Wednesday, September 29, 2010

Hakikat perkahwinan..??



Ini hakikat perkahwinan..?? jawapannya tentu sekali tidak.. ia hanya lawak semata2.. sebuah perkahwinan itu harus terus dibajai dan disirami dgn keindahan agar ia sentiasa kembang dan mekar dari tahun ketahun bukan semakin kusam dan pudar....
Ikatan perkahwinan itu juga bukan sekadar kehendak nafsu malah merupakan tuntutan agama dan fikrah kehidupan makhluk yang tentu sekali dambakan kehidupan yang berpasang-pasangan...
Perkahwinan juga merupakan sifat atau tabiat manusia yang cenderung untuk mengadakan hubungan sesama manusia. Allah telah menjadikan hubungan perkahwinan sebagai Sunnah para Rasul di mana ianya akan melahirkan rasa saling cinta, sikap saling bekerjasama dengan kebaikan dan bantu membantu untuk mendidik keturunan.
Firman Allah SWT yang bermaksud:

" Kaum lelaki(suami) adalah pemimpin bagi kaum wanita (isteri) oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka atau atas sebahagian yang lain dan disebabkan kerana para suami telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka. Sebab itu isteri yang soleh ialah yang taat kepada Allah, lagi memelihara diri ketika suaminya tidak di tempat (sebagai rasa syukur) kerana Allah telah memelihara mereka..." (An-Nisa':34)
Wallahuaklam..

Friday, September 24, 2010

Selamat Berhujung Minggu.. Selamat Menziarah Rakan Taulan.. TiP's Berguna Untuk Semua..

Selamat Berhujung Minggu... biasanya hujung minggu di bulan syawal ni memang banyak kita terima jemputan rumah terbuka dari sahabat, kenalan dan kawan-kawan sepejabat.. Ada yang sempat dan pasti ada yang tidak berkempatan kerana masa yang terbatas.. Apapun marilah kita sama-sama renungkan dan sebolehnya kita amalkan adap menziarah agar ziarah kita akan beroleh pahala dan keberkatan dari Allah SWT bukannya dapat dosa semata-mata.. Ziarah dan berkunjung mengunjung sememangnya sangat digalakkan dalam Islam. Amalan yang mendatangkan kebaikan dan penyambung silaturrahim sangat dituntut..



AMALAN ziarah-menziarahi sememangnya dituntut oleh agama. Bukan sekadar menziarah kaum keluarga atau sanak saudara bahkan jiran-jiran terdekat hatta individu yang tidak pernah dikenali sebelum ini.

Tujuan kunjung mengunjung adalah untuk merapatkan silaturahim dan saling bermaafan. Bukan bertujuan untuk mendapatkan duit raya, memperaga baju raya paling cantik, mahal ataupun melihat setiap hiasan atau susun atur rumah yang kita kunjungi.

Islam memperincikan beberapa syarat atau adab yang perlu diamalkan ketika seseorang Muslim berhasrat untuk menziarah jiran atau sanak saudara, bukan sahaja pada hari raya malah ketika hari-hari biasa.

Adab-adab tersebut diperincikan bermula daripada sebelum berziarah, semasa menziarah, selepas menziarah dan perkara-perkara yang perlu dihindarkan ketika berziarah.

Adab-adab sebelum berziarah

*Memilih masa yang sesuai
*Memakai pakaian yang sopan dan menutup aurat
*Berniat pertemuan dan perpisahan adalah kerana Allah

Masa yang sesuai dikira berdasarkan keselesaan pihak yang anda kunjungi, bukan keselesaan pihak anda.

Sebagai contoh, kunjungan ke rumah seseorang tanpa perkhabaran terlebih dahulu, melebihi pukul 10 malam kerana masa tersebut dikira sebagai masa rehat, bukanlah masa yang sesuai. Jalan terbaik, khabarkan terlebih dahulu kepada tuan rumah mengenai kunjungan anda.

Adab semasa menziarah

*Memberi salam dan bersalaman
*Meminta izin untuk masuk
*Memendekkan tempoh ziarah
*Mengawal pandangan
*Merendahkan suara

Memendekkan tempoh ziarah bermaksud tidak bersenang-senang di rumah tersebut untuk jangka masa yang lama.

Seseorang dikira sebagai tetamu hanya di dalam tempoh tiga hari ziarah. Walaupun begitu, anda perlu peka dengan keadaan dan situasi tuan rumah, agar kunjungan anda tidak menimbulkan ketidakselesaan kepada mereka.

Mengawal pandangan pula termasuklah mata anda tidak meliar atau merayau-rayau ke segenap ceruk rumah meneliti setiap hiasan atau susun atur kelengkapan rumah yang anda kunjungi.

Adab selepas menziarah

*Meminta izin apabila hendak beredar
*Memberi salam dan bersalaman sebelum beredar

Perkara yang perlu dihindarkan semasa menziarah

*Enggan memberi salam
*Masa yang tidak bersesuaian
*Mengaibkan tuan rumah
*Mengumpat


Satu perkara yang perlu diingat adalah memberi salam kepada tuan rumah turut mempunyai syarat yang tertentu.

Jika pintu rumah terbuka, jangan berdiri di depan muka pintu dan memberi salam. Anda perlu berdiri agak jauh dari muka pintu, anggaran tidak dapat melihat isi rumah termasuk tuan rumah, bimbang terdedah aurat tuan rumah atau apa-apa sahaja yang mungkin tidak mahu diperlihatkan oleh tuan rumah.

Mungkin nampak mudah dan agak remeh namun jika tidak diberi perhatian, kunjungan anda mungkin boleh menimbulkan kebencian dan permusuhan. Salam Aidilfitiri dan ziarahlah dengan hati yang suci.

//Kosmo Online

Thursday, September 23, 2010

Salah takpe.. yang penting orang faham..


Gambar photo ini dirakam di persinggahan perjalanan Kota Bharu - Kuala Lumpur di Markas Pas Merapuh. Setiap orang Kelantan yang bermusafir ke ibu kota selalunya akan singgah disini untuk beristirehat, menunaikan solat, mandi berhenti makan, buat susu anak dan sebagainya..
Ada yang mungkin perasan dengan tanda penunjuk ini.. tandas perempuan yang tersalah ejaan... takpe yang penting kita faham dan tahu maksudnya.. jangan tersalah masuk sudah laa..
Markas tempat persinggahan ini merakam seribu satu kenangan, saya setiap kali pulang dan balik ke ibu kota pasti akan singgah disini..
- rakaman semasa pulang ke ibu kota selepas bercuti raya-

Tuesday, September 21, 2010

Aduh... Kelate.. Kelate..


Kelantan sekali lagi menerima tamparan, apabila terlepas peluang terbaik meraih tiga mata penuh, selepas terikat 3-3 dengan KL Plus di Stadium Sultan Muhamed IV malam tadi.. Kelantan hanya menang sekali dan seri dua kali setakat ini mengumpul 5 mata..

Walaupun mendahului 3-1 menerusi jaringan Indra Putra Mahayuddin pada minit ke-35 dan ke-60 serta Akmal Rizal Rakhli minit ke-64, dua jaringan pantas oleh Rusydee Samsuden dan Mohd. Zaidi Ahmad pada minit ke-90 dan ke-91, meranapkan impian Kelantan melakar kemenangan kedua.

Apapun gomo Kelate gomo.. semoga kita mampu menjulang Piala Malaysia tahun ini..

Monday, September 20, 2010

Bebaskan Umi..

Marilah kita pakat bantu saudara kita yg memerlukan bantuan... Umi budak jjuruh dan kita yakin beliau tidak bersalah.. beliau teraniaya... org teraniaya wojib kita tulong..

Berita lanjut;

Seorang mekanik bercadang memohon pengampunan bagi membebaskan anak perempuannya yang sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup di China sejak tiga tahun lepas kerana menyeludup dadah ke republik itu.

