Friday, September 7, 2012

Lawak Pagi :Kacang hijau masuk telinga..!!

Suatu petang datang seorang lelaki berumur ke kelinik ENT, kerana telinganya di masuki biji kacang hijau semasa dia membeli barang dapur di pasar.

Doktor: “Selamat petang…”

Pesakit: “Selamat petang Doktor!”

Doktor: “Ada masaalah apa …?”

Pesakit: “Telinga saya dimasuki biji kacang hijau, Doktor…”

Doktor: “Biar saya periksa telinga anda!”

Doktor pun lalu memeriksa telinganya,dan rupanya biji kacang tersebut cukup susah di ambil malah mungkin perlu pembedahan.

Doktor: “Ada 2 cara untuk mengeluarkan biji tersebut…”




Pesakit: “Apa caranya doktor?”

Doktor: “Pembedahan kecil kosnya 2 ribu ringgit dan pilihan kedua pula percuma…”

Pesakit: “Mahal sangat Doktor, kalau yang percuma bagaimana?”

Doktor: “Yang percuma kena sabar…”

Pesakit: “Baik, saya sabar, dan bagaimana caranya…?”

Doktor: “Anda sirami telinga anda 2 kali sehari dan nanti jika sudah jadi ‘tauge’ anda tinggal tarik keluar.”

Pesakit: “???????????”

 
// hahaha..!

No comments: