Saturday, December 25, 2010

Lawak Tengah Malam : KOPI LALAT

KOPI LALAT

Satu hari Mamat minum di satu warung orang asli di negeri Perak..

Mamat: Abang bagi kopi satu

Orang asli: Siapp..

Tiba-tiba Mamat ternampak seekor lalat kat dalam cawan kopi tu..apalagi Mamat pun komplen laaa

Mamat: Bang.. mari sini tengok dlm kopi ni ada lalat...macam mana ni...??

Orang asli tu selamber jer menjawab "ALLO BANG BAYAR SATU RINGGIT TAKKAN MAU TARUK UDANG kut..."

KAH..KAH..

Wednesday, December 22, 2010

Kelantan anjur Nikah Perdana bantu golongan belia

Satu lagi langkah murni kerajaan negeri membantu belia yang ingin berumah tangga.. sekurang-kurangnya yang tidak mampu boleh berkahwin dan mengelakkan dari maksiat.. lepas tu nak kena pikir pulak macamana nak 'pegho' anak orang.. nak bagi makan.. pas setahun dpt anak nak bagi makan anak pulak..?? Jika kita benar-benar ikhlas dan yakin dengan rezeki Allah, insyaAllah kita mampu melayari hidup dengan baik.. Selamat Pengantin Baru kepada semua peserta.. ingat nak register jugak tapi borang dah habiss...


Kerajaan negeri akan menganjurkan program perkahwinan perdana yang julung kali diadakan di Kelantan pada 25 Disember ini dengan memperuntukkan sebanyak RM300,000 bagi tujuan itu.

Peruntukan itu termasuk membiayai mas kahwin, jamuan dan peralatan perkahwinan. Seramai 100 pasangan akan mengambil bahagian pada program itu yang akan dirasmikan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Buku Jingga diharap mampu yakinkan rakyat..

Gagasan Konvensyen ke-2 Pakatan Rakyat mampu memberi keyakinan kepada rakyat dengan terbitnya buku yang memperincikan wawasan dan matlamat jelas PR apabila memegang tampuk di Putrajaya.. Tahniah..!!



Pakatan Rakyat (PR) mengeluarkan Buku Jingga yang mengariskan rancangan berbentuk jangka pendek dan jangka panjang dalam mentadbir negara sekiranya mengambil alih pemerintahan dalam pilihan raya akan datang.

Buku Jingga yang merupakan dasar bersama dipersetujui parti-parti dalam PR itu dikeluarkan melalui Konvensyen Ke-2 PR di Pulau Pinang pada 19 Disember dan disebut sebagai rencana dasar serta kebijakan untuk membela rakyat berlandaskan empat kerangka.

1 - digariskan dalam buku itu ialah demokrasi yang telus dan tulen untuk memperkasakan ketuanan rakyat.

2 - memacu ekonomi berprestasi tinggi yang mampan untuk mem jana kemakmuran dan kebajikan kepada semua secara adil.

3 - keadilan sosial bagi menjamin pembangunan insan secara menyeluruh.

4 - Hubungan persekutuan-negeri dan dasar luar negara yang adil/setara.


"Dasar Bersama ini menggariskan iltizam kami untuk mengalih hala tuju negara dan bangsa ke landasan yang betul setelah berdekad diruntun salah guna kuasa, rasuah dan politik perkauman," kata buku tersebut yang ditandatangani oleh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Preiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Monday, December 20, 2010

Menawan Puncak Broga Bersama KDN


19/12/2010 (Ahad) - Kira-kira 16 peserta terdiri dari ahli2 Kelate.Net berjaya mendaki dan sebahagiannya menawan puncak Bukit Broga pada program pendakian yang dianjurkan oleh Kelab Penyokong Cyber Bolasepak Kelantan (Kelate.Net) yang turut disertai oleh Presidennya Sdr Marhashim Mat (berkopiah putih).

Program ini dianjurkan dengan matlamat untuk menghargai alam semula jadi di samping menyemai aktiviti riadah untuk kesihatan yang baik serta mengeratkan hubungan sesama ahli.

Saya turut bersama menyokong program ini dengan turut serta mendaki ke puncak, sememangnya aktiviti ini merupakan minat saya sekian lama cuma sejak kebelakangan ini masa tidak begitu mengizinkan.. tambahan pula stamina yang semakin kurang memberangsangkan..

Pemimpin perlu cerdas dan cergas..

Dengan kata lain, rakyat Kelantan kena pilih Datuk Awang yang cergas dan pintar untuk mentadbir Kelantan.. apapun terpulanglah pada rakyat Kelantan.. bagi saya kecerdasan dan kekuatan fizikal bukan jaminan keselesaan rakyat.. tapi yang penting kemampuan rohani dan kecerdasan minda dalam berfikir dan bertindak memacu kemajuan dan keharmonian hidup rakyat.. dunia dan akhirat..