Mohd Lazim Jusoh, 53, berkata sehubungan itu, beliau memerlukan kerjasama dan bantuan kewangan daripada pelbagai pihak, termasuk Wisma Putra di Kuala Lumpur bagi membebaskan Umi Azlin, 26.

“Saya tidak mampu menanggung sendirian kerana ia memerlukan perbelanjaan yang besar, sekurang-kurangnya lebih RM10,000,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pasir Puteh hari ini.

Mohd Lazim berkata beliau bercadang mengemukakan permohonan itu tidak lama lagi.

Umi Azlim sebelum ini dijatuhkan hukuman mati kerana kesalahan menyeludup dadah ke China, bagaimanapun, Mahkamah Tinggi Undang-undang Jenayah Guangzhou meringankan hukuman itu kepada penjara seumur hidup.

Bekas penuntut jurusan Sains Biologi di Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu didapati bersalah menyeludup 2,983 gram heroin di Lapangan Terbang Shantao empat bulan selepas menamatkan pengajiannya, dan telah dijatuhkan hukuman mati pada 15 Mei 2007.

Mohd Lazim turut melahirkan rasa terkilan apabila tidak dapat menghubungi anak sulungnya itu sempena Hari Raya Aidilfitri selepas setahun terputus hubungan.

Beliau berkata Umi Azlin pernah menghubunginya pada awal tahun lepas dan bertanyakan khabar mengenai perkembangan adik-adiknya di sini.

“Mungkin ketika ini talian sibuk sempena perayaan, jadi saya sukar untuk menghubunginya kerana terpaksa melalui beberapa halangan, termasuk di China,” katanya. – Bernama

Ahli-ahli Persatuan Anak Darulnaim Selangor dan Wilayah Persekutuan (PERSADA) dan orangramai yang bersimpati diminta membuat sesuatu untuk membantu Bapa Umi Azlin bagi mendapatkan sumber kewangan bagi meringankan bebannya.

Difahamkan PERSADA akan menubuhkan tabung bagi membantu Mohd Lazim, bapa kepada Umi Azlin bagi meringankan bebannya. Sumbangan boleh juga dibuat terus kepada akaun CIMB Bank atas nama Mohamad Lazim Jusoh nombor 030 6000 0297 207.

Sunday, September 19, 2010

Persada @sinarharian - Ziarah keluarga mangsa bunuh

Sinar Harian Edisi Kelantan Ahad 19hb September 2010




Ziarah ini dibuat pada 6hb September 2010 yang lalu.. Empat hari sebelum hari raya Aidilfitri dan tiga hari selepas kejadian malang itu. Setiausaha Agung PERSADA, Razali Mat Ail, Bendahari, Zainuha Azhari dan ahli Jawatankuasa, Ustaz Mawaridi Abdullah menyampaikan sumbangan kepada suami mangsa bunuh di rumah Ibubapa Mangsa, di Kg Pulau Kerbau, Kg Laut, Palekbang, Tumpat, Kelantan. Turut hadir penasihat Persada, Wan Johari Wan Omar.

Saturday, September 18, 2010

Al-fatihah.. perginya seorang anak seni berbakat besar

Al-fatihah.. perginya seorang pelakun versatile yang dikagumi ramai.. berikanlah apa watak sekalipun pasti beliau mampu membawanya dengan baik dan berkesan.. Sama-samalah kita berdoa semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang soleh.. Amin..

KUALA LUMPUR 17 Sept. – Pelakon veteran, M. Rajoli, 65, meninggal dunia kira-kira pukul 11 malam ini di Hospital Ampang di sini selepas dimasukkan ke wad kecemasan kerana mengalami tekanan darah rendah dan masalah jantung sejak semalam.

Sewaktu dimasukkan ke hospital tersebut, pelakon itu sudah didapati semakin tenat dan diberi alat bantuan pernafasan kerana masalah yang dihadapinya itu.

