Pesakit dapat sokongan pasangan mampu hidup lebih lama..
Walaupun ubat dan terapi adalah perkara asas dalam rawatan barah paru-paru, perkahwinan juga menjadi ‘ubat’ mujarab bagi mereka yang menghidap penyakit ini, lapor satu kajian.
Penyelidikan yang dibuat mendapati penghidap penyakit ini boleh hidup lebih lama lagi berbanding mereka bertekad terus membujang. Malah, pengkaji mendpati perkahwinan boleh menjadi ubat mujarab kepada penyakit lain termasuk barah prostat, sakit kepala dan sakit tengkuk.
Laman web mid-day.com melaporkan, satu kajian yang dijalankan di Universiti Maryland menunjukkan, perkahwinan boleh meningkatkan semangat penghidap barah untuk berjuang melawan penyakit itu.
Wednesday, September 12, 2012
Friday, September 7, 2012
"Life begin at 40' juga relevan untuk wanita...
Kita biasa dengar orang kata life begin at forty. Namun frasa mengenai bermulanya hidup dalam usia 40 biasanya dikaitkan dengan lelaki sahaja. Ia seperti tidak ada kena mengena langsung dengan wanita.
Wanita apabila menghampiri usia 40 lazimnya akan menjadi terlalu sensitif apabila disentuh mengenai usia. Malah ada yang marah-marah apabila dipanggil ‘makcik’ oleh budak belasan tahun yang sememangnya sebaya dengan anak mereka.
Kerana itu, ada yang sanggup berhabisan ribuan ringgit setiap bulan semata-mata supaya dapat dihilangkan imej ‘makcik’ mereka.
Kalaulah Jabatan Pendaftaran membenarkan ditukar tarikh lahir dalam kad pengenalan dengan bayaran tertentu sebagaimana Jabatan Pengangkutan Jalan membuka bidaan nombor plet kenderaan, beratus-ratus ribu pun sanggup dibayar agaknya oleh wanita untuk mereka terus muda sampai bila-bila.

Lawak Pagi :Kacang hijau masuk telinga..!!
Suatu petang datang seorang lelaki berumur ke kelinik ENT, kerana telinganya di masuki biji kacang hijau semasa dia membeli barang dapur di pasar.
Doktor: “Selamat petang…”
Pesakit: “Selamat petang Doktor!”
Doktor: “Ada masaalah apa …?”
Pesakit: “Telinga saya dimasuki biji kacang hijau, Doktor…”
Doktor: “Biar saya periksa telinga anda!”
Doktor pun lalu memeriksa telinganya,dan rupanya biji kacang tersebut cukup susah di ambil malah mungkin perlu pembedahan.
Doktor: “Ada 2 cara untuk mengeluarkan biji tersebut…”

Thursday, September 6, 2012
'Cula Buaya' ubat kuat
Percaya atau tidak, cula atau zakar buaya dipercayai oleh sesetengah pihak di negeri ini sebagai dapat mengubati pelbagai penyakit termasuk lemah tenaga batin.
Perkara itu diakui oleh pawang buaya terkenal Sarawak, Indet Sanabong, 49, yang mendakwa telah berjaya mengembalikan kekuatan batin lebih 50 lelaki dengan menggunakan cula reptilia berkenaan.
Dia menceritakan, kaedah perubatan tradisional itu juga didakwa terbukti mujarab merawat penyakit seperti asma, darah tinggi, kencing manis, lemah jantung, lelah dan sengal-sengal tulang.
Subscribe to:
Posts (Atom)