BACHOK 19 Dis. - Kelantan memerlukan pemimpin yang sihat fizikal dan cerdas mental bagi memacu pembangunan dan kemajuan negeri untuk mencapai sasaran menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, sekiranya pemimpin yang mentadbir kerajaan lesu, negeri akan turut lesu sekali gus mengakibatkan Kelantan ketinggalan dalam arus kemajuan negara.

Beliau berkata, pemimpin yang dipilih perlu mengutamakan amanah rakyat dengan membangunkan negeri ini dalam pelbagai aspek termasuk menyediakan peluang-peluang pekerjaan dan meningkatkan perolehan negeri.

"Sekadar aktif untuk mengukuhkan kedudukan politik, ia tidak memberi sebarang makna bagi membawa Kelantan menjadi negeri maju pada masa akan datang.

"Sebaliknya, kelembapan ekonomi dan kemiskinan hidup rakyat akan berterusan," katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan mesyuarat UMNO Bahagian Bachok di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai keadaan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sering keluar masuk hospital kerana masalah kesihatan dan terbaru dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian selama empat hari, minggu lalu.

Saturday, December 18, 2010

Memiskinkan Diri dan Pengertian Zuhud Yang Sebenar..

Zuhud bukan bermaksud tidak kaya atau tidak berharta. Zuhud ertinya tidak merasakan kekayaan dan harta ini kita punya.. harta dan kekayaan itu kepunyaan Allah..


Dunia ini Allah punya segala-segala yang ada di dalam dunia ini pun Allah punya. Bahkan kita manusia ini pun Allah yanc punya. Justeru itu pada hakikatnya, kita tidak memiliki apa-apa sebaliknya kita dimiliki. Kalaupun kita ada mempunyai harta kekayaan, wang ringgit yang menimbun-nimbun, kekayaar itu bukan kita punya. Itu milik Tuhan. Kekayaan itu termasuk diri kite sendiri, ia juga adalah milik Tuhan.

Kita sebagai manusia dalam keadaan apa sekalipun adalah miskin. Kita bila-bila pun miskin. Kite tetap miskin. Kalau kita kaya dan mempunyai harta, kits hanya tukang jaga kekayaan Tuhan. Kite hanya tukang tadbir kekayaan Tuhan. Kite boleh ambil sekadar yang kita perlu dari kekayaan kita tetapi yang selebihnya mesti digunakan untuk manusia lain yang memerlukan dan untuk masyarakat.

Friday, December 17, 2010

Anda Blogger..??

Tok Guru MB Kelantan ingin jumpa blogger jelaskan isu semasa...


Adakah anda seorang penulis blog. Peluang terbaik untuk mereka yang bergelar blogger menghadiri majlis makan malam dan dialog bersama Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Program anjuran Kerajaan Negeri Kelantan itu turut melibatkan kesemua anggota Exco kerajaan negeri dijangka diadakan pada awal tahun depan. Program berkenaan dijangka diadakan di Kuala Lumpur.

Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri, Abdul Rahman Yunus berkata, pertemuan tersebut terbuka kepada semua blogger tanpa mengira ideologi politik mereka.

Thursday, December 16, 2010

Mimpi Seorang Isteri...


Pada suatu pagi ketika bangun dari tidur, seorang isteri berkata pada suaminya, “Tadi malam Ayang bermimpi Abang menghadiahkan Ayang set barang kemas berlian di hari jadi Ayang esok. Apa pendapat Abang mengenai mimpi Ayang?”.

Wednesday, December 15, 2010

Berkat Rezeki Bila Bersyukur..


Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:”Makanan untuk seorang mencukupi untuk dua orang dan makanan untuk dua orang mencukupi untuk empat orang dan makanan untuk empat orang mencukupi untuk lapan orang.”

Riwayat Bukhari dan Muslim

Friday, December 10, 2010

Salam Maal Hijrah 1432


Salam,
Selamat Menyambut Maal Hijrah 1432 kepada seluruh muslimin muslimat khususnya dan rakan2 semua khasnya... Semoga dengan kedatangan tahun baru hijrah ini memberikan semangat dan keazaman baru kepada kita untuk terus memperbaiki diri dan melakukan penghijrahan dari segi minda dan pemikiran dari baik kepada lebih baik lagi...
Marilah kita sama2 tanamkan sikap dan jati diri sebagai seorang hamba allah yang sebenar2nya.. mangubah pemikiran dan oandangan daripada kejahatan kepada kebaikan, daripada keburukan kepada kemuliaan daripada kehinaan kepada kemualiaan..
Hijrah biarlah sebenar2 hijrah.. sebagaimana hijrah yang dituntut oleh Agama kita..
InsyaAllah..