Menurut anak bongsu pelakon itu, Mohd. Arif Rajoli, 23, berkata, keadaan bapanya semakin kritikal awal malam ini sehingga diletakkan di bawah pemerhatian rapi doktor.

“Bagaimanapun bapa saya telah meninggal dunia pada pukul 11 malam kerana masalah kesihatan yang dihadapinya itu.

‘‘Sebelum ini bapa saya kurang sihat dan terlantar di rumah sejak menjalani pembedahan di bahagian kepala kerana menghidap penyakit tumor. Dia menghidap penyakit itu sejak empat tahun lalu dan pernah menjalani pembedahan di bahagian kepala.

“Dia pernah menjalani rawatan susulan kimoterapi kerana penyakit itu,” katanya kepada Utusan Malaysia malam ini.

- UTUSAN

// Agak terkilan juga kerana tidak berkesempatan mengunjungi Allahyarham semasa hidupnya.. Persatuan Anak Darul Naim Selangor & WP (PERSADA) ada merancang untuk menziarahi Allahyarham selepas raya.. apakan daya Allah lebih menyayanginya.. Salam takziah kepada keluarga Allahyarham..

Friday, September 17, 2010

Peminat setia tetap setia kalah atau menang....

Kita mahukan pendokong bukan sekadar penyokong..

Aksi yang dirakam ini bukan kepulan asap bom di palestin atau lain2 negara yang bergolak.. tetapi dirakam di Stadium Sultan Mohammad IV Kota Bharu, stadium kebanggaan rakyat Kelantan...



Sedih... dan menyedihkan.. seakan2 peminat dan penyokong Kelantan adalah pengganas dan tidak bertamaddun sama sekali.. Adat permainan dan perlawanan nampaknya sukar diterima mereka... apabila berlawan hendak menang saja.. susah nak terima kekalahan..

Walaupun tidak sampai 5 persen penyokong yang bertindak sebegini tapi sedarlah kesan dan natijah pastinya tercalar pada seluruh rakyat Kelantan.. akibat nila setitik rosak susu sebelanga.. akibat seekor kerbau yang membawa lumpur, semua terkena tempiasnya.. dari bawah ke atas.. kiri kanan.. depan belakang..

Apapun .. harapnya inilah kali terakhir ia berlaku.. penyokong harus dalam masa yang sama menjadi pendokong kepada pasukan.. inspirasi kepada pemain bukan menyokong membawa rebah... pemain dipersalah bila kalah.. disanjung bila menang.. ini bukan kaedah peminat yang dikatakan setia.. ini sebenarnya musuh dalam selimut yang merugikan pasukan dan pemusnah utma kepada kemajuan sukan bola sepak negeri..

fikir2kan lah..

Thursday, September 16, 2010

Alahai.. Usah risau jika hamil.. sekolah sudah ada..

Salam 1Malaysia...

Berita baik untuk remaja-remaja kita yang hidup tak tentu arah.. berzina dan bersekedudukan.. anda usah risau jika berlaku kehamilan.. kini sudah ada sekolah untuk penzina dan yang bakal melahirkan anak luar nikah.. Buatlah maksiat tanpa was-was...

Aduhai negaraku... Selamat Hari Malaysia..



MELAKA - Sekolah untuk remaja hamil dikenali sebagai Sekolah Harapan akan memulakan operasi esok walaupun sehingga kini masih belum mempunyai pelajar.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, Sekolah Harapan sepatutnya mula dibuka hari ini namun ditunda esok kerana hari ini merupakan cuti umum Hari Malaysia.
"Walaupun belum ada pelajar, sekolah ini tetap akan dibuka bermula pukul 10 pagi jumaat 17hb September ini.

"Kita akan buka sekolah ini dulu, selepas ini sesiapa yang berminat boleh membuat permohonan dan segala maklumat mereka akan dirahsiakan," katanya ketika ditemui pemberita di Seri Bendahara di sini semalam.

