beberapa perkara iaitu:

* Tanya dan lihat: Adakah dia lelaki bertanggungjawab kepada keluarga dan ibu bapanya? Jika ya, maknanya dia akan bertanggungjawab juga kepada diri anda.

* Adakah dia menjaga solat setiap kali berjumpa anda? Jika ya, maknanya dia lelaki yang tahu perkara asas.

* Adakah bakal madu anda terdidik akhlaknya? Jika ya, mudah untuk anda berbaik-baik dengannya.

* Adakah dia punya pekerjaan tetap sekian lama? Jika ya, maknanya dia tetap pendirian dan tahu maksud kehidupan.

* Adakah dia faham mengenai perkahwinan sama seperti yang anda faham?

Jika ya, mudahlah bagi anda dan dia bertolak ansur. Jika tidak, lebih baik berfikir dua kali kerana tidak semua perempuan atau lelaki kental. Ramai juga yang mengambil peluang dengan konsep poligami ini, namun hanya mereka yang berwibawa saja mampu melakukannya.

Petikan dari harian metro//Oleh Noriah Idris ( Gambar sekadar hiasan )

Friday, March 27, 2009

Tok Guru Ambe Sudah Ada Blog Sendiri..




Tahniah... semalam (26/03/09) bertempat di KB Mall, Kota Bharu, Tok Guru Nik Aziz telah melancarkan blognya sendiri di majlis perasmian WiFi.Aptus.net . Diharap dengan wujudnya blog tersebut pastinya bidang dakwah dan politik yang dipolopori tok guru akan tersebar luas dikalangan pelayar internet di seluruh pelusuk dunia.Tok guru kini selain seorang hamba Allah yang zuhud, pemimpin ummah, seorg menteri besar, pendakwah dan tok guru kini menambah satu lagi watak.... BLOGGER la pulop...!!

"Selamat datang ke laman blog saya. Disini anda dapat membaca segala pendapat dan buah fikiran dari saya tentang isu-isu politik, semasa dan agama.
Semoga dengan adanya blog ini, kita dapat sama-sama mendapat kebaikan darinya, InsyaAllah."
..

antara mukaddimah Tok Guru dalam blognya www.blogtokguru.com.
Posting awal merupakan ucapan pelancaran semalam.

Selamat Maju Jaya Ayahanda Tok Guru ... kesayangan Rakyat Kelate..

Tuesday, March 24, 2009

Le Tua De FuTsaL ...




Kawan-kawan Geng ExMRSM Tpg 84/88 .. jangan lupa register kay..
kaki bangku ke kaki kayu ke tak kesah .. janji ada kaki... Ramai dah komperm tu rugi kalau tak ikut serta.. main tak main tu soal no 2 .. yang lebih afdal jumpa dan borak² ... bukak cerita .. nak jual minyak pom boleh .. segalanya boleh belaker...!!

Hidup Set² Kita...!!

Thursday, March 19, 2009

Taubat Bersihkan Dosa Tenangkan Jiwa


SETIAP manusia tidak sunyi daripada melakukan kesilapan, kecuali kalangan nabi dan rasul. Tetapi sebaik-baik manusia ialah mereka yang bertaubat, dengan menyesali atas kesilapannya dan tidak mengulanginya lagi.

Taubat adalah satu keistimewaan bagi umat Islam dan ia seharusnya dimanfaatkan dengan penuh keikhlasan, bukannya disalah guna dengan alasan untuk melakukan seberapa banyak dosa.

"Dan mohonlah ampun kepada Allah, sesungguhnya Ia Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani." (al-Muzammil:20)

Taubat bermaksud kembali daripada keburukan kepada kebaikan dengan beberapa syarat tertentu. Antara syaratnya ialah:

- Meninggalkan maksiat atau perkara dosa yang dilakukan.

- Menyesal atas segala perkara dosa yang dilakukan.

- Berazam tidak akan mengulanginya lagi.

- Mengembalikan hak makhluk yang dizalimi.

- Mengerjakan ibadat fardu yang ditinggalkan selama melakukan dosa
.

Orang yang bertaubat sudah tentu mendapat beberapa kelebihan, berbanding mereka yang belum bertaubat. Antara kelebihan itu ialah:
- Dekat diri kepada Allah.

- Takwanya semakin meningkat.

- Mendapat kemuliaan dan anugerah Allah di dalam kehidupan dunia dan akhirat.

- Membersihkan kekotoran di dalam hati.

- Menenangkan jiwa yang resah kerana dosa.

- Menghapuskan tipu daya syaitan yang selama ini memerangkap manusia dengan melakukan perkara dosa.

- Dapat mengekalkan hubungan yang baik sesama manusia.

Wallahhuaklam... moga kita beroleh rahmat dan hidayah Allah..

Saturday, March 14, 2009

Perakan & Rakan-rakan


Alhamdulillah pada 8hb Mac yang lepas Persatuan Anak Kelantan Perantauan atu ringkasnya Perakan telah selamat mengadakan Mesyuarat agong Tahunannya yang ke 3.
Saya selaku salah seorang ahli yang komited ( ye ker..?) sempat menghadirkan diri dalm mesyuarat yang diadakan di sebuah kelab di Ulu Kelang, selangor.
Suasana mesyuarat cukup meriah dan penuh bermakna. Kadangkala menjadi tegang apabila ada sesuatu isu dibangkitkan perwakilan namun mesyuarat berjalan lancar.


Mesyuarat dimulakan dgn bacaan doa oleh Ustaz Shamsul Zaman atau lebih glamour dgn panggilan Ustaz Budak seorang pendakwah yang sedang meningkat naik.


Manakala perasmiannya disempurnakan oleh YB Dato' Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato' Haji Ahmad Bin Yaakob. Turut sama memeriahkan majlis adalah yb haji Abdul Fattah Mahmud, exco kerajaan negeri, Ustaz Abdul Rahman Yunus, pengarah Urusetia penerangan negeri dan pengurus besar PMK , Ir Fahmi.


Antara tetamu jemputan VIP yang hadir bersama presiden Perakan Malaysia, Hj Che Ariffin Mahmud.



Para perwakilan sedang tekun mendengar taklimat dan khusuk bermesyuarat.


Perwakilan Wan Johari (Wanjoe) sedang membahaskan usul.

Friday, March 13, 2009

Salam, Lama Tak Jumpa..!!

zwani.com myspace graphic comments


Assalamualaikum semua sahabat pengunjung blog..

Maaflah lama tak dapat update blog.. sebuk manjang.. bukak jer komputer memang niat nak update apa yang patut tetiba ada jer tugasan lain yang lebih penting. Ramai bertanya kenapa dah lama tak ada cerita baru.

InsyaAllah ... pas ni saya akan selalu update.

sekian.