- Bernama

/// Lepas ni Abang ali fikirkanlah pulak untuk buka pusat atau penempatan untuk anak2 yang tak sah taraf ni.. @ Rumah Anak2 Haram.. Bang Ali.. Oh...Bang Ali..

Wednesday, September 15, 2010

Awe Oh Awe..!!

Air bersih untuk Kelantan bila Awe Adek jadi MB...

Masalah air bersih yang dihadapi oleh sebahagian besar rakyat Kelantan akan dijadikan agenda utama dalam perjuangan Umno Kelantan membela nasib rakyat jika diberi peluang memerintah Kelantan pada pilihan raya umum ke-13 kelak.

Timbalan pengerusi badan perhubungan Umno Kelantan, Datuk Awang Adek Hussin berkata ini berpunca kegagalan PAS mengatasi masalah itu walaupun diberi peluang memerintah selama 20 tahun di negeri itu."Di mana-mana pun saya pergi sama ada di bandar dan di kampung ketika turun padang saya terpaksa menerima rintihan rakyat agar masalah itu (bekalan air bersih) diberi keutamaan," katanya kepada pemberita di Bachok, semalam.


Awang Adek, yang juga timbalan menteri kewangan, mendakwa walaupun kerajaan pusat sudah meluluskan pinjaman mudah sebanyak RM600 juta kepada kerajaan negeri itu bagi menyelesaikan masalah berkenaan, ia masih gagal ditangani malah semakin membebankan mereka.


Awang Adek berkata sebahagian rakyat Kelantan yang menghadapi masalah itu terpaksa mencari alternatif lain seperti menggali telaga dan membina telaga tiub malangnya air yang diperoleh daripada bawah tanah itu berbau busuk.


Beliau berkata memburukkan lagi keadaan apabila ratusan ribu rakyat Kelantan pulang menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama sanak saudara di kampung halaman masing-masing mengeluh kerana tiada air yang mencukupi.


- Bernama

// Bereh Abe Awe... PRU 13 ni Abe Awe tanding lawan Tok Guru.. Calon MB kena lawe ngan MB baru bejupo buku dgn ruas... rabu dgn khomis..

Tewas bukan penamat perjuangan..!!


Malam tadi Kelantan dikejutkan dengan kekalahan yang memalukan digelanggang sendiri, Kelantan tewas kepada musuhnya di final Piala Malaysia tahun lepas.. Negeri Sembilan dengan jaringan 0-1 ... kekalahan yang sukar diterima oleh seluruh penyokong setia namun keputusan adalah muktamat.. surat menyurat tidak dilayan.. Kita perlu menerima hakikat dan bersedia untuk terus memperkukuhkan benteng pertahanan dan mempertajamkan barisan serangan..!!


Kekalahan bukan penamat perjuangan.. perjalanan masih panjang.. ini hanya permulaan dan tidak semestinya kekalahan akan terus bertandang.. ia sekadar pengajaran dan azimat untuk terus berusaha gigih dalam perlawana berikutnya..


The Red Warriors... teruskan cabaran.. kami akan terus bersama mu..!!


Gomo.. Kelate.. Gomo..

Harap Peminat dan penyokong bertenang.. terus sokong kalah atau menang..!!

Tuesday, September 14, 2010

DYMM Tengku Faris dimasyhur Sultan Kelantan

KOTA BHARU - Tuanku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang baru berkuat kuasa semalam. Pengisytiharan pemasyhuran itu diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Balai Rong Seri Istana Balai Besar di sini pada pukul 12.30 tengah hari hari Isnin tanggal 4 syawal 1431 hijrah bersamaan 13hb September 2010 masehi.

"Maka dengan ini diisytiharkan mengikut perkara 29A Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan melantik dan mengesahkan Pemangku Raja Kelantan menaiki takhta menggantikan ayahanda baginda berkuat kuasa serta merta " katanya.


Moga-moga Negeri kelantan terus makmur dan sejahtera dibawah naungan payung Tuanku.. Daulat Tuanku.. patik merafak sembah Tahniah..!!